Home » » Yang Tersurat, Yang Tersirat

Yang Tersurat, Yang Tersirat

EmpayarUtama - Saturday, May 19, 2012 : 7 comments

Makluman: Perkongsian cerita ni menjadi arkib blog oleh kerana kedua-dua watak superhero berlink yang diceritakan telah tiada :)

Dua tiga menjak ni aku terjebak dengan kawan-kawan sekedai kopi ikut perkembangan dunia politik. Aku memang tak minat politik. Tapi bila baca beberapa blog; timbul minat dengan satu blog.

Sebab aku suka cara dia tulis - taklah begitu ekstrim. Tulisan dia lebih kepada pendedahan isu moral dan korupsi yang berlaku baik kepada pembangkang mahupun kerajaan. Juga tak terbatas kepada isu-isu tertentu.

Aku tak tau cuma arwah abah pernah kata - kalau cepat sangat naik akan cepatlah turunnya. Macam naik lif. PAPAGOMO ni tak ambik kisah pasal MLM sebab bukan bidang dia, dia tegur benda lain.

Dalam entrinya bertarikh 28/11/2010; beliau sangsi tentang E-Dymium yang tidak disentuh. Sebaliknya AC Mizal yang buka perniagaan sendiri setelah keluar dari syarikat itu teruk dihentam. Iyalah, ikut logik; kalau nak hentam - hentamlah E-Dymium dulu baru AC Mizal atau hentam kedua-duanya sekaligus. Tetapi hanya AC Mizal yang jadi fokus.

Memula tak percaya juga, tapi bila baca - Eh, iyalah tak ada satu pun entri pasal E-Dymium. Hanya lepas kena tegur baru keluar entri tu dengan tajuk yang macam tak puas hati. Itu pun setelah siar beberapa entri lain dan hampir sebulan jaraknya.

Oh, sebelum aku pergi lebih jauh - aku terangkan pendirian aku dulu. Aku tak memihak mana-mana baik kepada kedua-dua blogger; AC; maupun syarikat lama AC bernaung. Cuma nak ulas sama ada rasional atau tidak apa yang diluahkan oleh pihak yang menegur.

Kenapa tiba-tiba jadi begitu? Ok, pihak ditegur mula berblog pada awal Oktober 2010 yang menekan keburukan Skim Piramid. Ada 12 entri dalam bulan Oktober 2010 sekarang tinggal 7. Begitu juga ada 25 entri pada bulan November 2010 yang tinggal 19 aja. Kita ambil takat tu saja sebab teguran dibuat pada hujung November 2010.

Fahamkan yang ini ya:

Entri blog yang hilang hanya boleh didelete oleh tuan punya kerana blog tu hidup lagi. Kita boleh pilih sama ada nak privatekan blog (akan keluar permission denied) atau delete blog (blog has been removed). Blog kena remove sama ada oleh blogspot.com atau kita sendiri. Tak percaya? Macam ni:


Blog tu akan/boleh/masih disimpan selama 90 hari sebelum ianya benar-benar didelete/lenyapkan. Dalam tempoh itu carian akan keluar seperti di bawah:


Berdasar paparan di atas; pihak buat carian akan andaikan/boleh buat andaian yang blog kena removed oleh blogger.com. Sebenarnya boleh jadi tidak. Bawah ni pula contoh blog boleh dihidupkan semula sebelum aku delete terus:


Sebab tu selepas entri berkaitan Skim Amanah Saham 1 Malaysia awal Januari 2012 (pun dah kena padam) blog terus sepi. Adalah satu pos yang tak ada kena mengena tentang MLM tengah bulan Mac 2012. Bulan April tup tup blog dah tak dapat diakses. Rakan-rakan di page yang ada kat fesbuk kata beliau cuba kumpul balik entri yang hilang. Mana ada hilang, SENDIRI BUANG!!! Sebenarnya berlambak Skim Piramid kalau nak jadikan entri.

Bulan pertama beliau berblog, lebih kepada penerangan tentang MLM. 20/10/10 buka page di fesbuk kerana itu platform terbaik untuk dapat ramai pembaca. Terus kupas Infinity Downline yang ada di fesbuk satu entri je. Menutup bulan Oktober dengan entri yang terus tuju kepada AC Mizal.

Dalam 19 entri yang tinggal dalam November; 13 darinya ditujukan kepada AC. Boleh kata selang sehari atau dua hari akan keluar entri AC.

Sekadar perbandingan:
QuestNet ada satu entri pada bulan Mac 2011. Bulan Oktober 2011 hentam QuestNet 10 entri membawa ke November 2011. Tapi kesemua entri ini dituju kepada syarikat berbanding peribadi AC (kenapa tidak tuju kepada Syarikat AC Mizal Konsortium tapi hentam peribadi AC?; dan berjumlah 16 entri hingga blog dipadam sebelum dibuka semula).

Mungkin ada kesilapan yang beliau sendiri tak perasan dalam entri bertarikh 22/11/2011 bila letak satu quotation:


Ini bukan quotation. Ini Invois (seperti telah dipadam beberapa bahagian).

Lihat tarikhnya. Aku boleh buat andaian yang beliau dah ada segala akses untuk buat entri E-Dymium sebelum buat entri untuk AC tapi memang dah niat nak hentam AC.... Lihat saja entri-entri awal beliau di mana imej dari HOTTIME JEWELRY CO.LTD diguna dan barangan serupa juga dijual oleh E-Dymium. Kenapa tak selitkan satu entri khas E-Dymium? Bahan untuk buat entri AC boleh jadi sama kerana produk sama, malah E-Dymium lebih mahal 2 kali ganda.

Apakah... Mungkin ini yang PAPAGOMO cuba bagitau.

Sebelum artikel E-Dymium keluar, hanya 2 potongan dari E-Dymium diselitkan dalam entri lain. Kira antara nampak nak nampak ajalah. 1 flyers E-Dymium diselitkan antara banyak-banyak flyers dalam entri ketiga

dan yang ini ?

Ayat dalam artikel ini langsung tak menghentam E-Dymium; sebaliknya memberi direct link ke laman web. Dan ini hanya terselit di celah entri utama. Tapi linknya tak betul (tak pernah dia bagi link yang tak betul, tapi yang ini kena mintak bantuan pakcik gugel untuk dapat link yang betul). Sisipan biasanya orang tak ambil endah sangat kerana itu bukan tajuk utama cerita, apa lagi jika dipaparkan dengan sebegitu banyaknya pelbagai bahan sokongan yang akan tolak kewujudan sisipan itu.

Buat kengkawan yang berminat; bacalah dua blog ni. Aku promot kedua-duanya, masing-masing ada ilmu yang berguna untuk kita pelajari...






7 Comments

7 comments:

  1. panjang nya penerangan.....
    jenuh remy nak faham......

    ReplyDelete
  2. hihi mula2 ingat Eu nak citer pasal politik...sekali baca smp abis rupanya pasal MLm daaa hihi...tp agk penin penerangan nyer...=)

    ReplyDelete
  3. @remyhazza;
    @misz_eyza;
    Bukan juga. Cuma saya suka dan cuba belajar cara Papagomo berfikir. Jadi saya mencuba lihat apa yang dia 'nampak' melalui salah satu entri dia. Mungkin dia betul, mungkin saya salah...

    Kalau saya nak ringkaskan:
    1. Papagomo cuba meneka AididMuaddib buat blog bertujuan jatuhkan AC Mizal dan mungkin didalangi oleh E-Dymium yang akibatkan perjanjian antara AC Konsortium dan Maybank tergendala

    2. Saya pula cuba meneka yang Aidid cari helah untuk berhenti berblog dengan buat entri tentang Skim Amanah Saham 1 Malaysia yang merupakan projek kerajaan. Entri terakhir itu boleh jadi alasan kuat untuk dia tidak teruskan blognya

    3. Saya juga cuba meneka Aidid sendiri delete blognya buat sementara waktu (lihat contoh); pada masa sama buang semua personal entri yang telah dibuat sebelum buka semula blognya kepada umum.

    4. Jangkaan Papagomo mungkin betul kerana semua entri berkaitan AC nampak peribadi; bukan dituju kepada Syarikat AC Mizal Konsortium. Saya bandingkan dengan 10 entri QuestNet yang langsung tidak menyerang peribadi sesiapa di QuestNet. Banyak entri Skim Piramid lain; tapi hanya satu-dua entri saja - jangan sampai nampak sangat buat blog bertujuan untuk hentam AC.

    4. Papagomo lihat bisnes E-Dymium sama dengan AC malah E-Dymium lebih mahal tetapi langsung tiada entri tentang E-Dymium. Aidid ada buat entri MLM lain dan setelah Papagomo balas 2 entri; baru entri E-Dymium keluar. Papagomo tidak pernah buat entri lebih dari 2 kali untuk isu yang sama tapi untuk kes Aidid - Papagomo buat hingga 3 entri!

    5. Oleh itu saya pula terfikir bila bahan untuk buat entri AC adalah bahan yang sama jika nak buat entri E-Dymium; dan kerana E-Dymium pula lebih mahal - adalah lebih baik jika Aidid buat entri E-Dymium dahulu. Jika MLM lain dikupas dalam 1-2 entri sahaja; tetapi agak pelik AC dikupas sehingga 16 entri...

    ReplyDelete
  4. pernah baca blog aidileaks dulu..

    *jgn delete blog saye ye. hidup lagi ni. hihi!

    ReplyDelete
  5. ikuti juga blog yang dimaksudkan tu..baca untuk ambil tahu je apa yang dikatakan penulisnya, sekali tu tak dapat masuk sebab mungkin dia private-kan...lepas tu ada balik..


    saya baca je...sungguh tak terkesan sebab bukan kaki MLM ni...cuma suka Makan Lewat Malam je kadang2 sebab lapar :D

    ReplyDelete
  6. Blog aidid mula mengganas kepada ACK bukan la disebabkan papagomo..tapi disebabkan oleh group ACK sendiri yang telah menyebabkan Group SayNoTOMLM V1 ditutup dan V2 di hack dan sekarang tinggal V3...kes yang keluar pada blog pada masa itu adalah disebabkan topik yang panas di facebook yang orang bertanya hari hari..jadi aidid yang juga salah seorang admin mengambil langkah membuat satu blog untuk memuatkan semua artikel yang beliau kemukan dalam satu blog bagi memudahkan orang membuat rujukan setelah banyak bahan rujukan SAYNoTOMLM musnah selepas V1 ditutup akibat dari report dari kalangan ahli MLM tegar.

    Sumber

    Ditutup Akibat Report Page
    http://www.facebook.com/pages/Say-No-To-MLM/154618694571313

    Dihack oleh Ahli AC Mizal Crew (Mohd Adilin Darus)
    http://www.facebook.com/SayNoToMLM

    Versi Ke-3 dan terus datang kewujudan Blog Aidid
    https://www.facebook.com/SNTMLM

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~