Home » » Sebulan Jadi Setahun, Yang Senang-senang Saja

Sebulan Jadi Setahun, Yang Senang-senang Saja

EmpayarUtama - Thursday, October 18, 2012 : 21 comments

Ini cerita dalam bulan puasa. Aku ni pengguna tegar Celcom sejak dari 010 lagi. Kebetulan masa Celcom bertukar kepada 019 dan buat tawaran 'Corporate Rate' yang beri diskaun RM50 tiap bulan; semua nombor yang aku guna dapat tawaran tu. Seingat aku hadiah terakhir yang aku dapat ialah Blackberry tapi dah kena rembat. Jadi bila puteri kedua - Alya dok bertukar nombor Maxis
prepaidnya, aku tak ambik port pun. Tapikan, disebabkan dia tak selalu guna; nombor asyik expired je. kenalah aku ambik kisah. Sebab tiap kali expired; duit prepaid masih ada.

Kat sini aku nak kongsi kat sesapa yang belum tahu (yang dah tahu buat-buat tak tahu jelah ya). Maxis prepaid nih, nombor dia boleh bertahan 30 hari je. Walaupun ada baki prepaid tapi kalau tak top-up masa hari expired tuh, nombor tu terus tak boleh guna dah. Dah tu pulak, bila tanya kedai yang jual nombor prepaid camana nak extend prepaid jangan sampai expired - jawapannya senang aja: "Kena pergi daftar kat Maxis Center Taman Molek". Perghhhh.... Cam tu ke?

Sebenarnya ada panduan ringkas kat belakang kertas nombor prepaid cuma kalau tak tahu guna; hanya nampak menu sajalah. Macam ni:

Pertamanya kena pastikan nombor prepaid tu belum expired. Keduanya - baki prepaid kena lebih RM33 sebab RM33 tu adalah kos validation untuk 365 hari. Senang cakap, kita bertukar dari prepaid kepada postpaid sementara tanpa bil untuk tempoh 365 hari hanya dengan bayar RM33; atau 9 sen sehari. Kira berbaloi sebab tak payah pening nak mengtop-up je time nak expired.
Taip *100# pastu send. Nanti akan masuk satu mesej berupa menu macam kat atas. Tekan 'Answer' dan taip saja 1 dan send lagi. Nanti akan masuk satu lagi mesej macam kat sebelah ni. Tekan 'Answer' lagi dan taip pulak 5 pastu send lagi.
Mesej seterusnya yang akan diterima macam kat bawah kiri ni ha. Jadi, kalau nak tengok baki prepaid ada banyak mana serta tempoh sah yang baru; kenalah taip *122# dan send. Tempoh tamat prepaid telah divalidatekan selama 365 hari. Tunggule setahun lagi baru ulang step yang atas sekali tuh sampai abis.

Sebenarnya ada satu syarat lain iaitu kena top-up sekurang-kurangnya RM30 dalam tempoh 6 bulan pertama. Aikkkk takkanle 6 bulan pertama tak boleh habis RM30? Nak senang, terus je beli top-up RM30 haaa; pakai ke tak pakai ke - yang penting nombor tu boleh pakai setahun...

Baguske? Pada aku, bagus jugakla...

Aku buat cerita sebab takut lupa tarikh tamat tu (09.08.2013) maklumla tak de itam putih. Nanti kalau dah dekat-dekat tarikhnya; kengkawan ingatkan aku tau :)





21 Comments

21 comments:

  1. ada jugak satu lagi cara nak kekal aktif sepanjang hayat.. tukar pelan dia.. tp agak men tipu gak maxis bila aktif spanjang hayat bila sampai time expired tetap kena topup.. cuma bila kita topup baru terpapar ayat 'tarikh luput : sepanjang hayat'.

    ReplyDelete
  2. jaja lg laaa x amik kisah langsung pasal bil2 tepon..sume laki i bayor.. dok diam2 sudah..hihi

    ReplyDelete
  3. tahniah EU sebab terpilih sebagai pemenang dalam GA Remy... =)

    ReplyDelete
  4. ade pulak mcm tu.. mcm2 ragam la maxis nih.. errr.. ye ke? ape2 laaaa...

    saya da tukar URL blog.. lalala...

    ReplyDelete
  5. hingga kini aku masih menggunakan prepaid..

    ReplyDelete
  6. remy tak pernah pakai prepaid..... setia dgn pospaid maxis dari dulu sampai skrg...tapi tak pernah dpt hp free.... kedekutla maxis nie.....he3

    ReplyDelete
  7. terima kasih artikelnya semoga bermanfaat pak

    ReplyDelete
  8. Aku baru saja mau tukar no DiGi aku 016 aku kepada Celcom.

    ReplyDelete
  9. celcom line yang paling bagus,kalau tak nape dia dapat axiata group

    ReplyDelete
  10. saya pakai postpaid maxis untuk couple…plan mau tukar celcom, maxis line tak cover semua area

    ReplyDelete
  11. kenapa u pack celcom tidak dapat tukar dengan hotlink punye line

    ReplyDelete
  12. Saya pun plan mau tukar dari maxis ke celcom

    ReplyDelete
  13. bagaimana mana mau tukar maxis ke u mobile dengan nomor yang sama

    ReplyDelete
  14. ada tidak cara tukar no u mobile ke maxis tanpa perlu saya ke maxis centre?

    ReplyDelete
  15. boleh tidak tukar dari celcom prepaid ke u mobile prepaid

    ReplyDelete
  16. Kalau 365 maxis validity tu sang at menipu maxis tu. Dah 2 Kali aku buat tapi tak sampai setahun pun. 6 bulan je. Bila call operator dia kata takda subscribe bila check dalam system. Sedangkan masa buat tu dapat msg berjaya. Celcom yang aku subscribe pada hair yang sama elok me sampai tempoh 365 tu. Maxis punya system dah huru hara Dan tak dapat diiktiraf lagi.

    ReplyDelete
  17. sekarang xde dah hotlink 365 untuk extended tempoh masa setahun. xtau lah kenapa dengan hotlink ni

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~