Home » » Budaya

Budaya

EmpayarUtama - Monday, July 31, 2017 : No comments

Bila bercakap tentang budaya; skopnya begitu luas kerana mempengaruhi perjalanan hidup individu atau kelompok masyarakat.

Budaya yang diamal termasuk

~ penampilan diri (sikap - gaya, pertuturan, dialek bahasa, makan, ketrampilan, budi bahasa, sopan santun, kurang ajar, samseng; jati diri
berani, penakut, cakap besar, bodoh sombong, prasangka);

~ cara hidup (bermasyarakat, bekerja, berjiran, berkeluarga atau anti sosial);

~ beraktiviti (komuniti, permainan, berpersatuan, keagamaan, perayaan);

~ adat resam (biasanya dipengaruhi oleh kelompok dan persekitaran; hubungan keluarga - turun temurun atau diwarisi dari tempat asal usul nenek moyang; atau dari agama asal keturunan hinggalah bertukar agama);

~ kepercayaan (sudut agama, pendidikan - keluarga, sekolah, kawan-kawan, turun temurun atau dalam erti kata lain pantang larang);

dan mungkin ada lagi skop yang aku tak dapat nak fikir dan lupa nak masukkan di sini.

Bagaimana ia mencorak etika hidup bergantung kepada individu itu sendiri. Yang beragama Islam, gunalah akal yang dianugerah Allah, berpandulah kepada Al-Quran dan hadis serta bergurulah (bukan belajar sendiri atau terima bulat-bulat akan sesuatu pernyataan).


Ish, janggal tul bercerita guna ayat skema. Aku cubalah ya. Aku sebenarnya nak cerita pantang-larang yang biasa sangat jadi amalan turun temurun. Tak salah kalau aku letak ia dalam kepercayaan kan? Ada yang boleh kita ikut dan ada yang boleh buang terus. Bila kita ikut, bagi aku – setelah gunakan logik akal dan rasionalnya.

Contoh: "Jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul di punggung". Budak-budak ditakutkan dengan kesannya.

Zaman dulu belum ada mesin jahit dan span. Bantal dijahit tangan dan diisi kekabu. Oleh kerana sukar dapat kekabu dan dikhuatiri jahitan mudah putus; kekabu pula berserakan maka larangan tersebut serta alasan menakutkan diberi. Zaman sekarang bantal ada pelbagai jenis, warna, saiz dan boleh dibuat sofa (ada yang buat alas duduk dalam kereta bila memandu)

Cerita ni aku buat lepas singgah nengok baby Lady D dan nampak beberapa pantang larang kat situ antaranya yang nombor 2. Kalau nak keluar malam bawa benda tajam

Teringatlah pada kayu tajam di banyak bumbung rumah kampung di Melaka. Bila ditanya, sejarah dulu-dulupun keluar kononnya banyak sekali langsuir atau penanggal yang gemar bergayut dihujung bumbung rumah perempuan mengandung.



Untuk elak benda alah tu hinggap dan singgah, maka kayu tajam ditambah pada hujung perabung bumbung. Jadi mungkin pantang larang yang ini bermula dari kawasan di Melaka.


Gambar-gambar cilok gugel

Aku tak pasti; tetapi apa rasionalnya benda tajam dibawa bersama untuk keselamatan bayi dalam kandungan aku pun tak tahu.

Apa pula kata korang? Mehla kongsi





0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulisle apa pun, aku baca ^_~