Ini sekadar contoh. Katalah seawal 2003 baru mula bekerja dengan gaji minimum RM1,200. Caruman Akaun 2 akan bermula dengan RM108.00. Rujuk Jadual Caruman KWSP
Jika berkahwin lewat tahun 2003 dan ada anak (pertama) seawal tahun 2005. Tahun 2023 - anak berumur 19 tahun - nak masuk IPT.
Ini beri maksud paling tidakpun sudah 20 tahun bekerja dan dah ada caruman KWSP. Dengan andaian tiada kenaikan gaji, tiada dividen tahunan, dan potongan kekal 11% untuk pekerja; maka jumlah terkumpul sehingga Disember 2022 berjumlah RM25,920.00 [RM108.00 x 12 bulan x 20 tahun = RM25,920.00]
Secara umum, yuran pengajian semester pertama sekitar RM2,000.00, manakala yuran semester seterusnya (berbaki 7 semester) sekitar RM1,500 tiap semester. Satu semester bersamaan dengan 6 bulan. Jadilah 4 tahun tempoh pengajian.
Jadi kebiasaan juga, untuk pelajar junior (tahun 1 atau semester 1 dan 2) akan duduk di kediaman kolej. Maka yuran kolej katalah RM500 tiap semester.
Oleh itu, untuk semester pertama kita hanya perlu keluarkan duit poket sendiri sekitar RM2,500 tak masuk kos sara hidup anak di sana. Boleh je terus pohon KWSP bayarkan jika kita memang tak cukup duit. Dan dengan anggaran mudah, jika perlu menyewa bersama rakan untuk semester-semester berikutnya, kita rizabkan saja RM600 setiap 6 bulan seterusnya jika anak kena sewa rumah bersama rakan sekuliah.
Ok apa yang aku praktikkan, tiap kali yuran (bermula dengan semester pertama) dibayar, aku akan buat tuntutan pengajian menggunakan Akaun 2 KWSP. Duit itu akan dikreditkan ke dalam akaun aku, sebab yuran aku dah bayar dulu. Duit itu pula aku terus masukkan dalam akaun anak untuk dia bayar yuran semester berikutnya.
Begitulah yang aku buat, tapi setahun sekali - untuk yuran pengajian anak-anak :
Cuba baca rujukan KWSP di sini. Lepas tu, lihat baki Akaun 2 [jika ianya kekal statik] seperti yang aku dah tulis tadi iaitu RM25,920.00:
Tahun 2023 2023 2024 2024 2025 2025 2026 2026 |
Item 6 bulan pertama pengeluaran RM 2,500 (-) Caruman masuk 6 bulan pertama RM 648.00 (+) 6 bulan kedua pengeluaran RM 2,000 (-) Caruman masuk 6 bulan kedua RM 648.00 (+) 6 bulan pertama pengeluaran RM 1,500 (-) Caruman masuk 6 bulan pertama RM 648.00 (+) 6 bulan kedua pengeluaran RM 1,500 (-) Caruman masuk 6 bulan kedua RM 648.00 (+) 6 bulan pertama pengeluaran RM 1,500 (-) Caruman masuk 6 bulan pertama RM 648.00 (+) 6 bulan kedua pengeluaran RM 1,500 (-) Caruman masuk 6 bulan kedua RM 648.00 (+) 6 bulan pertama pengeluaran RM 1,500 (-) Caruman masuk 6 bulan pertama RM 648.00 (+) 6 bulan kedua pengeluaran RM 1,500 (-) Caruman masuk 6 bulan kedua RM 648.00 (+) * Pengeluaran tu sama ada pengkreditan terus ke IPT atau bayaran balik kepada kita jika kita dah buat pembayaran |
Baki (RM) 23,420.00 24,068.00 22,068.00 22,716.00 21,216.00 21,864.00 20,364.00 21,012.00 19,512.00 20,160.00 18,660.00 19,308.00 17,808.00 18,456.00 16,956.00 17,604.00 |
Maka pada akhir 4 tahun, Akaun 2 masih berbaki RM17,604.00. Akan tetapi anggaran aku jika ada kenaikan gaji sepanjang tempoh 20 + 4 tahun, ditambah dengan dividen tahunan; baki Akaun 2 pada hujung tahun 2026 sebenarnya melebihi RM25,000.
Ini jika kita benar-benar memikirkan masa depan anak tanpa pedulikan i-Sinar, i-Lestari, dan yang sewaktu dengannya.
Dengan kadar gaji minimum RM1,200 sebulan serta caruman selama 20 tahun, sebenarnya kita boleh tampung yuran pengajian 2 orang anak serentak tanpa perlu buat pinjaman pendidikan.
Bekalkan duit sara hidup RM300-400 setiap bulan pun dah ok...
Alhamdulillah puteri sulung dah tamat belajar dan dah bekerja. Putera sulung (anak kedua) pula akan masuk semester 7 (tahun 4 pengajian) 15/16 Oktober ini. Esok keputusan kemasukan ke IPT untuk anak ketiga (puteri) aku pula. Harap-harap dia berjaya teruskan pembelajarannya.