Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Selamat Menyambung Pelajaran Airina

EmpayarUtama - Monday, August 27, 2018 : No comments

Selepas setahun di Pusat Matrikulasi Negeri Sembilan; si kakak gigih daftar UPU online untuk sambung belajar.

Dulu-dulu, Purata Gred Keseluruhan sepanjang tempoh pembelajaran jadi penentu berjaya atau tidak untuk teruskan pengajian. Sekarang pemarkahan tiap semester akan dilihat, tak de purata- putara markah lagi dah.

Akhirnya kakak terpilih ke UiTM Puncak Alam. Bila buat carian Google Maps; perghhh kena bermalam juga lagi satu malam sebelum pendaftaran keesokan harinya.

Macam biasa, Melakalah destinasi transit kami sambil beli beberapa lagi peralatan keperluan sikakak. Banyak gambar kenangan di Melaka tapi nantilah aku kongsi kat lain posting.



Pertama kali berurusan untuk daftar dengan ramainya ahli keluarga para pelajar yang hadir - tak menyempat nak snap gambar buat kenangan. Kena pula kolej kediaman memang jauh dari dewan daftar - kena berangkut barangan dengan bas yang disediakan. Jadi, gambar yang ada dikirim oleh kakak jelah kat sini...




Selamat menyambung pelajaran ya kakak. Semoga bermanfaat segala ilmu yang dipelajari...

Jerebu

EmpayarUtama - Saturday, November 4, 2017 : No comments

Jerebu

Tahukah anda mengapa murid2 dicutikan sedangkan pekerja tidak?

Ya kerann murid bernafas melalui hidungnya.

Jika menghirup jerebu akan menyebabkan mereka sesak nafas dan hampir mati.

Jadi adakah pekerja tidak bernafas melalui hidung?

Ya tepat sekali kerana pekerja bernafas melalui GAJI.

Ya GAJI!.

Cuba anda lihat pekerja2 hirup jerebu.

Rilek je.


Tetapi cuba gaji mereka hampir habis dibelanjakan sebelum gaji seterusnya.

Mereka aka KELEMASAN dan SEPARUH MATI!

Jika gaji masuk semula barulah mereka dapat BERNAFAS DENGAN LEGA.




Jadi adalah rasional hanya murid sahaja yang dicutikan..

Sekian.





Selamat Belajar Airina

EmpayarUtama - Tuesday, May 9, 2017 : No comments

Dekat lima bulan bercuti sambil berpart time jaga kedai beg di The Store Tmn Sentosa; akhirnya kakak dapat panggilan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Sebelum ni dia cuak juga takut tak dapat tempat. Lepas mohon Matrikulasi, mohon UPU dan sebagai langkah berjaga-jaga aku daftarkan juga dia ke kolej Yayasan Pelajaran
Johor di Kota Tinggi. Tapi bayar deposit je dulu RM300 dan pastu bagitau kakak kita tunggu panggilan Matrikulasi. Kalau tak berjaya, tunggu panggilan UPU pula.


Bukan apa, cuma aku fikirkan belanja agak besar untuk yuran swasta. Ada 3 orang lagi bawah dia sebelum cukup duit untuk cover belanja sekolah semua anak-anak hingga peringkat tinggi.


Persediaan anak perempuan kurang cerewet sebab apa yang dia pakai hari-hari boleh diguna sepanjang tempoh pembelajaran di Matriks nanti. Cuma cam biasa - duit minyak, tol, penginapan satu malam (biasanya ambik bilik di Amverton Heritage Melaka) dan duit saku Airina sepanjang setahun kat sana. Jadi on the way cuma singgah Skudai Parade cari apa yang patut je.



Amverton Heritage ni dulu dikenali sebagai Puteri Resort. Sempat diorang mandi dan menginap satu malam di sana sebelum sambung perjalanan esoknya.


Guna laluan keluar Simpang Ampat dari tol Ayer Keroh lebih kurang sejam lebih sikit; dah sampai:


Aku tak ikut naik sebab asrama perempuan. Jadi diorang hantar gambar je:


Atas kosong; bawah dah penuh...


Antara gambar yang dikirim oleh kakak:



Kiri - Pagi memang berkabus.


Dah siap, balikler...


Cara belajar di matrikulasi lebih kurang dengan IPTA/IPTS. Jadi sesiapa yang berjaya sambung pelajaran ke mana-mana pusat matrikulasi akan dapat biasakan diri dengan corak pembelajaran di peringkat lebih tinggi nanti. Yang penting HATI BERSEMANGAT NAK BELAJAR.

jadi, selamat belajar ya kakak. Dapat kawan-kawan baru; cara belajar dah tak sama cam menengah; dan semoga berjaya meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi :)

Berita Baik Buat Pelajar

EmpayarUtama - Friday, October 21, 2016 : 2 comments

Enam hari lepas bila puteri sulung tunjuk 'flyers' ni aku buat derkkk aja. Aku kata tak payah payah! Iyalah, satu hari seminar dari lapan pagi hingga lima petang boleh 'cover' sampai lima subjek... baik tak payah pergi sekolah sebelum ini.

Sebagai bapa yang setiap hari mengikuti perkembangan pelajaran
anak-anak, aku boleh agak setakat mana pencapaian dan sejauh mana mereka boleh pergi. Tapi kalau pencapaian mereka di luar jangkaan (lebih baik) itu 'bonus' buat mereka.

Berbaloi dengan kehadiran ke sekolah sepanjang tahun; tuisyen; kelas tambahan; serta aku sendiri kelam kabut lari dari tempat kerja untuk jemput anak pulang dari sekolah (walaupun sudah membayar tambang bas sekolah tetapi disebabkan waktu balik yang tak menentu memanglah anak tak dapat nak naik bas sekolah tu...). Aku berterima kasih kepada semua guru yang aku fikir adalah yang terbaik dalam memberi pendidikan kepada anak-anak murid.

Kedudukan dalam kelas dan tingkatan sang anak agak baik. Tapi bila dia bercerita kawan-kawannya yang lain (yang sudah daftar dan bayar untuk seminar tersebut) mengatakan dia sombong, eksyen sebab dah 'pandai' jadi tak nak pergi seminar; aku teruja dan buat sedikit kajian tentang penganjur.

Berikut apa yang aku dapat dari carian di internet:

EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama



1. Ia adalah antara salah satu dari pusat tuisyen yang berlambak di Malaysia.
2. Hanya guna handphone sebagai perhubungan. Selain itu boleh juga berhubung menerusi dua laman sosial - A. instagram - kosong; dan B. Facebook - kemaskini terakhir ialah pada 1 Jun...
3. Facebooknya mengatakan Tuisyen Akademi beroperasi sejak 24 Disember 2006.
4. Nursyafiqqah Eira (pelawat) ada bertanya tentang penulisan karangan PT3 di facebook pada 8 Oktober tapi tak berjawab...
5. Kemaskini terakhir pelawat sebelum Nursyafiqqah ialah pada 9 Mac... lama tu... dekat lapan bulan...
6. Laman web websitepart.com menyatakan website ini didaftar/bina pada 15 Mac 2016 dan dikemaskini pada 5 April 2016 - selepas sepuluh tahun beroperasi : "...was registered on domain.com, llc on 15 March 2016. The site is almost absent on social networks"
7. 'Galeri page' di laman web berstatus 'under construction'...
8. 'News and Update page' di laman web pun berstatus 'under construction'...
9. 'Groups page' di laman web... errr bukan grup tapi seperti perancangan...
10. Antara perancangan dalam 'Groups page' ialah 'Publication' yang sepatutnya telah menghasilkan 'ES Rahsia Tatabahasa' yang dijadual terbit pada Suku ke3 2016! (...dah overdue...)

Manakala carian menerusi mysbusiness.com untuk syarikat pada akaun MBB tertera mengatakan syarikat ini hidup pada 22 Disember 2015. Belum setahun mungkin fokus untuk buat seminar dan kutip duit sahaja.

Sajalah aku letak dalam slide kat atas tu satu gambar 'pemikir' yang menipu yang kerjanya kutip duit kayakan diri sendiri buat seminar sambil mengajak orang lain jadi tamak; buat kerja lain selagi 'ada masa hidup' untuk cari duit cari duit cari duit. Takkan tak perasan apa yang dia buat tu (hanya buat seminar caj mahal-mahal untung dia makan) tak sama dengan apa yang dia suruh orang lain buat (jana pendapatan selagi hidup; selagi boleh tapi bukan melalui buat seminar caj mahal-mahal)...

Aku fikir seminar 'last minute' macam kat atas tu memang bagus. Bagus untuk student yang kaki ponteng atau yang mengharap 'keajaiban' berlaku pada hari peperiksaan tanpa perlu bersusah payah bertahun-tahun belajar... Oleh kerana pada pendapat aku cikgu-cikgu yang sedia ada adalah yang terbaik; memang aku tak galakkan anak-anak ke seminar macam kat atas.


Kejohanan Futsal Dan Bola Jaring KEMAS Negeri Johor 2015

EmpayarUtama - Sunday, May 10, 2015 : 2 comments

Semalam berlangsung acara futsal dan bola jaring KEMAS Negeri Johor tahun 2015 bertempat di Mini Stadium KulaiJaya. Olehkerana ada 26 bahagian Parlimen di Negeri Johor maka kedua-dua acara terpaksa di bahagi kepada 8 kumpulan. Tak cukup dengan itu hanya 4 kumpulan setiap acara dapat diadakan di padang mini stadium manakala selebihnya guna
padang sekolah bersebelahan.

Acara bermula seawal jam 8.15 pagi tapi disebabkan masalah komunikasi; kumpulan bola jaring Parlimen Johor Bahru (dalam kumpulan D) sudah tersalah padang daaaa. Nasib baik perlawanan pertama mereka hanya bermula pada jam 9.30 pagi. Kalau tak kira 'walkover' sajalah jawabnya.

Adriana
Muka dia nampak cuak sebab pergi kena naik kereta cikgu...

Untuk jimat ruang, aku guna slide jah. Meh tengok:

Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Kumpulan D cuma ada 3 pasukan. Game pertama seri manakala game kedua menang. Mungkin terkejut sebab tiap kali latihan dalam dewan. Tak rasa luas sangat jadi bila main kat padang suasana berbeza lebih-lebih lagi kelajuan balingan bola mereka tak pandai nak ejas. Nasib baikla game kedua dah boleh sesuaikan diri, dan dapat masuk suku akhir selepas jadi juara kumpulan.

Cuaca memang panas gila. Game suku akhir bermula pukul 2.15 petang. Mood nak main pun macam dah tak ada. Jurulatih yang bimbing serta beberapa tenaga pengajar pun ada yang dah balik. Terkontang kanting budak-budak tu. Keputusan suku akhir, kalah 1-7 dan tengokle gambar last tu laju jah mereka nak keluar padang sebab tak tahan panas.

Kat bawah ni video yang aku pos buat kenangan:

Walaupun KEMAS dan tenaga pengajar bukan di bawah Kementerian Pendidikan; tapi sempena Hari Guru ni nanti; aku ambil kesempatan ucapkan Selamat Hari Guru juga kepada mereka dan kepada semua guru di Malaysia :)