Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sambungan Teknik Belajar Menipu

EmpayarUtama - Sunday, March 31, 2013 : No comments

Dulu ajar Teknik Belajar Menipu main golf haaa kali ni aku suka nak kongsi teknik belajar menipu tarik duit trafik.

Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf sebab isi kandungan cerita ni memang lari jauuuuhhhh dari cerita yang pernah aku kongsikan bulan lepas. Jadi hehe abaikan saja cerita yang itu yea ^_~
Ada satu perisian ni janjikan pelbagai kelebihan terutama trafik yang mencanak-canak:
Tapi apa pula kekurangannya? Aku pun tak tau sebab aku tak pakai. Cuma kat sini nak berkongsi (bukan riak aaaa) walaupun tak aktif berbelogging tapi jika kita sabar dan 'guna kebiasaan yang normal' apatah lagi segalanya percuma dan ada depan mata; pun boleh dapat trafik yang sewaktu dengannya. Untuk ini, aku tunjuk statistik belog sendiri.

Segala statistik adalah satu jam sebelum aku pos cerita ni.

Cuma ada 238 pos - 213 dah kongsi 25 lagi masih dalam deraf; belog berusia dua tahun 3 bulan. Jumlah 124,798 pageview. Ianya bukan dapat dari hari pertama berbelog, hanya setelah lebih setahun. Jadi perkara pokoknya ialah SABAR DAN KESESUAIAN TEMPAT BELOG DIHANTAR.

Dua statistik di bawah (berdasar hari dan masa terkini) sebagai bukti trafik datang bukan pada setahun pertama berbelog:


(purata sekitar 400-500 pageviews sehari)

Walaupun belog rojak bukan belog bisnes atau retis cuma letak iklan bagi nampak lawa sikit; aku rasa Alexa beri gambaran sebenar tentang kandungan belog aku.

Tahun 2012 purata aku kongsi 5 cerita je sebulan (ada bulan yang tak de langsung cerita) tapi kedudukan trafik tu pada aku lebih dari memuaskan.

Ok, kat bawah ni pulak boleh tengok cerita mana yang lebih dapat perhatian manakala sebelahnya tunjukkan dari mana datangnya trafik tu:


Penyumbang trafik terbesar (lebih dari 21,000 pageviews) datang dari carian google.


Manakala ping-ping program turut membantu seperti Busuk dan Apesal. Nama belog sendiri juga keluar barangkali pembaca 'bookmark' belog; baca cerita-cerita terdahulu serta aktiviti kemaskini belog (aku le tu kuangkuangkuang).

Dan terakhir, 50% yang bertandang adalah dari Malaysia. Akupun tak tau camana separuh lagi tu boleh faham tulisan aku sebab ayat memang berterabur. Aku sendiripun selalu tak faham apa yang ditulis, apa lagi diorang hahahahahahah.

Haaa satu lagi, kenapa kat statistik tu tunjuk dari May 2008?

Aku ada ceritanya nak tau kena baca Wajah Dan Nostalgia...



Jenuh Main Nombor

EmpayarUtama - Saturday, March 30, 2013 : 7 comments

Disebabkan tak pandai CSS coding ; 3 hari aku tutup belog. Malu wei orang nengok aku merangkak dengan belog hancus. Padan muka aku.

Aku mencuba segala kod bagai tu tapi template belog sendiripun dah jadi rojak, jadi belasah ajalah. Haaa rasanya macam dah siap kot.
Sebenarnya aku cuba ringkaskan karangan sidebar dengan ganti apa yang ada melalui penggunaan multi tab. Tapi satu multitab hanya boleh guna sekali je. Bila dah guna banyak jenis yang berbeza - bukan makin ringan, dah macam lori dah beratnya belog aku.

Untuk yang berminat nak guna multitab nih; ada 3 jenis yang aku sedang cuba:

1. Jquerytabmenu yang aku ambil dari MARIBINABLOG. Banyak besi versi kat situ tapi aku guna versi ke 2. Ambil mana yang perlu je dan sesuaikan dengan template belog sendiri. Pastu gabungkan Auto Slide Menu (Hide-Show). OKlah nampak macam boleh guna banyak kali dan jimat ruang sidebar. Bila susun tiga empat baris; paparan homepage hanya dari tab pertama - baris pertama saja.

2. Pastu jquery juga beserta greenlava-code yang aku dapat dari BloggerSentral. Ini peningle sebab aku blom dapat masukkan menu tab ke dalam kotak sidebar. Bagus juga sebab ketinggian widget tak perlu ditetapkan.

3. Last sekali tu ambik dari P0L5K4H4CKR3W (lama tak singgah belog dia). Sebetulnya aku nampak dan mintak kat Diana Azis aka Cik Puan Oren. Ini adalah gabungan "banyak scroll box dalam satu" dan ketinggian widget mati kat satu level. Cantikler kalau banyak item yang sama tinggi letak dalam satu tempat, kannnn?

Dalam memilih beberapa jenis ni, pastikan juga kod yang dipasang tu tidak sama atau berulang. Nanti belog jadi rojak yang betul dan sedap dimakan. Satu lagi, tajuk cerita ni tak ada kena mengena dengan main nombor ekor ^_^


Berhenti Sekejap

EmpayarUtama - Tuesday, March 26, 2013 : 9 comments

Semalam ada senang sikit aku jenjalan melawat kengkawan. Tapi macam yang aku pernah bagitau; kalau singgah kat satu-satu belog tu aku akan berlama-lama walaupun ada paparan belog yang tak menarik. Aku baca 5-6 entri terkini dari belog-belog tersebut walaupun cerita dah basi. Dah itu cara aku susah sikitlah nak ubah.
Jadi dalam sehari tak lebih dari 20 belog yang dapat aku jengah. Yang aku belum sampai tu aku akan jengah juga. Sabar yea sayang erkkkk apa ni?

Mungkin sebab dah lama sangat tak berblogwalking; ada trend baru kot yang aku tertinggal jet agaknya. Bukan apa, semalam majoriti tuan belog pasang 'Comment Moderation' maksudnya komen perlu dilulus lembaga penapis komen dulu.

Kena pulak entah line tenet lembab ke, page loading belog tu slow ke, tak tau le; komen aku lepas atau tidak. Last aku singgah semalam kat belog Afzal baca entri dan komen-komen kat situ. Tak sempat nak tulis apa-apa sebab mengantuklerrrr.

Kadang-kadang tertanya sendiri; apa yang aku kongsikan ni bermanfaat ke atau sekadar syok sendiri. Iyalah aku ambil belog-belog popular sebagai contoh macam Obefiend yang tak peduli apa bentuk komen yang masuk tapi jangan sampai berbau perkauman.

Aku rasalah kan, kita ke yang tak ikhlas untuk terima apa bentuk komen atau teguran. Benda tu subjektif takkan abis punyalah kalau bawak berdebat.

Blogger.com atau laman web yang sewaktu rasanya berhati-hati asingkan komen yang ada link sebagai 'spam comment'; terpulang kepada tuan belog untuk tukar atau tidak status itu. "Alah belog aku, peduli happa"

Panjang lak aku tulis. Dah, dah. Nak gi jenjalan pulak. Aku tetap bersangka baik jer. Kbaiii ^_^