Pontian ni terletak 60 km dari Johor Bahru dan salah satu daerah dalam negeri Johor. Ikut pada keluasannya, Daerah Pontian ni sendiri agak besar tetapi kelompok penduduknya bertumpu di beberapa pekan kecil. Pembangunan agak lambat kerana tumpuan hanya kepada tempat strategik seperti Gelang Patah - Tanjung Pelepas. Mungkin kerana jauh dari laluan lebuh raya Utara-Selatan
menjadikan Daerah ini agak ketinggalan.
Ini identiti Daerah Pontian yang boleh gak kita nampak seperti di Pekan Nenas, Kukup, Benut, dan beberapa tempat lagi.
Antara kampung nelayan yang masih ada di belakang pembangunan. Sungai Pontian pula ada dua - Sg Pontian Kechil dan Sg Pontian Besar. Ramai gak dari luar daerah datang ke belakang pasar Pontian seawal jam 5 pagi untuk mendapatkan ikan segar dalam bot (murahnya) sebelum harganya jadi lain kalau dah naik ke dalam pasar.
Masjid Pontian yang semakin cantik.
Menara jam di tengah bandar, masih ada imej nenasnya...
Pandangan dari tepi pantai - boleh nampak New Waterfront City yang terjulur keluar kat belah sana yang dulunya hanya laut. Sepanjang pantai ni dah ditambak kerana kuatnya hakisan. Tembok lama pernah runtuh dilanda air pasang penuh yang melimpah. Sekarang ni cantik dengan adanya ruang pejalan kaki.
Ini pandangan opposite yang menuju ke rumah rehat dan masjid. Sebelum rimbunan pokok bakau tu dulu ada satu jeti kayu ke tengah laut yang hujungnya ada pondok/wakaf, betul betul di hadapan rumah rehat.
Ini kawasan taman yang dah dipercantikkan.
Sekitar kawasan taman tepi pantai yang masih dalam proses. Belum siap sepenuhnya.
Redup dengan pokok kelapa walaupun panas terik. Ada beberapa alat riadah disediakan.
Pun ada taman permainan kanak-kanak yang dijaga dengan baik.
Cuaca panas terik tak ramai orang time ni...
Cuaca panas terik tak ramai orang time ni...
Ini wajah pantai baru di New Waterfront City. Terminal bas akan dipindahkan ke kawasan baru ni tapi entah bila - dah dekat 10 tahun belum pindahpun.
Ini antara sudut menarik, betul-betul kat hujung tambak baru dan menjadi tarikan pemancing.
Kat New Township ni banyak fastfood dan western food sebab pengusaha mengharapkan terminal bas cepat-cepat dipindahkan ke situ. Perniagaan komersilpun banyak dah bertukar ke sana seperti bank, supermarket, kedai runcit dan pengusaha hotel.
Playground dalam MarryBrown. Cantik sebab baru 6 bulan pindah dari bandar lama.
Ini tempat favorite aku kalau ke bandar. Dari kecik lagi memang suka makan cendol ni. Kena pulak kalau tengah panas boleh tambah dua mangkuk. Sedap tu...
Selain dari bandar Pontian ni sendiri, banyak lagi tempat menarik untuk pengunjung ke sini seperti Tanjung Piai (juga terkenal sebagai hujung semenanjung dalam peta dunia); Muzium Bugis; Kukup - boleh tengok rumah ternak pelbagai makanan seafood (sambil makan seafood) yang boleh dilawati dengan menaiki bot pelancong; dan nantilah aku tunjuk kat len entri.
Ini? Ini kebun jagung kat kampung. Bagus kalau tanah tak cukup besar tapi pulangannya besar.
Selain dari bandar Pontian ni sendiri, banyak lagi tempat menarik untuk pengunjung ke sini seperti Tanjung Piai (juga terkenal sebagai hujung semenanjung dalam peta dunia); Muzium Bugis; Kukup - boleh tengok rumah ternak pelbagai makanan seafood (sambil makan seafood) yang boleh dilawati dengan menaiki bot pelancong; dan nantilah aku tunjuk kat len entri.
Ini? Ini kebun jagung kat kampung. Bagus kalau tanah tak cukup besar tapi pulangannya besar.
Baru nak keluar isi, kena sabarle tunggu hasilnya
Nenas ni pulak disulam sementara tunggu kelapa sawit keluar buah. So, boleh dapat hasil untuk tiga taun sementara tuai sawit pulak.
Yang ini Nanas Sarawak, tak jual makan sendiri...
Nanas Sarawak ni besarnya 3 kali ganda nenas biasa (moris). Manis wooo makan camtu aja atau cincang halus buat minum petang. Kira boleh lawanle ngan cendol kat atas tu...