Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Takziah. Apa Yang Kita Buat?

EmpayarUtama - Saturday, October 26, 2013 : 6 comments

Baru aja aku kongsi cerita pasal 'beri kepercayaan sebagai pencegahan awal' belah pagi; tak sampai doblas jam lepas tu berlaku kejadian buruk setelah apa yang kita percaya itu tak boleh dipercayai.

Aku ikuti perkembangan di internet dan walaupun agak lewat – kami sekeluarga ucap takziah kepada keluarga mangsa, semoga tabah hadapi dugaan ini.

Ermmm camana nak mula ya. Okeh aku bajet salah satu tempat kija aku. Syarikat percetakan sediakan 'perkhidmatan servis mencetak guna mesin' - dalam tugasan. Ada syarat/piawaian tertentu perlu dipatuhi hingga membolehkan syarikat guna mesin dan mesin tersebut boleh beroperasi.

Syarikat kawalan keselamatan sediakan 'perkhidmatan servis kawalan keselamatan guna manusia' - dalam tugasan. Samalah kan, pasti ada syarat/piawaian tertentu perlu dipatuhi hingga syarikat boleh guna manusia sebagai pengawal keselamatan (lebih-lebih lagi bersenjata) seterusnya boleh beroperasi/bertugas. Apa beza mesin dengan manusia?

Bila jadi kes, jalan singkat - batalkan lesen syarikat terbabit. Dah jadi baru ambil tindakan. Tapi hanya kat syarikat terbabit jelah.

Banyak belog bersuara pasal ni (bagaimana mencegah) bukannya tuding jari cari siapa salah atas perkara yang dah berlaku seperti BUASIR OTAK yang bertanya "Apakah langkah pencegahan yang korang rasa boleh dilakukan bagi mengelakkan kejadian api dalam sekam, duri dalam daging, musuh dalam selimut ini?"

Sebelum inipun banyak kupasan tentang pekerja dan syarikat kawalan keselamatan. Paling konsisten ialah Mazidul Akmal seawal bulan Mei 2009 lagi. Paling menarik minat aku ialah Cipan, Tapir & Tenuk (C++).

Kita dah nampak benda berlaku. Meragut nyawa. Takde ke kebarangkalian berlaku lagi; mungkin kepada syarikat kewangan lain, serta syarikat kawalan keselamatan lain? Apa langkah pencegahan seterusnya agar tak berulang?

Cadangan aku; batalkan dulu semua lesen syarikat kawalan keselamatan. Buka permohonan baru dan setelah semua langkah yang 'tepat dan betul' dipenuhi serta dipatuhi baru beri lesen. Laporan tiap tahun perlu untuk pembaharuan lesen (sama macam lesen mesin cetak sebelum dimansuhkan tahun lepas). Kita boleh kurangkan kecuaian jika ada kepada tahap paling minima, bukan tak ada terus.

Tapi, hahahahaha aku siapa?



Macam Tak Percaya

EmpayarUtama - Wednesday, October 23, 2013 : 7 comments

Salam semua. Hehe eh gelak pulak.

Aku letak iklan kat belah kanan atas sidebar, ala yang aku pesan 'Rajin-rajinle Jengah' tuuu. Tapi manjang dok benda sama ulang-ulang jemu jugak kan. So, malam tadi aku cubalah tukar dengan yang agak baru.

Tokojut mak kau bila nengok yang satu program tu bermasalah. Antara
nak percaya ngan tak percaya je. Meh aku tunjuk apa yang aku jumpa :

  • 8share landing page result
    Keputusan untuk 'Landing Page' saja dah tunjuk ia jadi tapak sewa / pembawa 'sites' yang bermasalah
  • PlusGoogle share 1 result
    Aku teruskan juga dan cuba kongsi satu iklan dia di gugelplas. Jawapan betul sebab tu kaler hijau tanda 'right' lagi hehe
  • PlusGoogle share 2 result
    So, aku teruskan dengan iklan lain. Alamak 'pengkang' siap kaler merah seyyyy
  • Technetium info
    Ushar pulak apa benda nya Technetium ni?
  • Technetium result
    Ermmmm tak le teruk sangat...
  • Technetium with 8share
    Tapi bila periksa 'combined link' - Aiyarkkk...!!! Tak berani aku nak letak link nih...
  • ChurpChurp landing page result
    Ok tengok program satu lagi. Nampak lebih baik keputusannya...
  • Travelar landing page
    Ini keputusan berdasar 'link' yang diberi
  • result 1
    Dan ini hasil akhir 'link' tersebut
  • Magnum Mini Moments
    Masih was-was, aku test link iklan lain pulak. Ini page berdasar 'link' disediakan
  • result 2
    Hasilnya, program yang kedua nih masih oke...

Pada pandangan aku, ada beberapa link bermasalah yang suka-suka parking kat 'program pertama'. Ini menyebabkan 'program pertama' itu pula jadi pembawa masalah. Dan setakat ini 'program kedua' belum bermasalah lagi. Ishhh ntahapahapalah kan. Bagi link ber'malware' pastu suruh orang lain tekan-tekan hahahahahahampagastullah aku nih.

Cerita aku ni kan, mesti ada yang tak suka sebab mereka akan fikir aku ni dok promot iklan.

Sebenarnya aku cuma nak kongsi - kalau ada program yang kita boleh percaya dan boleh 'guide' blog kita (contohnya McAfee SiteAdvisor) apa salahnya pasang...


Sama Tapi Tak Serupa

EmpayarUtama - Thursday, October 17, 2013 : 8 comments

Aku nak buat ulasan wayang pulak. Mari tengok cerita Melayu. Kat bawah ni ada 4 cerita yang tak kurang popularnya. Ada yang masih bersiaran, ada yang sedang diulang tayang.

Takkan korang tak tengok satu pun dari 4 cerita tu...
Apa persamaan yang boleh kita nampak, dan apa pengajaran dari persamaan tersebut?

Kita disajikan sifat iri hati, cemburu, hasad dengki ibu mertua terhadap menantu. Kita terima susunan ceritanya, bangga dengan pembawaan sikap mertua yang tidak elok hingga kita angkat cerita tu jadi popular.


Ombak Rindu
Ombak Rindu - Meletup juga cerita ni dulu
Tentang Dhia
Tentang Dhia - Drama, sekarang tengah tayang ulangannya
Love You Mr Arrogant
Love You Mr Arrogant - masih bersiaran
Pelita Tanpa Sumbu
Pelita Tanpa Sumbu - Tayangan sempena AidilAdha malam tadi
Ciptaan Terindah
Kemaskini 19.10.2013 - Ciptaan Terindah - Ini bukan mak mertua tapi mak sendiri...
Pastu, bandingkan dengan yang ini. Ini cerita klasik tak patut kalau belum tengok :

Tajuk 'straight to the point' dan di penghujung cerita sang mertua mengaku bersalah.



Haaa itulah ulasan aku :p