Nak letak tajuk 'Malas Tak Bertempat' tapi cam kasar na bunyinya. Tapi sebelum tu aku harap sangatla Sambutan Maulidur Rasul yang dibuat di Sek Keb Md Khir Johari dua hari lepas adalah sambutan terakhir untuk tahun ni di Kampung Melayu.
Sebab masuk yang ini, dah nam tempat dah majlis aku pergi; pun disambut di Kampung Melayu.
Sebab masuk yang ini, dah nam tempat dah majlis aku pergi; pun disambut di Kampung Melayu.
Meriah memanglah meriah tapi rasanya dah melampau-lampau sangat. Apa sebenarnya yang nak ditonjolkan kat sini? Semangat kekeluargaan ke; nak tunjuk satu-satu kumpulan atau komuniti tu berduit atau kaya sangat ke; nak bagi peluang penceramah-penceramah dapat duit ke; atau nak bersaing sesama ahli jawatankuasa tempat-tempat berkenaan? Rata-rata 80-90 peratus tetamu adalah komuniti yang sama.
Bermula dengan Madrasah di Lorong Pendita, lepas tu Balai Raya Jalan Utama Tengah, pastu pulak Sek Agama Dato Abdullah Esa, diikuti dengan Surau Al-Munawwarah di Jalan Rahmat, KEMAS di Dewan Serbaguna, dan terakhir tulah dua hari lepas oleh Sek Keb Md Khir Johari. Itu tak termasuk tempat lain yang aku tak pergi macam Surau Bulatan, dan entah kat mana tah lagi. Begitu banyak sambutan yang sama oleh banyak na pihak seolah-olah tak ada persepakatan dalam kampung. Kan AJK, AJKK, AJKKK dan AJKKKKKKKKKKKKK masing-masing boleh berhubung untuk buat satu majlis besar bertempat di Masjid. Tak boleh ke gabungkan semua peruntukan yang ada, ini tak - siap mintak derma lagi pastu derma lagi kali kedua.
Mungkin apa yang nak aku kongsi kat sini ada sentuh sikit sensitiviti, tapi takkanlah pasal tambang bas anak sekolah agak mahal tiap bulan terus mintak buat sekolah dekat-dekat? Siap masuk surakhabar pulak tu. Cerita macam nipun kena masuk suratkhabar? Nasib baik mamat tu tak mintak buat sekolah depan rumah dia. Terus tak payah bajet duit tambang budak sekolah.
Bukan apa, duit tambang tu untuk 6 tahun kali dengan 50 budakpun, belum dapat nak cover buat satu blok bangunan sekolah. Cubalah selesaikan 'masalah sendiri' secara rasional, jangan lepaskan 'masalah sendiri' tu kat orang lain. Dan gunalah saluran terbaik yang ada untuk itu, bukan terus pergi ke suratkhabar. Eh, aku nak cerita pasal masjidlah.
Ini Masjid Jamek Kg Melayu. Aku memang selalu ke sini untuk semayang Jumaat. Seminggu sekali aja, tak pernah penuh walau dari tepi jalan nampak macam penuh sangat sampai melimpah ruah makmumnya (jenis malas nak masuk dalam bangunan dan jenis nak balik cepat tak mo tunggu doa).
Ini Masjid Tun Hussein Onn di Larkin. Kengkadang aku terlepas gak ke sini sebab jaraknya ngam-mgam 3 km dari Mesjid Kg Melayu. Memang luas dan manyak tempat kosong.
Ini pulak Mesjid Kg Kurnia yang baru sebulan je projek menambah baik dijalankan. Antara alternatif aku juga kerana jaraknya 2.5 km dari Masjid Jamek Kg Melayu.
Haa... Yang ini asalnya surau aja. Namanya Surau Bulatan Kg Melayu sebab betul-betul sebelah bulatan (simpang empat) dalam Kg Melayu. Sebelum hujung bulan lepas (Mac) naik taraf jadi Masjid.
Aku lebih malu kalau letak tajuk entri kat atas tu jadi 'Dua Masjid Dalam Satu Kampung, Apa Rasionalnya?'. Tapi dah jadipun.
Bayangkanlah... Masjid ni berada di tengah-tengah antara 3 masjid yang aku cerita kat atas tadi. Cuma satu kilometer aja dari Mesjid Kg Melayu; dua kilometer dari Masjid Tun Hussein Onn; dan tiga kilometer dari Masjid Kg Kurnia.
Apa yang boleh kita sebagai rakyat (dan kerajaan khususnya) buat untuk kumpulkan satu kelompok besar seminggu sekali dalam hal ni? Kita pecahkan lagi jadi kumpulan-kumpulan kecil konon-kononnya sebagai kemudahan asaslah yea? Inipun antara peluang kerjaya yang wujud di kalangan imam/tok siak (diorang kan dapat elaun bulanan), tak gitu?
Bukannya jauh na 3 masjid kat atas tu. Nak kata penuh sesak, tiga-tiga pun tak penuh. Nak nampak penuh cuma setahun sekali masa semayang sunat Hari Raya Idilfitri. Tahun depan bertambahlah majlis Maulud Nabi kat Kg Melayu, apa pun masing-masing ada alasan tersendiri untuk itu. Mungkin mereka ada jawapan yang lebih baik atas status surau tu menjadi masjid.
Dan jangan lupa, hari ni last day aaaa antar borang Cukai Pendapatan. Jangan buat-buat lupa lak.....