Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Pengaruh, Mempengaruhi Dan Dipengaruhi

EmpayarUtama - Saturday, April 23, 2011 : 1 comment

Masa sekolah menengah dulu, aku masuk senarai 6 pelajar paling nakal merangkap 'jahat susah nak dibentuk'. Banyak sesi kaunseling kami hadiri baik oleh cikgu kaunseling maupun pengetua.

Tapi entah kenapa respek kitorang kat para guru masih tebal masa tu. Kalau orang tua kami dipanggil mengadap,
tau apa yang cikgu akan kata?
"Anak encik ni bagus, baik orangnya. Dia cuma terpengaruh dengan perangai beberapa kawan lain yang nakal. Masih boleh dibentuk lagi. Kami akan cuba perbaiki kelemahan baik dari segi perangainya dan kelemahan sekolah ini." Walaupun bontot aku ni banyak gak berbirat kesan rotan dari cikgu disiplin; tak ada rasa dendam pun kat mereka. Kenapa ya?

Aku rasa, mungkin sikap para guru tu sendiri yang buat kami rasa malu. Apa taknya. Ikut pada ayat cikgu tadi, siapa dia kawan lain yang mempengaruhi kenakalan aku? Tak de orang len dah, kami berenam nilah yang mempengaruhi bebudak len pun kalau akan jadi lebih nakal. Tapi cara diplomasi cikgu-cikgu aku masa tu yang masih menyimpan perangai buruk kami dari pengetahuan orang tua serta keyakinan mereka meyelesaikan masalah di sekolah buat aku mengangkat tinggi martabat para guru (masa aku budak sekolah la...).

Kadang-kadang apa yang ditulis pun boleh mempengaruhi (pemikiran) seseorang. Lebih-lebih lagi bila gaya penceritaan yang sama tiap hari pulak tu. Bukan setakat kenakalan perangai yang aku bawak masa sekolah saja yang boleh pengaruh kawan-kawan lain.

Terima kasih ya cikgu...



Doktor Makanan Tambahan

EmpayarUtama - Saturday, April 16, 2011 : 5 comments

Mak pesan beli benda ni dah masuk minggu keempat; aku tak beli-belipun. Takdelah mahal, tapi ini dah makanan keberapa aku dah tak ingat dah. Banyak sangat makanan tambahan yang dia nak cuba.
...mengikut jumlah yang disarankan doktor... bukan 'doktor', "doktor", 'Dr', atau 'dR' yea. Aku ulang - doktor. Kalau tak kenal mana satu doktor, tanya budak-budak umur 5 tahun ke bawah. Diorang kenal doktor sebab diorang tak pandai main facebook dan 'doktor', "doktor", 'Dr', atau 'dR' memang tak approach diorang ni punya untuk beli supplements tu.

Ini antara artikel yang menarik minat aku, semalam keluar kat paper. Nak baca artikel penuh kena baca semalamnyer paper aaaa... Aku tak amik semua tapi aku tak potong separuh-separuh ayat tau.


Kalau ada mamat MLM kata aku nak buat fitnah, tipu; maka fitnah, tipulah suratkabar semalam tu. Sebab aku tak tokok tambah apa pun, cuma kopipes mana yang berkaitan dengan entri aku je. Sapa-sapa nak komen, aku amat mengalu-alukan.

Ini iklan je, tapi telur asli bukan tiruan. Sedap buat sarapan. Aku kadang-kadang amik 2 biji separuh masak letak kicap sikit campur ngan serbuk lada tu... best wooo....


Kerja atau Mengerjakan Orang

EmpayarUtama - Tuesday, April 12, 2011 : 5 comments

Dalam entri lepas aku ada cerita pasal part time job. Aku pun ada share kat Forum Mesra.net. Jadi kat sini aku nak kongsi sikit kerja sambilan aku.

Aku buat apa?

Selain dari kerja aku sendiri, aku buat full set account untuk dua kompeni. Aku pun kerja dengan dua kompeni
lain sebagai admin staff (aku makan gaji, bukan ejen aaaa...) - lengkapkan borang-borang dan mintak kelulusan Kastam (CJP2, CJ2B, CJ5, lesen); deal dengan MPOB (Malaysian Palm Oil Board). Semua kerja tu memang perlukan komputer dan internet. Dan yang beshnya aku tak perlu gi opis diorang selalu. Kalau gi opis diorangpun untuk aku buat filing atau dapatkan info untuk aku bawak balik buat kat rumah.

Masa?
Masa tak tentu - aku sendiri set masa aku. Ikut suka, janji siap seperti yang diperlukan. Ada banyak kompeni camni yang tak mau pekerja tetap sebab diorang sendiri tau kerja-kerja tu bukan kena buat tiap hari dan tak perlukan masa 8-9 jam tiap haripun. Tapi aku rasalah, diorang tu jimatkan kos pun iya juga sebab kalau gajikan pekerja sepenuh masa agak mahal bayarannya. Kalau satu post tu gaji sampai 3 tiang diorang boleh jimat kalau aku cuma mintak separuh je.

Accounts KDRM

Penat?
Penat mendenya. Bukan tiap haripun kena buat kerja-kerja ni. 4 kompeni aku cuma guna dua tiga jam purata tiap ari. Kalau buat / key in akaun tu, kumpul seminggu pastu buang terus 6 jam duduk kat opis diorang. Paling tidakpun aku buang satu hari kat ujung bulan atau awal bulan untuk buat closing account dan print account statements dan GL reports.

Ada job ke?
Skang nipun ada lagi dua job tunggu - Dua-dua kompeni ni pasarkan sarang burung layang-layang (eksport). Mintak aku buatkan lesen export, mohon Kastam sambil susun balik akaun diorang. Tak tau lg aku nak amik ke tidak sebab jaraknya 50 km dari rumah, route mapnya lari dari jadual. Aku kenalah susun semula sebelum buat keputusan.

Aku cerita apa ni?
Aku cuma nak kongsi kat reader yang terbaca blog aku, kerja tu ada kat mana-mana. Bukan nak tunjuk eksen tapi duit untuk makan (jadi darah daging) sendiri dan keluarga, kalau boleh biarlah dari titik peluh. Bukan dengan menipu.

Aku cuba buat perbandingan yang nyata dengan bisnes internet. Terus terang aku tak percaya dengan MLM yang lebih menjurus kepada skim piramid. Iyalah, konon nak tolong bangsa sendiri kumpul duit banyak dalam masa singkat tapi yang dipujuk masuk jadi downline tu tau ke dia kat posisi ke berapa? Kalau ikut rajah piramid, bolehke dalam satu bulan dia kumpul lima ribu dalam tangan? Atas kertas nampak je infiniti, tapi downline tu boleh pastikan ke bawah dia sendiri boleh dapat beratus orang dalam sebulan tu? Sebulan tu aja ke? Pastu? Jadi apa? Paksa orang?

Biarpun part time, kerja sambilan, aku bekerja. Tak cukup satu tempat, aku kerja kat 4 tempat. Sikit-sikit kumpul pun boleh dapat pendapatan tetap paling tidakpun bersih 4 tiang lebih lepas tolak duit minyak, talipon, makan dan belanja kawan-kawan. Cara camni pada aku lebih meramaikan kawan, bukan menambah musuh atau buat orang lain makin menyampah kalau nampak kita.

Pada akulah, bisnes networking ni bermula dengan internet bisnes. Contohnya jual produk atau servis. Contoh produk macam apa yea, haa 'handmade card' atau 'perfume' atau apa ajalah barang. Contoh servis, cam sewa kanopi, andaman, solekan, atau apa-apa aja yang tak nampak barang. Benda-benda ni jadi bisnes networking kalau pelanggan online tu jadi buyer dan pelanggan tetap. Ikut suka diorangle nak pakai sendiri ke atau jual balik dan kita jual pada harga diskaun kalau beli banyak. Tak mungkin akan jadi MLM, cuma SLM sebab kalau dah bisnes ikut internet serata dunia, internet bisnes tu jadilah network bisnes bila customer boleh perkenalkan sekali produk kita.

Aku tak boleh bayangkan camna beg kertas aku print (katalah jenama 'Lee') dengan kos cuma 30 sen orang len bley jual dengan harga seratus higggit. Tak masuk akal.
kad spek
Tapi orang MLM kata masuk akal, sebab tu 2-3 jenis kad bukan magnetik yang aku print guna mesin yang sama walaupun kos material, cetak dan potong tak sampai seringgit boleh jadi ubat.