Empat hari lepas terima bil dari TM. Terkejut bila tengok bil bulanan tak seperti biasa. Aku pun baca semua info yang dilampirkan. Nampak oklah kerana pelarasan dua bil kepada hanya satu tarikh saja.
Tapiiiiiiiiiii, agak pelik juga bila tengok bil yang aku terima:
Tapiiiiiiiiiii, agak pelik juga bila tengok bil yang aku terima:
Jadi aku ke TM Point terdekat untuk dapatkan penjelasan. Malangnya pegawai bertugas tidak dapat beri jawapan memuaskan.
Apa masalahnya?
Bil itu perlu dijelaskan sebelum atau pada 10 Disember 2012 tapi TM telah caj pengguna (akulah tu) sehingga 18 Disember 2012. Maknanya aku kena buat bayaran untuk 8 hari ke hadapan walaupun perkhidmatan itu belum digunakan lagi. Patut ke?
Berdasar jawapan pegawai tadi, tarikh itu akan kekal begitu. Ish, kalau nak selaras - selaraskanlah pada 18 haribulan tiap-tiap bulan. Begitu juga dengan tarikh bil yang perlu dibayar. Barulah nampak ada pelarasan. Cepat na nak ambik untung...
Aku beri pandangan aku sebab dalam sebulan pasti akan ada gangguan internet. Pengguna bayar apa yang telah dicaj walaupun talian internet bermasalah. Itu ok lagi. Tapi bila talian internet yang belum diguna telah dicaj awal-awal; apatah lagi dengan gangguan internet yang pasti akan timbul - aku rasa memang tak oklah.
Oh, oh - Sebelum lupa; cerita kali ini tidak disponsor langsung oleh TM yea. Hahahahahahahampagas tul!