Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Hantu

EmpayarUtama - Monday, March 6, 2017 : No comments

Anak : Ayah , Hantu Wujud Ke ?
Ayah : Tak , Hantu Tidak Wujud.
Anak : Orang Gaji Kita Cakap , Hantu Tu Wujud
Ayah : Kemas Barang Kamu
Sekarang !

Anak : Kenapa Pula Ayah ?
Ayah : Kita Mana Ada Orang Gaji !

Anak : Omg !!

Anak : Mak ! Kemas Barang Cepat !
Emak : Kenapa Pula ?
Anak : Ayah Cakap Rumah Nie Berhantu.
Emak : Ayah ? Ayah Sudah Meninggal Sebelum Kamu Dilahirkan!

Anak : Abang ! Betul Ke Ayah Kita Dah Meninggal ?
Abang : Ha ? Sapa Beri Tahu Kamu !
Anak : Emak Beritahu Tadi .
Abang : Emak Dah Meninggal Semasa Melahirkan Kamu
Anak : Haaa !!
Abang : Kamu Jaga Larhh Diri Sendiri
Anak : Kenapa Pulak ?
Abang : Sebab Abang Telah Digugurkan 5 Tahun Sebelum Kamu Dilahirkan
Anak : :.?!!?,,
#/ nak: lari sekuat hati nak nyorok kat umah jiran

jiran: kenape kamu belari ?
anak: semua ahli keluaga sy dah meninggal

jiran: Ron ! kemas beg pakaian kita sekarang !!
Ron: kenapa mak ?
jiran: rupa nya kita berjiran dengan hantu !
Ron: siapa bgtau mak ?
Jiran: kawan kamu salim
Ron: mak !! Salim dah meninggal 2 tahun lepas !

Ron: ayah ! cepat keluar dari sini !! kita berjiran dengan hantu !!
ayah Ron: sape kabo ke kamu ?
Ron: mak
ayah Ron: haaaahhhh ??!! mak kamu dah RIP sebelum melahirkan adik kamu !

Ron: kakak !!!! mari kita lari !!
kakak: why huny bunny Ron ?
Ron: kita berjiran malah tinggal dengan hantu !!!!!
kakak: siapa bilang ?
Ron: ayah !
kakak: Ron !!!!!!!!!!!!!!!!!! ayah dah RIP semasa menghantar mak ke hospital semasa melahirkan kamu !!!
Ron: ....

kakak: enough Ron ... sebenarnya kami semua sudah tiada... kamu pun dah takda.. cukuplah bermain, mari balik ke kubur .. hari dah senja.. nanti kang kena sorok dek antu kopek.. moh deghaih....


Dalam perjalanan nk gi kubur..

Ros : (Nampak Ron dngan keluarganya) Ayahhh!!!
Pak Aji : Pasaipa ni?
Ros : Cheq nampak Ron dengan keluarga dia tengah jalan!
Pak Aji : Jadi?
Ros : Kan depa dah meninggal!
Pak Aji : Memanglah. Ayah pun dah meninggal 2 tahun lepas.

Ros : (Lari ke emaknya) Makkk!!
Mak Aji : Awat ni?
Ros : Ayah dah meninggal!
Mak Aji : Jadi?
Ros : Ros cakap dengan ayah tadi!
Mak Aji : Kamu pun tengah cakap dengan mak.
Mak pun dah meninggal 3 tahun lepas sebab melahirkan adik kamu.

Ros : (Lari ke abang) Abanggg!!!
Abang : Awat hang duk jerit2 ni?
Ros : (Berhenti)
Abang : Pasaipa dengan hang ni?
Ros : (Ambik pistol tmbak kepala)
Abang : Ya Allah! Kenapa dengan
hang ni? Dah gila ka apa?
Ros : Sudah lah. Abang pun dah mati kan?
Abang : Sebenarnya, aku bukan abang hang
Ros : Habis tu, ini siapa?
Abang : Aku orang bunian lah!
Ros : TIDAKKKK!!

Adik : Sudahlah kak. Jom pergi kubur. Mak dengan ayah dah tunggu dah tu...
Ros : (ikut je lah)


Tiba-tiba...


Pengarah : Cut!! Pandai kamu semua berlakon!
Syabas! Saya nak kamu semua macam ni lah.

Okay, itu saja setakat ini. Esok, kita sambung lain. Kemas barang cepat!!!!




### Serius Benor Korang Baca..Jom
Kena Kan Orang Lain..




Kisah Seorang Pendekar

EmpayarUtama - Friday, February 10, 2017 : No comments

Tahun 2017 jadual kerja nampak sangat ketat. Tak banyak masa boleh diluangkan di rumah - kena ikut boss (tempat kerja aku yang ketiga) buat promosi di luar kawasan. Mungkin tiap ujung bulan je dapat buat kerja untuk syarikat-syarikat yang lain.

Untuk meriahkan belog ni aku buat beberapa cerita auto publish yang aku kumpul dari grup wazap je...
Semoga terhibur ya hehe

Seorg lelaki sedang memandu keretanya ..

tiba2 keretanya mengalami kerosakan
dan berhenti berdekatan dgn sebuah dojo persilatan ..

Oleh kerana hari pun sudah malam ..
dia pon pergi ke dojo tersebut dan mengetuk pintu itu..
pintu pon dibuka dan seorg pendekar tua
yg selaku pengetua dojo itu menyambutnya..

lelaki itu berkata: minta maaf tuan, bolehkah sy bermalam di sini kerana kereta sy rosak secara tiba2..

Sang pendekar tua itu lantas menerima permintaan lelaki itu dgn senyuman dan senang hati.

Dia menyediakn tempat tidur, persalinan dan makanan utk melayan lelaki itu..malah kereta itu pon dibaikinya .

Setelah kekenyangan lelaki itu pon cuba melelapkan matanya ..
selang beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh,
die teringin nak mengetahui bunyi apakah itu..
namun dibatalkan saja niatnya kerana terlalu letih.

Keesokan pagi..dia pon bertanya kepada pendekar tua tentang bunyi itu,
tetapi pendekar tua menjawab:
saya tak boleh bgtahu awak..kerana awak bukan seorg pendekar..

Lelaki itu kelihatan kecewa krn tdk dpt mengetahui tentang bunyi yg pelik itu..
tetapi apapun die berterima kasih di atas layanan yg diberikn,
kemudian dia pon bergerak pulang ke tempatnya ..


Setahun selepas itu..

keretanya rosak kembali ditempat yg sama berdekatan dojo itu ..
Dan sekali lg sang pendekar tua itu membantunya membaiki kereta
dan menyediakan tempat tidur serta makanan kpd lelaki itu ..

Pada malamnya..ketika hendak tidur dia terdengar bunyi yang aneh
yg pernah didengarinya pd tahun yg lepas..

Keesokan pg nya lelaki itu pon bertanya kpd pendekar tua mengenai bunyi itu..
tetapi dia menjawab:
saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorg pendekar..

Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya
namun jawapannya tetap sama..
die enggan bgtahu kerana lelaki itu bkn seorg pendekar.


Pada tahun berikutnya..

ditakdirkan keretanya rosak lg ditempat yg sama,
dan layanan yg sama diberikan oleh sang pendekar tua itu..

pada keseokan pg nya, seperti biasa..
lelaki itu cuba bertanya dan merayu untuk mengetahui
bunyi aneh apakah yg didengarinya malam td ..
namun pendekar tua tetap dgn jawapannya..

Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lg lalu berkata :
Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pon aku xkn dapat tahu
bunyi aneh tu kerana aku bkn seorg pendekar..

Kalaulah satu2 nya cara utk sy mengetahui bunyi aneh itu
ialah dengan menjadi seorg pendekar..

macam mane caranya sy utk menjadi seorg pendekar???

Kata pendekar tua: Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorg pendekar..
kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia,

Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20,000 dojo persilatan di seluruh dunia..
dan kamu mesti menewaskan kesemua 200,000 pendekar handalan di seluruh dunia,
baru aku akan iktiraf kau sebagai seorg pendekar.

Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yg berkobar2
dia pon memulakan pengembaraannya utk menjadi seorg pendekar ..


10 tahun kemudian...

lelaki itu kembali semula ke dojo tersebut
dlm keadaan tubuh bdn yg gagah perkasa dan berparut di sebelah muka nya..

dia berkata kepada sang pendekar tua itu:

aku telah menguasai ilmu dari 20,000 sekolah persilatan
dan aku telah menewaskan kesemua 200,000 org pendekar handalan di seluruh dunia..

Sang pendekar tua itu menjawab:
Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorg pendekar.

Utk mengotakan janji..
Sy akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu..

Pendekar tua pon membawa lelaki itu
ke sebuah pintu papan di belakang dojo itu.

katanya: bunyi aneh yg kamu nk tahu ade di belakang pintu itu..

Dengan hati yg berdebar2 selepas penantian selama 13 tahun..
lelaki itu pon cuba membuka pintu itu..

Tetapi pintu itu berkunci..
dia berasa sgt marah lalu di tanya pd pendekar tua :
Kelakar sungguh! Mana kuncinya???

Pendekar tua pon memberi kunci kepadanya
dan dia pon membuka pintu papan itu...
apa yg didapatinya di sebalik pintu papan itu ...

ialah Pintu yg diperbuat dari Batu..

Lelaki itu pon meminta kunci dan pendekar tua itu pon memberinya..
selepas dibukanya pintu batu itu...

dia mendapati ada pintu besi disebaliknya..
Dia pon meminta kunci dari pendekar tua itu..

dan selepas membuka pintu besi..apa yg dijumpai nya ialah...
pintu yg diperbuat dari kaca..

Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yg diperbuat dari kaca,

zink,

logam,

plastik,

tembaga,

emas,

keluli,

dan timah..


Disebalik pintu timah itu die mendapati
ade sebuah pintu yang diperbuat dari Batu Marmar..

Akhirnya pendekar tua berkata:
Inilah kunci yg terakhir utk pintu marmar yg terakhir itu..

Selepas dibukanya pintu yg terakhir itu..
dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yg didengarnya itu..

Lelaki itu berasa sungguh terkejut
dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu

. . . .

. . . .

. . . .

. . . .

. . . .




Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu,

kerana anda bukan...

seorg pendekar



Berita Baik Buat Pelajar

EmpayarUtama - Friday, October 21, 2016 : 2 comments

Enam hari lepas bila puteri sulung tunjuk 'flyers' ni aku buat derkkk aja. Aku kata tak payah payah! Iyalah, satu hari seminar dari lapan pagi hingga lima petang boleh 'cover' sampai lima subjek... baik tak payah pergi sekolah sebelum ini.

Sebagai bapa yang setiap hari mengikuti perkembangan pelajaran
anak-anak, aku boleh agak setakat mana pencapaian dan sejauh mana mereka boleh pergi. Tapi kalau pencapaian mereka di luar jangkaan (lebih baik) itu 'bonus' buat mereka.

Berbaloi dengan kehadiran ke sekolah sepanjang tahun; tuisyen; kelas tambahan; serta aku sendiri kelam kabut lari dari tempat kerja untuk jemput anak pulang dari sekolah (walaupun sudah membayar tambang bas sekolah tetapi disebabkan waktu balik yang tak menentu memanglah anak tak dapat nak naik bas sekolah tu...). Aku berterima kasih kepada semua guru yang aku fikir adalah yang terbaik dalam memberi pendidikan kepada anak-anak murid.

Kedudukan dalam kelas dan tingkatan sang anak agak baik. Tapi bila dia bercerita kawan-kawannya yang lain (yang sudah daftar dan bayar untuk seminar tersebut) mengatakan dia sombong, eksyen sebab dah 'pandai' jadi tak nak pergi seminar; aku teruja dan buat sedikit kajian tentang penganjur.

Berikut apa yang aku dapat dari carian di internet:

EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama



1. Ia adalah antara salah satu dari pusat tuisyen yang berlambak di Malaysia.
2. Hanya guna handphone sebagai perhubungan. Selain itu boleh juga berhubung menerusi dua laman sosial - A. instagram - kosong; dan B. Facebook - kemaskini terakhir ialah pada 1 Jun...
3. Facebooknya mengatakan Tuisyen Akademi beroperasi sejak 24 Disember 2006.
4. Nursyafiqqah Eira (pelawat) ada bertanya tentang penulisan karangan PT3 di facebook pada 8 Oktober tapi tak berjawab...
5. Kemaskini terakhir pelawat sebelum Nursyafiqqah ialah pada 9 Mac... lama tu... dekat lapan bulan...
6. Laman web websitepart.com menyatakan website ini didaftar/bina pada 15 Mac 2016 dan dikemaskini pada 5 April 2016 - selepas sepuluh tahun beroperasi : "...was registered on domain.com, llc on 15 March 2016. The site is almost absent on social networks"
7. 'Galeri page' di laman web berstatus 'under construction'...
8. 'News and Update page' di laman web pun berstatus 'under construction'...
9. 'Groups page' di laman web... errr bukan grup tapi seperti perancangan...
10. Antara perancangan dalam 'Groups page' ialah 'Publication' yang sepatutnya telah menghasilkan 'ES Rahsia Tatabahasa' yang dijadual terbit pada Suku ke3 2016! (...dah overdue...)

Manakala carian menerusi mysbusiness.com untuk syarikat pada akaun MBB tertera mengatakan syarikat ini hidup pada 22 Disember 2015. Belum setahun mungkin fokus untuk buat seminar dan kutip duit sahaja.

Sajalah aku letak dalam slide kat atas tu satu gambar 'pemikir' yang menipu yang kerjanya kutip duit kayakan diri sendiri buat seminar sambil mengajak orang lain jadi tamak; buat kerja lain selagi 'ada masa hidup' untuk cari duit cari duit cari duit. Takkan tak perasan apa yang dia buat tu (hanya buat seminar caj mahal-mahal untung dia makan) tak sama dengan apa yang dia suruh orang lain buat (jana pendapatan selagi hidup; selagi boleh tapi bukan melalui buat seminar caj mahal-mahal)...

Aku fikir seminar 'last minute' macam kat atas tu memang bagus. Bagus untuk student yang kaki ponteng atau yang mengharap 'keajaiban' berlaku pada hari peperiksaan tanpa perlu bersusah payah bertahun-tahun belajar... Oleh kerana pada pendapat aku cikgu-cikgu yang sedia ada adalah yang terbaik; memang aku tak galakkan anak-anak ke seminar macam kat atas.