Penggunaan elektrik rumah sekitar RM200 sebulan atau sekitar 525 kWh sebulan.
Campur tolak dalam sepuluh ringgit larinya. Jadi bayar jelah macam biasa walau
tak terima bil atau bil lambat sampai. Cuma bil bulan Mac boleh terlupa pulak
eheh.
Ikut pada bayaran yang dah dibuat, untuk 6 bulan terakhir berjumlah RM1,420
atau RM236.67 sebulan.
Jika ikut bayaran 'yang sepatutnya' cuma perlu bayar RM200 x 6 = RM1,200 je
kan?
Kira dah terlebih bayar sekitar RM220 lah setakat 5.6.2020. Okey itu pengiraan
aku.
Jadi, ikut bacaan bil terkini (91 hari) jumlah kena bayar ialah RM639.62 dan
penggunaan sebanyak 1697 kWh. Bila dibahagi 3 (bulan); tiap bulan lebih kurang
RM213.21 atau penggunaan sebanyak 565.67 kWh.
Aku fikir sepanjang 3 bulan ni memang patut kena lebih sikit sebab semua orang
ada di rumah, 24 jam setiap hari. Campur bulan puasa, diorang pun kurang
tidur. Jadi adalah kenaikan sikit sekitar RM13.21 atau kenaikan penggunaan
dalam 40 kWh sebulan.
Ada pula Diskaun Rangsangan Ekonomi 15% dan anggaran terdahulu (yang telah
dibayar macam biasa), tup tup jadi negatif RM242.30 (-RM242.30). Tadi pun aku
ada tulis macam dah terlebih bayar sekitar RM220 kan?
Haaaaa aku rasa; bil TNB yang diterima tak ada masalah apa-apa. Cuma heran
bila ramai merungut bil tiba-tiba melambung... Tak pasti kenapa cuma aku fikir
sama ada; (pertama) ada bulan-bulan yang tidak dibayar bilnya dan jadi
tunggakan bulanan atau; (kedua) memang bayar tiap bulan tapi tak pernahnya
cukup ikut bil yang diterima – dalam erti kata lain, terunggak sikit sikit
tiap bulan campur lagi dengan 3 bulannyer bil yang memang tak dibayar (alasan
bil tak datang, kannnnnn...); memang tinggi ler bila terima bil terkini. Cuba
periksa dulu bil untuk 3-6 bulan terakhir sebelum masuk bil untuk bulan Mac
2020 dan dapatkan anggaran penggunaan (RM & kWh) untuk sebulan. Rasanya
tak lari jauhlah, takkan sampai ke Wuhan tu...
"Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun." Pautannya di sini.
Dan terkini, baca juga makluman tentang Bekalan elektrik tidak akan dipotong sehingga 30 Sept - TNB.