Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Festival Anime: Fina Terjebak

EmpayarUtama - Friday, January 6, 2023 : No comments

Fina ni sebenarnya tak minat sangat bab-bab cosplay. Tapi mungkin kena 'racun' dengan sepupu dia, kawan dia si Hana dan Mak Usu dia; malam 30.12.2022 tu diorang berkampung tido kat rumah Mak Usu dia untuk mudahkan solekan.

Kalau masuk bab bergambar; haaa memang penuh ler galeri dalam hp dia. Tak ada apa-apa pun snap gambar.

Untuk acara/event Anime Fest yang ini, dia pilih kostum 'kimono'. Kata dia tak adalah nak ikut watak siapa-siapa pun, cuma suka-suka je.

Kat bawah ni aku abadikan dalam blog ni sebahagian gambar dia yang aku pilih masa Anime Fest di AEON Mall Bukit Indah minggu lepas.

Jom layan gambar ya:










Ini sebelum disolek oleh Mak Usu dia.


Festival Anime: Tumpang Sekali

EmpayarUtama - Tuesday, January 3, 2023 : No comments

Putera kedua aku nampak macam berminat nak campur Cosplay ni tapi malu-malu.

Terlanjur dia ada jaket hoodie ala-ala Naruto tu, Mak Usu dia nak aja solekkan tapi dia tak nak.

Tapi boleh tahan kalau bab bergambar dengan mereka yang pakai costum anime huhuhuh.

Kat bawah ni antara sebahagian gambar dia yang aku pilih sewaktu Anime Fest di Paradigm Mall Skudai masa 17 September 2022 lepas.

Layankan ajalah:









Yang kat bawah ni pulak, antara pilhan gambar dia masa Anime Fest di AEON Mall Bukit Indah pada 30 Disember 2022:




Dari kiri: Hana, Fina, Aye, Azalea dan Yana


Festival Anime: AEON Mall Bukit Indah

EmpayarUtama - Sunday, January 1, 2023 : No comments

Anime Fest yang ini berlangsung di AEON Mall Bukit Indah pada 30.12.2022.

Selain sepupu dia, puteri bongsu aku ditemani oleh tiga orang lagi (akak dia, kawan akak dia dan putera kedua).

Penampilan kostum kali ini pula janggal sikit sebab dia tak pilih watak animasi Jepun tapi ambil watak Wednesday Addams dari cerita Addams Family.
Wednesday Addams ialah watak daripada siri tahun 2022 Keluarga Addams (Addams Family).

Digambarkan sebagai kanak-kanak yang tidak sihat dan terpelihara emosi yang terpesona dengan makhluk yang mengerikan. Sering dikenalpasti dengan kulit pucat dengan rambut hitam bertocang.







AEON Mall Bukit Indah lengkap dengan pasaraya, foodcourt, Maybank dengan pertukaran mata wang asing, farmasi, Starbucks, beberapa kedai makan, kedai roti serta pawagam TGV.


Pusat beli-belah ini dibuka pada 2008; mempunyai 3 tingkat dengan reka bentuk seni bina berbentuk kubah putih yang elegan. Ia dilengkapi dengan ruang parkir yang luas.

Berlokasi di Grand Mezzanine, 8, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. Jomle singgah :)