Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Restoran Todak (Orang Asli)

EmpayarUtama - Friday, March 10, 2023 : No comments

Kepada yang suka bertukar selera kepada makanan laut (seafood), Restoran Todak ini aku rekomen. Dengan makanan pilihan yang segar, kedudukan di tepi pantai dan pemandangan yang memang cantik.

Lokasinya agak tersorok sikit, Di Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor. Jika dari JB ke Pasir Gudang menggunakan highway baru (kedua) lebih dekat. Tapi lebih mudah gugel maps je.
Dah lama beroperasi, betul-betul makanan seafood dan berbaloi dengan harganya. Boleh ajak keluarga makan sekali sekala 6 bulan sekali ke, setahun sekali ke, kannn...

Suasananya akan meriah selepas maghrib ke tengah malam. Masa aku datang 7 Mac haritu, kena tambah meja sekitar 40 set jugalah. Aku survey dulu selepas Asar manalah tau hari tu tutup ke, dan kitorang booking meja untuk makan malam. Boleh je call tapi terlanjur aku pusing-pusing area situ, singgah je la.


Kali ini kitorang sekeluarga bersama mak mertua, adik aku sekeluarga serta anak saudara bersama beberapa kawan seUTMnya konon-kononnya sambut harijadi bulan Mac di sini. Ramai ahli keluarga aku lahir dalam bulan Mac. Jadi kitorang ambil 2 meja.
Meh layan gambar dari mula sampai, duduk pesan makanan (biasanya kitorang ambil nasi putih dan nasi goreng, sayur), pilih ketam hidup, pilih ikan, pilih kerang, lala, udang, hinggalah waktu nak balik. Hehe :

... sebelum balik ...

Seingat aku, masuk kali ini dah dekat 10 kali kot makan di sini. Tapi bukan dengan keluarga, tapi dengan rakan sepejabat waktu aku masih kerja dulu. Biasanya kitorang akan jamu bos-bos dari KL bila mereka turun ke JB.

Jadi, apa lagi. Kalau ada kesempatan jom singgah makan di sini :)


Capaian Internet Ke laut

EmpayarUtama - Wednesday, March 1, 2023 : 1 comment

Naik segan bila tiap kali buat perkongsian; kerap sekali ceritanya tentang luahan rasa tak puas hati. Memangle tak semua benda aku nak jadi sempurna, tapi kalau dah benda yang penting dan terlalu lama tak ada perubahan; ia akan meletup juga.

Aku membesar di Pontian sejak dari umur 11 tahun dan dah 6 kali mengundi PRU. 6 kali juga dah mengundi untuk PRN. Bertukar kerajaanpun, janji yang sama untuk selesaikan masalah internet tetap ada. Maknanya paling tidakpun dah 3 kali PRU terakhir sepatutnya masalah internet ni dah 'settle'.

Perkongsian yang ini menarik, tentang Buku teks dan wifi. Sebenarnya masalah asas ialah TIADA CAPAIAN INTERNET atau orang ramai kata 'takde line'. Selesaikan yang ini dulu ler, kita dah masuk bulan terakhir suku pertama tahun 2023 ni.

Hampir 3 minggu lepas satu kementerian lagi maju ke hadapan - menambah digitalisasi dengan perkenal dan galakkan kita guna aplikasi yang boleh diakses menerusi internet. Spesifiknya - lebih mudah dengan hanya menggunakan henset.

Tapi selagi satu kementerian tu tak bergerak dalam penyelesaian masalah komunikasi internet, berapa banyak aplikasi pun tak guna bila tak dapat diguna pakai majoriti rakyat.

Hujung tahun ini kita lihat sampai ke mana capaian janji seterusnya yang disiar kepada umum semalam:


Imej bawah ni dari Google Maps. Cuma 7.2 km dari Bandar Pontian, tapi di Kampung Parit Bengkok 1 km radius langsung tiada capaian internet...


Tak sampai 10 km dari bandar, masih kira kawasan bandar lagi tu. Tapi dah tak ada capaian internet. Apa hal? Aku tak fikir masalah ni hanya di kampung Parit Bengkok, Pontian saja. Seriuslah sikit. Rasanya banyak tempat di Malaysia memang masih alami masalah yang sama.

4 henset - 1 Digi, 1 Celcom, 1 Maxis, 1 Tunetalk. Wifi "ON", Mobile Data pun "ON". Semua ke laut...


Festival Anime: Plaza Pelangi Tebrau

EmpayarUtama - Monday, February 27, 2023 : No comments

Aku dok cari juga cosplay jenis nih kat gugel tapi tak jumpa.

Festival kali ini bertempat di Plaza Pelangi Tebrau pada 24 Februari 2023 tapi si Yana ni macam gabungkan cosplay 'school girl' dengan 'cat girl' kot.

Macam trend lah pulak, Anime Fest jadi sebahagian dari acara / events yang disenarai di pusat beli belah. Mungkin boleh jadi tarikan kepada pengunjung / bakal pengunjung kerana lambakan shopping mall terutama sekitar area JB.

Kita layan gambar-gambar sajalah ya:














Sedikit tentang Plaza Pelangi. Plaza Pelangi Shopping Center ni dah lama beroperasi, rasanya dari tahun 1990 kot. Bersebelahan je dengan Menara Pelangi (bangunan pejabat). Dulu memang meriah sebab cuma ada beberapa shopping mall je di JB. Sekarang masih bertahan setelah naik taraf kepada PC dan pusat beli-belah Digital.