Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Tunggu Hujung Tahun

EmpayarUtama - Monday, March 13, 2023 : No comments

Macam kebetulan je, bila aku berkongsi sesuatu; akan ada berita berkaitan yang menarik untuk aku kongsikan seterusnya.

Imej sebelah ni aku ambil yang tertinggi setelah berulang kali buat 'ping' untuk lihat kelajuan internet di rumah. Nampak ok tapi tak berbaloi berbanding capaian sewaktu 'installation' pada hujung Mei 2021 dulu. Boleh tengok imej perbandingan di hujung entri ya.
Tapi pak menteri berkaitan, nampak bersungguh untuk atasi masalah yang berpenduduk katanya hanya sekitar 3 peratus je yang terlibat.


Hujung tahun ini kita lihat sampai ke mana capaian janji seterusnya seperti yang aku baru je kongsikan awal bulan ini.




Info penuh boleh baca di sini

Haa, sebelum ni berkongsi masalah capaian yang ke laut bila berada di kampung; kali ni di tengah Bandaraya Johor Bahru dengan 'modem' dan 'router' yang katanya boleh 'carry' sampai 800Mbps kalau nanti aku nak 'upgrade' kepada pakej 800Mbps [sekarang ambil Pakej 500Mbps] :

Speedtest pada 1 Jun 2021
Download 392.7; Upload 110.6
Perkongsiannya di sini
Speedtest pada 7 Mac 2023
Download 182.7 (tak sampai separuh);
Upload 108.7 ...Setelah 21 bulan...

Masa pasang ok, lepas tu ko...


Restoran Todak (Orang Asli)

EmpayarUtama - Friday, March 10, 2023 : No comments

Kepada yang suka bertukar selera kepada makanan laut (seafood), Restoran Todak ini aku rekomen. Dengan makanan pilihan yang segar, kedudukan di tepi pantai dan pemandangan yang memang cantik.

Lokasinya agak tersorok sikit, Di Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor. Jika dari JB ke Pasir Gudang menggunakan highway baru (kedua) lebih dekat. Tapi lebih mudah gugel maps je.
Dah lama beroperasi, betul-betul makanan seafood dan berbaloi dengan harganya. Boleh ajak keluarga makan sekali sekala 6 bulan sekali ke, setahun sekali ke, kannn...

Suasananya akan meriah selepas maghrib ke tengah malam. Masa aku datang 7 Mac haritu, kena tambah meja sekitar 40 set jugalah. Aku survey dulu selepas Asar manalah tau hari tu tutup ke, dan kitorang booking meja untuk makan malam. Boleh je call tapi terlanjur aku pusing-pusing area situ, singgah je la.


Kali ini kitorang sekeluarga bersama mak mertua, adik aku sekeluarga serta anak saudara bersama beberapa kawan seUTMnya konon-kononnya sambut harijadi bulan Mac di sini. Ramai ahli keluarga aku lahir dalam bulan Mac. Jadi kitorang ambil 2 meja.
Meh layan gambar dari mula sampai, duduk pesan makanan (biasanya kitorang ambil nasi putih dan nasi goreng, sayur), pilih ketam hidup, pilih ikan, pilih kerang, lala, udang, hinggalah waktu nak balik. Hehe :

... sebelum balik ...

Seingat aku, masuk kali ini dah dekat 10 kali kot makan di sini. Tapi bukan dengan keluarga, tapi dengan rakan sepejabat waktu aku masih kerja dulu. Biasanya kitorang akan jamu bos-bos dari KL bila mereka turun ke JB.

Jadi, apa lagi. Kalau ada kesempatan jom singgah makan di sini :)


Capaian Internet Ke laut

EmpayarUtama - Wednesday, March 1, 2023 : 1 comment

Naik segan bila tiap kali buat perkongsian; kerap sekali ceritanya tentang luahan rasa tak puas hati. Memangle tak semua benda aku nak jadi sempurna, tapi kalau dah benda yang penting dan terlalu lama tak ada perubahan; ia akan meletup juga.

Aku membesar di Pontian sejak dari umur 11 tahun dan dah 6 kali mengundi PRU. 6 kali juga dah mengundi untuk PRN. Bertukar kerajaanpun, janji yang sama untuk selesaikan masalah internet tetap ada. Maknanya paling tidakpun dah 3 kali PRU terakhir sepatutnya masalah internet ni dah 'settle'.

Perkongsian yang ini menarik, tentang Buku teks dan wifi. Sebenarnya masalah asas ialah TIADA CAPAIAN INTERNET atau orang ramai kata 'takde line'. Selesaikan yang ini dulu ler, kita dah masuk bulan terakhir suku pertama tahun 2023 ni.

Hampir 3 minggu lepas satu kementerian lagi maju ke hadapan - menambah digitalisasi dengan perkenal dan galakkan kita guna aplikasi yang boleh diakses menerusi internet. Spesifiknya - lebih mudah dengan hanya menggunakan henset.

Tapi selagi satu kementerian tu tak bergerak dalam penyelesaian masalah komunikasi internet, berapa banyak aplikasi pun tak guna bila tak dapat diguna pakai majoriti rakyat.

Hujung tahun ini kita lihat sampai ke mana capaian janji seterusnya yang disiar kepada umum semalam:


Imej bawah ni dari Google Maps. Cuma 7.2 km dari Bandar Pontian, tapi di Kampung Parit Bengkok 1 km radius langsung tiada capaian internet...


Tak sampai 10 km dari bandar, masih kira kawasan bandar lagi tu. Tapi dah tak ada capaian internet. Apa hal? Aku tak fikir masalah ni hanya di kampung Parit Bengkok, Pontian saja. Seriuslah sikit. Rasanya banyak tempat di Malaysia memang masih alami masalah yang sama.

4 henset - 1 Digi, 1 Celcom, 1 Maxis, 1 Tunetalk. Wifi "ON", Mobile Data pun "ON". Semua ke laut...


Klook.com