Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Samsuria Beach Apartment Resort

EmpayarUtama - Sunday, April 9, 2023 : No comments

Dekat setahun aku ada bagitahu nak buat ulasan pasal Samsuria Beach Resort & Residence; tapi tak berkesempatan.

Gambar dah bercampur baur pening nak susun semula tapi lepas dapat kumpul, aku pilih-pilih nanti jem blog ni penuh sangat dengan gambar.

Ok, selepas bertolak dari JB pada 13 Mac 2022 haritu; persinggahan pertama kami ialah di Samsuria Beach Apartment Resort; Jalan Sungai Ular Damai 1, Cherating, Kuantan.


Samsuria Beach Resort & Residence menawarkan persekitaran mesra keluarga di samping pelbagai kemudahan berguna yang direka untuk meningkatkan penginapan.

Suasana di sini agak sunyi, tenang dan selesa dengan bilik yang bersih dan luas. Peralatan, set dapur dan sofa pun lengkap :


Tempatnya agak tersorok sikit ke dalam. Bagus dan sesuai sangat untuk mereka yang ingin berbulan madu. Tempat letak kenderaan percuma disediakan. Yang penting untuk budak-budak; ada kolam renang. Meh tengok slide ya :


Cuma kedai-kedai dan kedai makan luar agak sedikit jauh, kena keluar semula ke jalan besar untuk dapatkan makanan mengikut selera dan cita rasa.


Gambar last ni amik dari gugel sebab cantik waktu malam.

Sesuai untuk keluarga dan kumpulan, resort ini juga menawarkan penyewaan ATV yang berpatutan dan akses pantai. Restoran pun ada cuma kami pilih untuk makan di luar. Adalah kenangan yang tercipta di Samsuria Beach Apartment Resort ini. Kitorang enjoy sebenarnya :)


Nasihat Dari Scammer

EmpayarUtama - Saturday, April 8, 2023 : 1 comment

Siang tadi ada satu kawan minta tolong. Dia bagi info melalui whatsapp, katanya ada buat pembayaran set balang kuih untuk hari raya. Aku pun bukalah facebook page sipenjual tu.

Dah terlanjur ni, aku berkongsilah Page Home&Living Enterprise di mana page ni dibina belum pun sampai 3 bulan, 27 Januari 2023 baru je.

Dua posting terakhir dia dok promot
bekas kuih untuk raya yang ada lebih 20 pilihan, memang menarik. Ada juga posting dia agar "hati hati dengan scammer" (ahahahah scammer nasihatkan orang lain pasal scammer)


Aku berani tulis begini sebab memula aku boleh pos komen, dan boleh berchatting dengan owner page.

Tapiiiiiii..... lepas dia baca mesej terakhir aku pasal tracking number GDEx (pukul 1.20 petang tadi dia baca); terus dia padam posting promosi set balang kuih tu dan hanya boleh view je dah tak boleh komen lagi dah...
Sebabnya, tracking number GDEx tu dia sendiri yang bagi. Dan semakan di GDEx - nombor tracking tu tak wujud.












Terang sangatlah nak menipunya. Dia lupa agaknya dalam postingnya tentang berhati-hati dengan scammer tu; promosi set balang kuih yang awalnya dia sendiri yang buat promosi tu masih ada - dia yang screenshot page promosi tersebut.

Jadi aku simpulkan, dia dan beberapa geng bersekongkol jadi scammer untuk buat duit raya tahun ni...


Tunggu Hujung Tahun

EmpayarUtama - Monday, March 13, 2023 : No comments

Macam kebetulan je, bila aku berkongsi sesuatu; akan ada berita berkaitan yang menarik untuk aku kongsikan seterusnya.

Imej sebelah ni aku ambil yang tertinggi setelah berulang kali buat 'ping' untuk lihat kelajuan internet di rumah. Nampak ok tapi tak berbaloi berbanding capaian sewaktu 'installation' pada hujung Mei 2021 dulu. Boleh tengok imej perbandingan di hujung entri ya.
Tapi pak menteri berkaitan, nampak bersungguh untuk atasi masalah yang berpenduduk katanya hanya sekitar 3 peratus je yang terlibat.


Hujung tahun ini kita lihat sampai ke mana capaian janji seterusnya seperti yang aku baru je kongsikan awal bulan ini.




Info penuh boleh baca di sini

Haa, sebelum ni berkongsi masalah capaian yang ke laut bila berada di kampung; kali ni di tengah Bandaraya Johor Bahru dengan 'modem' dan 'router' yang katanya boleh 'carry' sampai 800Mbps kalau nanti aku nak 'upgrade' kepada pakej 800Mbps [sekarang ambil Pakej 500Mbps] :

Speedtest pada 1 Jun 2021
Download 392.7; Upload 110.6
Perkongsiannya di sini
Speedtest pada 7 Mac 2023
Download 182.7 (tak sampai separuh);
Upload 108.7 ...Setelah 21 bulan...

Masa pasang ok, lepas tu ko...