Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Tips Penjagaan Minyak Kenderaan

EmpayarUtama - Wednesday, October 2, 2024 : No comments

Saja je nak buat ulasan penjagaan minyak enjin (atau minyak hitam) dan minyak gear (auto) kereta sebab banyak nampak kat u-tiub tips buat sendiri yang mudah dan jimat. Majoriti beritahu yang penting kena ada ialah minyaknya.

Tapi kebiasaannya peralatan atau spanar yang tersedia tu tak pula diceritakan. Contohnya corong untuk tuang minyak hitam atau minyak auto; spanar panjang t-shape untuk buka nat
yang jauh ke dalam atau ada bawah enjin; spanar untuk buka oil filter; dan hidraulik jack sebab kena baring bawah kenderaan.

Barang barang tu pun tak mahal juga. Corong tu dalam RM18; Hydaulic jack ada mahal sikit mungkin RM130 kot.


Spanar t-shape saiz 8 ke, 10 ke, 12 ke, sekitar RM13; spanar untuk buka oil filter tu RM25. Sekali jalan katalah jumlahnya dalam RM186 sekali beli je pun, kan. Bekas untuk tadah minyak hitam atau minyak auto lama pun kena sediakan juga tau, jangan lupa.


Cuma pada aku tak berbaloi juga sebab bila kita hantar ke woksyop, upah cuma RM35-RM45 je. Lepas tu tukar minyak hitam 6 bulan sekali atau setiap 10,000km (ambil 'fully sintetik' ya). Minyak auto pula 2 tahun sekali atau setiap 40,000km. Maksudnya purata perjalanan sehari ialah 55.5km.

Kalau guna minyak biasa (bukan 'fully' atau 'semi sintetik'), kena tukar setiap 5,000km atau 6 bulan juga. Purata perjalanan ialah 27.5km sehari.

Katalah upah maksima RM45 sekali buat; Dalam 2 tahun tu cuma 4 kali tukar minyak hitam dan sekali tukar minyak auto; jumlahnya RM180 je. Peralatan yang kat atas tu pulak cuma akan digunakan sekali setiap 6 bulan.

Mungkin berbaloi dan berguna jika jarak pemanduan kenderaan cecah 5,000km atau 10,000km setiap bulan atau setiap 2 bulan. Tapi dalam tempoh 2 tahun, akan libatkan perbelanjaan lain-lain bahagian kenderaan seperti tayar (bunga tayar cepat botak); pad brake; timing belt; chamber dan alignment.


Festival Anime: The Mall, Mid Valley SouthKey

EmpayarUtama - Monday, September 23, 2024 : No comments

Kali ini Anime Fest berlangsung di The Mall, Mid Valley SouthKey JB pada 21 September 2024. Yana memilih pakaian 'Hanbok', pakaian tradisional Korea.

Kostum ini pernah diperagakan oleh Hana, kawan Fina sewaktu Festival Anime di Sutera Mall Bukit Indah pada 30.12.2022.

Hanbok secara ringkas bermaksud 'pakaian Korea', diperkenalkan pada akhir abad ke 19 oleh orang Korea sebagai istilah untuk membantu membezakan pakaian harian mereka daripada kemasukan pakaian gaya barat.


Pusat beli-belah premium Mid Valley Southkey dibuka pada 23 April 2019. Temui keseronokan membeli-belah, makan dan hiburan di sini.


Ia pusat beli-belah moden yang luas di Johor Bahru dengan beratus-ratus kedai untuk jenama popular dan berpuluh-puluh restoran kasual, dan ia merupakan salah satu pusat membeli-belah terbesar di bahagian selatan Malaysia Barat (antara Melaka, Johor dan Singapura).


The Mall meriah dengan jenama menarik untuk semua peringkat umur seperti SOGO, Village Grocer, Golden Screen Cinema, Kiddytopia, Dewan Makanan Muji dan Popcorn serta Pusat Pameran Mid Valley. Pelbagai pilihan fesyen, hidangan baharu untuk dinikmati, serta trend tawaran dan semak imbas yang tidak berkesudahan.




Hanfu, Kimono dan Hanbok, pakaian tradisional dari China, Jepun dan Korea masing-masing, berkongsi persamaan dalam kepentingan sejarah dan keanggunan mereka.


Hanfu selalunya menampilkan jubah yang longgar dan mengalir. Kimono terkenal dengan corak yang rumit dan talipinggang obi, manakala Hanbok mempamerkan warna-warna cerah dan garisan ringkas. Daripada siluet Hanfu yang mengalir, corak terperinci Kimono, kepada warna Hanbok yang meriah, setiap satu mencerminkan estetika dan nilai budayanya sendiri (sumber: Victoria and Albert Museum).


Jom Tukar Topi Keledar

EmpayarUtama - Sunday, August 18, 2024 : No comments

15 Ogos haritu ada program di UTM Skudai untuk penukaran topi keledar lama. Terhad kepada 1,000 unit setiap hari untuk 3 hari aja. Kebetulan topi keledar aku memang dah terbarai tapi masih boleh guna lagilah, hehe. Info ini pun aku ada baca kat laman web seminggu sebelum tu.

Aku pula tak sempat nak lari ke sana dan anak buah yang belajar kat situ boleh tersinggah pula
ke rumah. Apa lagi, aku kirim jelah kat dia.

Sebenarnya banyak program yang diatur dan dijalankan sepanjang 3 hari acara; terutamanya diskaun saman dan macam-macam lagilah.


Dulu ada 2 yang satu lagi warna hitam tapi kena rembat kot sebab letak atas motor kat luar rumah je. Tinggal satu je ni:


Aku cuma bayangkan mungkin boleh dapat penukaran topi tu kepada yang macam ni ahahahahahahahah:
Tapi standard model je yang ada. Terima kasih Daniel tolong ejaskan ya. Jasamu dikenang tau :)


Untuk bayaran saman tu, diskaunnya dilanjutkan kot hingga hujung bulan ni. Diskaun saman MBJB pula dengar cerita dari 80% akan jadi 50% je bila masuk bulan September nanti. Bayarlah saman ya, makasih.