Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Nasihat Dari Scammer

EmpayarUtama - Saturday, April 8, 2023 : 1 comment

Siang tadi ada satu kawan minta tolong. Dia bagi info melalui whatsapp, katanya ada buat pembayaran set balang kuih untuk hari raya. Aku pun bukalah facebook page sipenjual tu.

Dah terlanjur ni, aku berkongsilah Page Home&Living Enterprise di mana page ni dibina belum pun sampai 3 bulan, 27 Januari 2023 baru je.

Dua posting terakhir dia dok promot
bekas kuih untuk raya yang ada lebih 20 pilihan, memang menarik. Ada juga posting dia agar "hati hati dengan scammer" (ahahahah scammer nasihatkan orang lain pasal scammer)


Aku berani tulis begini sebab memula aku boleh pos komen, dan boleh berchatting dengan owner page.

Tapiiiiiii..... lepas dia baca mesej terakhir aku pasal tracking number GDEx (pukul 1.20 petang tadi dia baca); terus dia padam posting promosi set balang kuih tu dan hanya boleh view je dah tak boleh komen lagi dah...
Sebabnya, tracking number GDEx tu dia sendiri yang bagi. Dan semakan di GDEx - nombor tracking tu tak wujud.












Terang sangatlah nak menipunya. Dia lupa agaknya dalam postingnya tentang berhati-hati dengan scammer tu; promosi set balang kuih yang awalnya dia sendiri yang buat promosi tu masih ada - dia yang screenshot page promosi tersebut.

Jadi aku simpulkan, dia dan beberapa geng bersekongkol jadi scammer untuk buat duit raya tahun ni...


Tunggu Hujung Tahun

EmpayarUtama - Monday, March 13, 2023 : No comments

Macam kebetulan je, bila aku berkongsi sesuatu; akan ada berita berkaitan yang menarik untuk aku kongsikan seterusnya.

Imej sebelah ni aku ambil yang tertinggi setelah berulang kali buat 'ping' untuk lihat kelajuan internet di rumah. Nampak ok tapi tak berbaloi berbanding capaian sewaktu 'installation' pada hujung Mei 2021 dulu. Boleh tengok imej perbandingan di hujung entri ya.
Tapi pak menteri berkaitan, nampak bersungguh untuk atasi masalah yang berpenduduk katanya hanya sekitar 3 peratus je yang terlibat.


Hujung tahun ini kita lihat sampai ke mana capaian janji seterusnya seperti yang aku baru je kongsikan awal bulan ini.




Info penuh boleh baca di sini

Haa, sebelum ni berkongsi masalah capaian yang ke laut bila berada di kampung; kali ni di tengah Bandaraya Johor Bahru dengan 'modem' dan 'router' yang katanya boleh 'carry' sampai 800Mbps kalau nanti aku nak 'upgrade' kepada pakej 800Mbps [sekarang ambil Pakej 500Mbps] :

Speedtest pada 1 Jun 2021
Download 392.7; Upload 110.6
Perkongsiannya di sini
Speedtest pada 7 Mac 2023
Download 182.7 (tak sampai separuh);
Upload 108.7 ...Setelah 21 bulan...

Masa pasang ok, lepas tu ko...


Restoran Todak (Orang Asli)

EmpayarUtama - Friday, March 10, 2023 : No comments

Kepada yang suka bertukar selera kepada makanan laut (seafood), Restoran Todak ini aku rekomen. Dengan makanan pilihan yang segar, kedudukan di tepi pantai dan pemandangan yang memang cantik.

Lokasinya agak tersorok sikit, Di Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor. Jika dari JB ke Pasir Gudang menggunakan highway baru (kedua) lebih dekat. Tapi lebih mudah gugel maps je.
Dah lama beroperasi, betul-betul makanan seafood dan berbaloi dengan harganya. Boleh ajak keluarga makan sekali sekala 6 bulan sekali ke, setahun sekali ke, kannn...

Suasananya akan meriah selepas maghrib ke tengah malam. Masa aku datang 7 Mac haritu, kena tambah meja sekitar 40 set jugalah. Aku survey dulu selepas Asar manalah tau hari tu tutup ke, dan kitorang booking meja untuk makan malam. Boleh je call tapi terlanjur aku pusing-pusing area situ, singgah je la.


Kali ini kitorang sekeluarga bersama mak mertua, adik aku sekeluarga serta anak saudara bersama beberapa kawan seUTMnya konon-kononnya sambut harijadi bulan Mac di sini. Ramai ahli keluarga aku lahir dalam bulan Mac. Jadi kitorang ambil 2 meja.
Meh layan gambar dari mula sampai, duduk pesan makanan (biasanya kitorang ambil nasi putih dan nasi goreng, sayur), pilih ketam hidup, pilih ikan, pilih kerang, lala, udang, hinggalah waktu nak balik. Hehe :

... sebelum balik ...

Seingat aku, masuk kali ini dah dekat 10 kali kot makan di sini. Tapi bukan dengan keluarga, tapi dengan rakan sepejabat waktu aku masih kerja dulu. Biasanya kitorang akan jamu bos-bos dari KL bila mereka turun ke JB.

Jadi, apa lagi. Kalau ada kesempatan jom singgah makan di sini :)