Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Demam Kepedasan

EmpayarUtama - Friday, December 9, 2011 : 19 comments

Segan aku nak tulis ni tapi rasa tak selesa kalau tak tulis. Macam nak demam pun ada jadi aku tulislah yea mana tau ilang rasa nak demam ni nanti.

Masih berkisar tentang trafik yang libatkan follower. Alammmmmakkkkk follower lagi ke? Bukan apa aku suka sangat dan setuju dengan tulisan FARHANAH ADZLAN dalam entri Cerita Aku Tentang Follower=)

Selalunya blogger 'agak baru' suka guna ayat tak boleh blah tu dan aku rasa memang tak sesuai kerana blogger yang 'agak lama' (aku tak maksudkan otai) mudah baca pos entri diorang sebab masih belum banyak dan boleh nilai untuk follow terus atau follow kemudian. Tapi widget follower ni antara medium menjana trafik jadi rasa desperate tu pasti ada.

Diri sendiri tau blog tentang apa tapi bila berkunjung ke blog seseorang yang tak ada kaitan langsung dengan blog kita; panggil orang datang pastu suruh 'follow me follow you back' hahahah apa cerita?

Aku bajet diri sendiri - blog rojak; mana tau visit doploh blog yang ekstrim politik tambah lagi doploh blog perubatan; pergi lagi seploh blog Games. Nampak shoutbox kat blog diorang terus tulis 'follow me follow you back' patut tak? Kalau dah follow pun ikut suka diorang le nak follow balik ke taknak tapi biasanya ayat tak boleh blah tu macam suruh diorang  follow dulu pastu baru kita akan follow balik.


Kenapa nak orang follow kita untuk tunjuk follower ribu riban dalam blog? Ada ke statistik yang tunjukkan bilangan follower yang banyak tu jadikan blog seseorang femes atau mudah diakses melalui carian search engines? Andaian aku - bila ada 200 follower; mungkin tak sampai 20 jadi silent readers dan boleh jadi akan ada 100 readers yang sedia beri komen setelah baca entri. Sebaliknya; bila ada 2,000 follower; mungkin tak sampai 20 jadi silent readers dan boleh jadi juga hanya 30 readers sahaja yang sedia beri komen. Follower lain jadi penyeri blog. Kena ingat yang ini: Sesi blogwalking atau ziarah blog tak menjanjikan entri kita dibaca oleh pelawat. Tapi 'unik trafik' per IP Adress per visit akan bantu tingkatkan trafik - itu saja. Itu pun dikira satu visit dalam 24 jam walaupun berkunjung 30-40 kali sehari ke blog sama.


Rasanya tak ada backlink dari follower widget tu yang bantu naikkan ranking (Alexa) atau PR (Google). Senarai follower tak janjikan apa-apa tapi jumlah visitor tiap 24 jam itulah yang penting. Untuk mudahkan pengunjung tinggal jejak dan mudahkan kita balas balik jejak selain dapat tau berapa ramai tengok blog kita tiap hari; cara paling mudah - pasanglah kotak jerit tu. Ianya memang membantu dan jauh lebih baik dari ayat 'u jump ai jump'. Nasihat untuk diri aku sendiri - ziarah blog cam biasa jangan men tipu cara baru tepek link kat semua posting orang dalam grup-grup fesbuk tanpa jengah blog-blog tu.

Er, aku nak cari air. Rasa pedas dan pijarlah mulut dan tangan aku ni tapi rasa nak demam tadi dah ilang...



Malu Nak Menjerit

EmpayarUtama - Thursday, December 8, 2011 : 14 comments

Betul-betul tak sempat nak blogwalking dan baca entri kawan-kawan semua. Aku dapat tengok-tengok sekali lalu masa kat opis (seminggu dua ni sibuk buat preparation untuk audit satu kompeni) dan ternampak komen oleh sdr musa pasal screen tak cukup luas bila guna netbook.

Masalah timbul bila tak dapat nak komen kat shoutbox yang biasanya terletak kat penjuru kanan bawah blogpage. Ianya boleh diatasi dengan mengecilkan saiz page tu atau 'zoom out'.



Klik imej-imej yang ada kalau nak tengok lebih jelas yea.

1. Jika guna Mozilla Firefox - kadang-kadang Menu Bar untuk cari perkataan 'View' pun tak ada. Caranya - tekan Kotak Oren Firefox kat atas kiri tu; tekan Options dan tekan Menu Bar.
Menu Bar seperti di sebelah ni akan keluar kat bahagian atas screen. Dah tu bila kita jengah sesuatu blog yang ada shoutbox statik yang paparkan separuh je kotak jerit tu; pergi ke
'View', Zoom dan tekan Zoom Out. Boleh ulang beberapa kali sampai puas hati.

2. Jika guna Chrome, cari gambar spanar kat bahagian atas kanan. Tekan spanar tu dan cari Zoom.

3. Untuk Internet Explorer (IE) pula; pergi ke kotak 'Page' kat atas kanan juga. Cari 'Zoom' dan pilihlah 75% atau 50%.

Kat bawah ni shoutbox yang keluar tapi kolum untuk isi nama, website/blog dan komen terlindung (tak nampak) dan ini adalah kerana netbook tak support full screen.

Tapi bila dah dizoom-out jadilah macam gambar bawah kanan tu:

Buat sdr musa; mR.aSLaN dan yang lain-lain kalau masih minat nak cuba buat auto-slide (hide show) tu cubalah baca Kemas Blog Sikit mungkin membantu...



Siapa Yang Bodoh Ni

EmpayarUtama - Monday, December 5, 2011 : 45 comments

Tengah minum petang tadi ngan kengkawan, adalah sorang tu dok belek-belek Metro Sabtu pastu membebel pasal berita kat halaman 6 – 'Bukan lari ikut pengkid'. Disebabkan bebelan member tu, aku ambikle mukasurat tu baca apa yang dia tak puas hati sangat.

Oooooh, masalah keluarga rupanya. Berita pasal masalah yang
sebenarnya tak perlu masuk suratkhabarpun sebab pada akulah berita camni memalukan diri sendiri. Senang cakap cam buka pekung di dada.

Ayat pertama keluar dari mulut aku – bodoh na! Pastu aku terdiam sendiri, aku pun bodoh juga baca berita yang tak patut aku baca. Siapa yang bodoh ni aku pun tak tau.

~ Sebelum berita ni keluar; wartawan mana ntah dah laporkan berita budak pompan tu hilang dipercayai ikut sorang pengkid. Bodoh cam biasa sebab bila dapat berita sebelah pihak terus publish sebelum dapatkan kesahihan cerita tu.

~ Tokey wartawan pun sama dahlah tak nak tegur wartawan tu; diluluskan pula untuk berita tu dipublish.

~ Bila dah dipublish; ramai jadi bodoh bila terima berita tu macam betul. Kalau tak dalam hati pun; mungkin mengumpat sesama sendiri mengutuk pengkid tu ataupun mengutuk keluarga budak pompuan yang tak pandai jaga anak. Bertambah bodoh bila cerita camtu dah lebih kurang sama berlaku kat ahli keluarga antara para pembaca siap boleh jadi perdebatan dan bertegang urat pertahankan hak.

~ Sebaliknya pula; pun masih ramai jadi bodoh bila tak nak terima berita yang dibaca. Ada yang kata 'mengada-ngadalah. Berita camni pun nak masuk paper'. Tapi kira bodoh jugalah sebab baca juga berita bodoh tu. Akulah antaranya...

~ Hari Sabtu punya isi beritanya – boleh pulak budak pompuan tu bagitau yang dia sebenarnya ada masalah ngan keluarga jadi ambik keputusan duduk ngan keluarga angkat. Keluarga angkat pulak bagitau keluarga budak pompuan ni pun tau pasal benda alah ni dan tak ada kena mengena pun dengan mana-mana pengkid hahahahahahah siapa yang bodoh ni?

Kalau dulu dah salah lapor berita; apalah salahnya buat satu kolum 'ralat' mintak maaf takat bagitau berita yang disiarkan sebelum ini ada kesilapan yang hanya melibatkan masalah keluarga kan lebih baik. Reputasi dan kredibiliti perlu juga dijaga iya tak.

Sampai bila kita rakyat Malaysia nak diperbodohkan dan sampai bila kita rakyat Malaysia nak jadi bodoh?

Eh korang jangan pula rasa bodoh bila baca cerita bodoh aku ni…


Memang Rojak Tapi Bukan Rojak

EmpayarUtama - Tuesday, November 29, 2011 : 85 comments

Entah betul ke tak aku pun tak taule. Entri memang rojak tapi kali ni bukan cerita pasal rojak.

Haaa dari dapur EmpayarUtama ini antara lauk feveret aku - Terung Terang Bulan. Nama ni mak aku yang bagitau mungkin tempat lain namanya lain. Oh, oh sebelum lupa aku bukan nak bersaing ngan mana-mana
blogger yang memang dah sinonim dengan entri lauk pauk macam Blog SiManis; Queenie; atau blog yang khusus pasal masakan. Tapi aku memang sukalah lauk ni. Aku simpan entri ni manalah tau satu hari aku nak cuba masak sendiri. Sebenarnya aku belum cuba masakpun hahahhah. Ni ha gambarnya:

Pinggan tu bukan Vintage tu mak aku punya.

Cara masaknya paling simple. Rempah ratus ada jual kat kedai runcit sebungkus seringgit je tapi tak guna semua:

Bahan-bahan diperlukan:-
1. Cantikle kalau nak masak 4 biji terung
2. Minyak masak dalam setengah senduk je
3. Bawang merah sebiji; bawang putih 2 ulas; kunyit dan halia
dalam setengah inci; kayu manis sebatang; bunga lawang (ada yang sebut 'bunga pek kak') sebiji; bunga cengkih dan buah pelaga (kena ganjil kalau ikut petua memasak tak caya tanya mereka yang dah terkeluar dari Master Chef Malaysia; yang belum tu susah sikit nak interview sebab diorang tu retis) masing-masing dalam tujuh biji; kalau ada buah pala belah 4 ambik 1/4 je. Agak-agak lebih kurang cam gambar ni, nampak tak:

4. Air asam jawa tiga suku tapaware. Kat bawah ni belen je tinggal tak sampai separuh:

5. Garam dan gula ikut suka

Camana nak masak? Camni:-
Panaskan minyak. Api bagi sedang-sedang saja alamak teringat lagu Iwan Gunawan la pulak. Tumis segala rempah dalam pinggan tadi tu. Masukkan air asam jawa, pastu jangan lupa kenalah masukkan terung. Kan nak masak terung? Tutup dengan tudung periuk jangan bagi bau lepas kat rumah jiran nanti tak cukup lak nak makan sendiri kuangkuangkuang kuang ajo tul haku nih...

Agak-agak air dah nak kering, masukkan garam dan gula secukup rasa takpun sesedap rasa (secukup rasa atau sesedap rasa ni perkataan stended kalau masak kenapa aaa?) Aku beli kat Bazar Ramadhan dulu tak sedap pun.

Lauk ni lebih kepada rasa manis jadi letak gula lebih sikit.

Dah siap la tu boleh makan dah.

Kalau ada sapa-sapa yang masak nanti bagi aku sikit yea...


Yeay Statistik Meningkat

EmpayarUtama - Friday, November 25, 2011 : 61 comments

Happy tak bila statistik naik tiap hari? Mestilah hepi kan. Nak kongsi satu cerita tapi ingat-ingat lupa sebab dah lama sangat. Rasanya tahun 2008 dulu kot.

(Ambik gambar dalam Dilemma pembaca - Aku awal bulan Ogos dulu. Dah mati dah anak kucing ni
lepas demam panas 2 hari...). Camni ceritanya (mungkin ada yang pernah baca):

Si ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil. "Siapa si bedebah tu," jerit si ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya.

Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Si ayah terdiam. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu si ayah berkata; "Tak pe, cuba lagi..."

Nampak gamba baby tak kat sebelah ni? Aku jumpa ni kat blog Strange DeJa Vu.

Bukan apa; kalau tengok pada statistik 2008 sampaile 2010 - anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat adalah seramai 152,182 orang. Secara puratanya 50,700 bayi setahun, atau lebih dekat lagi 138 orang sehari. Nampaknya angka ini meningkat tiap tahun.
Takkanlah cerita kat atas pun mempengaruhi statistik...


Adoi dah dekat limabelas minit online; line tenet aku dari semalam camni...