Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Bloglist Yang Tak Siap

EmpayarUtama - Monday, June 18, 2012 : 24 comments

Setuju dengan komen baguznet masa aku mintak pandangan pengguna blogspot - mana lebih baik 'template lama' atau 'template versi 2.0' apabila New Interface diperkenalkan.

Bagi aku, lebih mudah guna 'template lama' walaupun dalam New Interface sebab tak ada masalah view melalui Internet Explorer  (IE) lebih-lebih lagi
kalau nak tambah kod-kod tutorial contohnya html kod marquee. Ala yang boleh scroll kiri kanan atas bawah tunggang terbalik tu ^_^.

Takut nak kekalkan template lama ni, manalah tau kot tinggal aku sorang je yang pakai. Tapi bila nengok Ayie Abas dan blognya PGGP; ILA HonEyBuNNy; tok penghulu Afzalsukasuki serta idola beliau AVI; Cikgu Jaja; Cikgu Bada; Kancil 8349; ❤MaYa MustWany❤; abam komputer - aiez (sekadar ambil beberapa) masih lagi guna; rasa takut tu kureng sikit.

Aku cuba pasang bloglist kengkawan (hehe belum siap add; kalau nama blog korang belum ada tunggu yea. Tak pun bagitaule nanti aku tambah takut lupa der). Mula-mula cuba juga tutorial yang sedia ada tapi itu cuma scroll box untuk tutup sebahagian list. Senarai yang ada tetap statik dan paparan terhad kepada berapa blog atau web sahaja. Jadi aku cuba adjust sikit bagi nampak semua blog kengkawan melalui pergerakan naik ke atas walaupun guna ruang yang terhad.

Sebenarnya kita cuma perlu letak html kod marquee ni di tempat yang betul, itu aja :
<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="230" height="200">
</marquee>

STEP 1 : Pergi ke sini :

Kena Expand Widget Template sebab kalau tak nanti tak jumpa kat mana nak letak kod marquee tu.

STEP 2 : Guna CTRL+F atau tekan F3 untuk cari <b:widget id='BlogList1'. Ada juga yang buat banyak kotak bloglist dalam blog.
Oh ya. Sebelum lupa - anda kena letak dulu dua tiga blog kengkawan dalam senarai bloglist kalau tak memang tak gunalah STEP 2 tu. Camana nak buat bloglist - search gugel je. Banyak tutorial pasal bloglist nih.

STEP 3 : Letak kod yang atas tadi ke tempat yang sepatutnya, seperti contoh di bawah :
<b:widget id='BlogList1' locked='false' title='Senarai Blog Pilihan' type='BlogList'>
<b:includable id='main'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="230" height="200">

<b:loop values='data:items' var='item'>

<b:if cond='data:showIcon == "true"'>

</b:if>

<data:item.blogTitle/>

<b:if cond='data:showItemThumbnail == "true"'>
<b:if cond='data:item.itemThumbnail'>

</b:if>
</b:if>
<b:if cond='data:showItemTitle == "true"'>

<b:if cond='data:item.itemUrl != ""'>

<data:item.itemTitle/>
<b:else/>
<data:item.itemTitle/>
</b:if>

</b:if>
<b:if cond='data:showItemSnippet == "true"'>
<b:if cond='data:showItemTitle == "true"'>

</b:if>

<data:item.itemSnippet/>

</b:if>
<b:if cond='data:showTimePeriodSinceLastUpdate == "true"'>

<data:item.timePeriodSinceLastUpdate/>

</b:if>

</b:loop>

</marquee>
<b:if cond='data:numItemsToShow != 0'>
<b:if cond='data:totalItems > data:numItemsToShow'>

<data:showNText/>

<data:showAllText/>

</b:if>
</b:if>
<b:include name='quickedit'/>

</b:includable>
</b:widget>

Kod ni diletak sebelum kod <ul... dan penutupnya selepas kod

Sebelum save, sesuaikan paparan widget ikut kesesuaian blog anda berdasarkan warna-warna pink. Disebabkan ianya tersenarai panjang ke bawah, seeloknya scroll ke atas jadi biarkan "up" tu begitu. Scrollamount untuk kelajuan pergerakan; semakin besar nombor semakin laju pergerakannya. Tentukan width ikut kesesuaian sidebar. Height tu pula ikutle; nak lagi besar bukaan, besarkanlah heightnya. Jangan lupa untuk menutup marquee yang kaler biru yea.

Dua imej atas tunjukkan marquee yang tak jadi menggunakan 'template versi 2.0' bila diview melalui IE. Jadi bila korang nengok bloglist aku kat sidebar tu melalui IE dah ok (ala yang tajuk dia Yang Ini Blom Siap Lagi tu le); maknanya aku dah tukar ke 'template lama'. Jadi, tutorial ni sesuai untuk 'template lama' aja tau. Jangan ngengada tanya aku camana nak ejas kat 'template baru' - aku tak pandai :)
Eh dah siap. Apa lagi save le.....

Kemaskini: Aku tukar guna Multitab (fungsinya sama je). Paparan Bloglist ada dalam Tajuk Belog Kengkawan.

Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!!

EmpayarUtama - Saturday, June 16, 2012 : 17 comments

Ini antara deraf yang aku peram agak lama. Aku tunggu keputusan interview sebenarnya tapi sampai hari ni senyap je...

Camni ceritanya. Rezeki orang rumah masa annual dinner syarikat dia kerja. Cam biasa adalah cabutan bertuah. Yang ini antara hadiah top 5. Seminggu jugak mulut dia tak boleh nak betul. Ingat nak bawak ke klinik
nasib baik minggu kedua dah ok.

Haaa... Inilah benda alahnya. Jeng jeng jeng... Nampak cam baru (memang baru punnn ^_^)

Kebetulan atuk Alya bagitau periuk nasi kat kampung dah rosak. Orang rumahpun dengan murah hati bagi yang ada kat rumah.

Kena ujung minggu, nak masak nasi. Hallllemmmmmakkkkkk tak boleh guna daaaaaa.... Aku ingat dia tak pandai guna rupanya aku pun tak pandai kuangkuangkuang :)

Pusat servis terdekat - kat Taman Impian Emas, Skudai. Sebab barang baru, aku hantarlah untuk diperiksa apa masalahnya. Masa hantar tu bengang nak mampos. Sebab bila diorang scan warranty code - dah expired dekat dua tahun!!! Apa kes daaa...

Seminggu pas tu, pusat servis call; katanya IC board rosak. Kalau nak betulkan boleh. Harganya murah je RM195.00. Hambek kau. Yang ada kat rumah dah hantar kampung, pastu nak kena bayar RM195.00 untuk hadiah yang baru je dapat hahahahahahahahahah. Meh ketawa lagi hahahahahahahahahah.

Jadi, buat sapa-sapa yang baca cerita aku ni pastu jadi penganjur cabutan bertuah ke, GA ke; tak pun pergi mana-mana acara - dapat pulak lucky draw; ingat-ingatle dua benda yang aku gelapkan (bold) tu yea ^_^.

Last-last kitorang gi Giant beli baru lapan ploh hinggit. Keputusan yang aku tunggu tu (baca ayat kedua kat atas tu) ialah respond dari penganjur yang janji nak ganti lain, sampai sudah buat derkkkk je... aku kongsi ler cerita ni.

Ada tak yang pernah kena cam aku ni?

Wordless Wednesday I

EmpayarUtama - Wednesday, June 13, 2012 : 24 comments

Larkin Perdana ^_^

Yang Nampak Dan Yang Tak Nampak

EmpayarUtama - Tuesday, June 12, 2012 : 13 comments

Aku tak nak cerita pasal benda-benda misteri yang boleh nampak atau tak boleh nampak. Aku memang tak tau tu. Jika ada info yang salah dalam cerita aku ini sila tegur untuk kita sama-sama tambah pengetahuan.

Aku nak cerita pasal subsidi, yang juga boleh nampak (dalam bentuk barangan) dan yang tak boleh nampak (dalam bentuk nilai wang ringgit).

Contoh subsidi barangan yang boleh nampak: Baja, enjin sangkut, komputer riba.

Ianya seketul-seketul dan boleh diagih-agihkan

Contoh subsidi yang tak nampak: Nilai ringgit pada gula, beras, minyak (bukan barangan itu sendiri)

Antara Subsidi Dalam Bajet 2012:
Beras – Super Tempatan RM2.40/kilo. Subsidi kerajaan RM0.60/kilo. Harga tinggal RM1.80/kilo
Gula – RM2.50/kilo. Subsidi kerajaan RM0.20/kilo. Harga tinggal RM2.30/kilo

Bila subsidi diberi, kita suka betul cerita pasal minyak. Dan bila sebut minyak, ramai nak tahu pasal duitnya. Kalau minyak contohnya 'diesel' yang diberi subsidi dalam bentuk 'minyak' itu sendiri dan diagih melalui tong dram; ini subsidi yang boleh nampak. Tapi ramai pertikai nilai subsidi pada petrol yang mana ianya adalah dalam bentuk 'nilai ringgit' dan bukan wang ringgit atau duit yang sehelai-sehelai tu.

Jadi bila kita sebut 'nilai ringgit' ianya tak akan nampak duit sedebuk depan mata. Apatah lagi nilai subsidi itu sendiri sebenarnya adalah perbelanjaan yang sepatutnya kita tanggung tetapi orang lain yang dah tanggung bagi pihak kita.

Bila sesuatu perbelanjaan itu telah ditanggung sebahagiannya oleh orang lain (kita panggil subsidi); rasanya memang janggal bila kita sebagai penerima subsidi pertikai apa yang orang lain telah sumbangkan untuk kita...

Itu cerita subsidi. Bagaimana subsidi ini berkait dengan nilai impot dan ekspot? Bila kita cuba ekspot nilai sama dengan impot; akan berlaku tukaran matawang dan nilai matawang ini fluctuate (turun naik tidak tetap) sepanjang masa. Dan bila kita berurusan dengan syarikat besar; nilai impot/ekspot juga besar; dan ambil satu jangkamasa yang panjang - kita perlu buat kontrak. Pada saat kontrak dimeterai; nilai tukaran matawang ditetapkan pada satu kadar; baru boleh mati setem.

Bila kita impot dan ekspot berat tong yang sama; kita kena lihat juga tukaran matawang pada kontrak yang telah dibuat. Yang pastinya wang hasil jualan dan belian tidak masuk atau keluar pada waktu yang sama kerana adanya tempoh kredit (kredit terms).

Sebagai contoh: Syarikat Saya Sdn Bhd berkontrak pada empat tahun lepas dengan Syarikat Anda Pte Ltd pada nilai tukaran RM2.25:S$1. Tahun ini nilai Ringgit jadi RM2.45:S$1. Tempoh kredit pula 120 hari. Bila wang Singapura itu dibankkan di Malaysia hari ini; kita untung RM0.20 bagi setiap S$1. Pembelian pula? Kita akan bayar lebih RM0.0362 tiap S$1 (reverse mode: S$0.4444:RM1 kepada S$0.4082:RM1) Kedua-dua urusan jual beli ini juga ambil kira lain-lain kos yang kena dibayar pada harga semasa seperti levi, transport, permit, duti kastam; di mana kita perlu bayar lebih RM0.20 setiap S$1; ini tiada dalam kontrak. Akan tetapi kandungan kontrak (sebenar) adalah rahsia syarikat baik Sdn Bhd mahupun Berhad.

Bila syarikat saya beli kertas satu kontena  benilai S$100,000 (satu trip); hari ini syarikat tanggung lebihan harga belian RM3,620 tidak termasuk sewa kontena, transport, levi, permit, duti kastam. 6 trip sebulan akan ada penambahan harga belian berjumlah RM21,720 tidak termasuk perbelanjaan 6 kos untuk 6 trip itu. Perbezaan itu boleh jadi untung tetapi jangan lupa nilai matawang adalah fluctuate. Untuk kes minyak, akan ada lagi perbelanjaan tambahan yang perlu ditolak seperti royalti kepada negeri-negeri. Perlu dingat, kos carigali ini bertempoh dan hasil pengeluaran setiap tahun bukan bertambah. Satu hari nanti minyak kita akan habis juga.

Oh ya, ok - Pam-pam minyak sediakan 2 kepala pam: RON 95 dan RON 97. RON 97 adalah minyak kita yang tiada cukai dan kos lain. Jadi harganya mati seperti contoh RM2.90/liter. RON 95 lebih kepada minyak impot sebab itu ada cukai dan kos lain yang ditanggung/subsidi oleh kerajaan. Bila diconvert kepada harga Malaysia jadilah seperti contoh RM1.90/liter. Aku harap pembaca dah faham kenapa nilai subsidi itu berubah-ubah.

Minyak kita bermutu tinggi dan harganya mahal dan kita suruh rakyat asing beli minyak kita dan larang beli RON 95 kerana kita sebagai rakyat boleh pilih nak beli yang mahal atau beli yang murah. Oleh kerana minyak kita ada harga dan bermutu tinggi, kita ekspot untuk jana untung. Kita akan timbal balik urusan jualan dengan urusan belian minyak impot.

Jika kita sebagai rakyat ada lebih wang; kita boleh sumbangkan lebih kepada negara dengan beli RON97. Jika tak mampu nak sumbang lebih, kita masih tetap menyumbang kepada negara melalui RON95. Ada perkara yang boleh kita kongsikan, kita kongsi bersama. Jika ada yang tidak boleh dikongsikan, itu adalah rahsia dan kekuatan negara. Sila beri teguran jika ada salah maklumat yang telah aku cerita di sini. Aku sayang Malaysia dan setakat ini sajalah yang mampu aku jelaskan.

Imaginasi Yang Melampau Lampau

EmpayarUtama - Monday, June 11, 2012 : 12 comments

Kengkadang tu terjumpa blog yang gambarnya hanya boleh dilihat menerusi imaginasi yang cukup tinggi macam dua contoh kat bawah ni. Dulu masa memula jumpa aku pening gak kenapa yea? Tapi bila kena kat diri sendiri baru tau.

Yang hitam tu dalam belog aku; satu lagi belah kanan tu banyak kat blog
Eera Shera (Contoh je...)

Sebagai pengguna blogspot, segala imej yang diupload ke dalam blog tak kisahlah dah publish ke belum - otomatik akan disimpan dalam Picasa Web Album.

(Boleh download gambar sebanyak mungkin menerusi 'Compose page' bukan 'HTML page')

Nanti akan ada satu pilihan tab untuk download imej yang dah tersedia disimpan dalam Picasa Web Album:

Aku pulak memang tak pandai men Google+ nih lebih-lebih lagi bila bab sharing-sharing:
Takut gambar yang tak sepatutnya dishare; aku deletele sikit, habis satu album kena delete hampagas tul... :(

Jadi bila korang baca cerita-cerita lama aku; jumpa pulak imej cam kat atas yang warna hitam tu; hahahah korang bayangkan sendiriklah gambar apa dalam kepala ^_^.

Hapdet skettt:

Yang ini bukan pasal delete cuma tokey gambar merangkap tuanpunya domain (selalunya template blog yang percuma) buat kerja semua nak yang free punya.

Macam aku jugak hahahahahahah....