Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Semakan Wang Tak Dituntut

EmpayarUtama - Sunday, July 14, 2019 : 5 comments

Setakat cerita ini ditulis, sesiapa yang nak buat semakan Wang Tak Dituntut hanya boleh buat di kaunter Jabatan Akauntan Negara serta cawangannya di seluruh negeri.

Iyalah, kalau agak agak dah berumur; mungkin dulu pernah kerja sekejap mungkin ada apa-apa bayaran yang patut diterima tapi belum diterima; mungkin pernah bukak buku-buku
akaun belen ada sikit-sikit tapi buku akaun mungkin ada 3-4 bank... Campur-campur jumlahnya besar juga tau.

Walaupun maklumat ni mula tular tak silap aku bulan Ogos 2017 (2 tahun lepas) selepas Idah Basri (pengguna FB) katanya dapat RM14,000 selepas buat semakan Wang Tak Dituntut miliknya, tinjauan aku - nombor giliran untuk hari ini tengahari tadi dah habis. Tu yang kat dalam tu customer terakhir untuk hari ni.


Jadi kepada mereka yang agak jauh dari cawangan berdekatan, tak perlulah bergegas sangat semata-mata hanya nak buat semakan sebab tak de tarikh tutup bila semakan ni akan tamat.


Cuma sekarang proses semakan semakin mudah. Percuma je, cuma bawa MYKad untuk pegawai tolong semakkan dan jika ada sejumlah wang tak dituntut untuk dituntut (ishhhh betulke aku tulis nih), isi borang dan pembayaran dibuat guna cek cuma lewat sikitler, 2 bulan baru masuk.

Kalau nak tau apa dia Wang Tak Dituntut ni gugel je taip "Wang Tak Dituntut" nanti banyak maklumat kat situ. Untuk warga yang memang jauh nak ke cawangan terdekat terutama penduduk luar bandar, harap boleh bersabar lagilah ya.
Bukan apa, online portal eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) yang katanya akan dilancarkan pada suku kedua 2018 untuk mudahkan buat semakan atas talian (online) dah pun habis suku kedua 2019. Kiranya dah delay lebih setahunlah ni, kannnnn...


Salam Lebaran Daripada EmpayarUtama

EmpayarUtama - Monday, June 3, 2019 : 5 comments



Lusa dah Raya, kannnn....?

Dan dalam diam tak diam dah lepas lapan tahun setengah rupanya aku berblogging.

Memang aku cemburu dengan masa yang cepat betul berlalu.

Macam mana; tiba tiba je aku dah kat dunia ni. Hari pertama aku ada dalam dunia - pun aku tak ingat bila. Hari pertama selepas mati nanti, bagaimana ya... Ish tak nak fikirlah.

Yang penting lusa kita sambut raya lagi.

Jadi di sini aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua kenalan maya; bekas dan bakal kenalan maya yang tersinggah dan baca bahan-bahan rojak aku :)








Selamat Belajar Aiman

EmpayarUtama - Monday, May 13, 2019 : 2 comments

Semalam selepas subuh hantar anak bujang - Aiman ke Melaka. Kurang sorang lagi ahli keluarga selepas Puteri sulung sambung belajar di Puncak Alam.

Dahla minggu periksa tapi semua nak ikut. Kenalah buat surat mohon cuti dan minta tangguh subjek periksa untuk hari Ahad semalam untuk yang
bersekolah agama, kebangsaan dan menengah.

Persiapan untuk anak bujang susah sikit sebab satu apa pun dia tak ada. Yang ada pakaian sukan aja. Maknanya kena berbajet untuk beli beberapa kemeja lengan panjang, tali leher, tali pinggang, seluar slack, kasut... perghhhhh



Destinasi pertama - The Store. Bajet lari...

Destinasi kedua - Holiday Plaza. Pun bajet lari...

Lepak jap kat McD makan eskrim sebelum ke Giant dan destinasi terakhir - Kedai bundle :p

(Lupa: aktiviti atas semuanya sebelum puasa hahahahahah)


Bertolak semalam pagi. Sampai depan entrance sekitar 8.45 pagi tapi dia punya jemmmm.....

Proses pendaftaran penginapan sekejap je. Pendaftaran kemasukan secara online jadi mudahle kerjanya. Yang susah sikit kena mengangkut beg-beg dan barangan dia ke bilik.

Souvenir dari bekas student tahun lepas:

Cantik je bersusun kat siling bilik...


Hehe.. Penat? Diorang susun semula katil untuk dapatkan angin kipas dinding.

Pendaftaran sepatutnya tamat 12.30 tapi kerana ada tambahan quota; masa dilanjutkan hingga 2.30 petang. Acara pertama pelajar bermula pukul 4.00 petang. Apa lagi, gi shopping lagilah jawabnya melengkapkan barangan yang belum ada...

Destinasi seterusnya - MYDIN...


Siap berbelanja - sampai ke pintu masuk dalam pukul 2.00. Dah lengang sikit.

Pastu 2.30 drive balik JB...


Hehe aku kerja memang tak masuk opis tapi nak bagitau juga kat boss yang hari ni memang penat giler...


Kucing - Otimot

EmpayarUtama - Wednesday, May 8, 2019 : No comments

Anak kucing ni muncul bulan Sembilan tahun lepas. Belum sebulan kot umurnya masa tu tapi suara dah tak bunyi cam anak kucing. Hidup dalam parit dengan kotornya dan bulu pun sebahagian dah tak ada.

Jenuh memujuk panggil datang makan biskut dan akhirnya membesar dan jadi sebahagian dari keluarga aku.
Sebulan juga kurung dalam sangkar ajar dia buang air dalam pasir yang disediakan. Anak-anak beri nama Otimot - cantuman warna oren; putih dan comot.


Abang dan kakak dia yang tua dalam 6-7 bulan macam boleh terima kehadiran Otimot.

Lepas 5 bulan sampaile sekarang, tiap kali aku balik, Otimotlah yang menyambut... Dia akan dulu berada depan pintu; dan akan menghalang aku dari masuk. Aku dah masuk, dia masih kat situ. Saja nak suruh aku langgar badan dia atau nak suruh marah dia...



Satu hari tu dia sakit. Aku fikir kucing kampung bolehla dia usaha untuk sembuh sendiri. Lupa yang dia hidup tanpa ibu. Lepas 3 hari cam dah tak ada harapan. Terbaring terkulai. Aku bawak gi klinik. Doktor kata temperature sudah naik 41. Macam tak ada harapan langsung... Aku minta juga doktor beri injection dan apa-apa ubat yang perlu. Sejam sekali beri minum guna picagari sambil lap hidung dia yang tersumbat teruk.


Alhamdulillah. Semangat dia nak hidup masih ada. 4 hari je beri makan ubat. Sekarang dah nakal semula...




Akak dia Shy Shy, umur 14 bulan
Baka British


Abang dia Anja, umur 12 bulan
4-4 kaki berstokin putih
Kucing kampung


Sekarang ni cuaca panas. Usia dia belum 8 bulan kot. Kalau tidur kat beranda dia tarik canvas cover motor buat tutup badan dia :)



Pilih Bateri Kenderaan

EmpayarUtama - Sunday, May 5, 2019 : No comments

Aku ada guna Exora. Genap setahun tak buleh hidup.

Call Servis Center tanya kenapa takde keluar warning bateri low tapi bila pusing suis dok bunyi kletek-kletek je. Dia kata kalau bunyi cam tu memang bateri dah sampai masa. Ngam ngam la pulok lepas 12 bulan warrantynya tamat. Hampehtul.
Kenalah tukar bateri dan dia beritahu spec bateri yang sesuai. Jadi semalam carile bateri yang sewaktu dengannya.


Rupanya bateri rosak. Kembung belah tepi kiri dan kanan...
Bateri asal ialah jenis bateri kering.

Nak cari bateri basah je sebab kereta lain yang tengah diguna pun pakai bateri basah juga. Bolehle jaga semua sekali. Yang sewaktu dengannya ialah jenis bateri NS70L sebab lebar, tinggi serta kedudukan terminal positif - negatifnya sama. Tapi sampai kat kedai; auntie tu kata dia ada stok bateri basah 55D23L. Dia bagitau NS70L terlebih panjang sikit. Kalau letak NS70L alas kaki bateri dalam but kereta tu tak berapa ngam. Boleh je pakai bukan tak boleh...


Nak buka dan pasang balik pun senang. Guna spanar saiz nombor sepuluh (10)...


Bila dah pasang; haaa imej kat meter rpm ada sikit kelamkabut.

Call Servis Center lagi tanya ada masalah tak kat ECU ke; TCU ke; apa ke... Dia kata tak de masalah. Kalau wayar tak touched masa guna jumper atau tak short kat lain tempat tak de masalah apa-apa. Tak perlu nak reset-reset itu ini bagai...

Dia ajar camana nak betulkan paparan kat meter rpm. Tekan butang tengah-tengah meter tu lama-lama sampai gambar kereta dan belon belakangnya tu tak bernyala. Pastu berenti tekan. Kendian tekan sekali je lagi dan akan keluar imej kereta, kedudukan tangki minyak serta jarak anggaran perjalanan...


Dah ok kembali ke asal... Hehehehe....
Jam dan channel radio kena setting sendiri ler... kannn.


Harga bateri pun tak mahal. Ni harga sebelum dia ambik RM30.00 untuk bateri rosak tu ...

Terima kasih ya auntie; dan terima kasih juga kat Bro Azizi dari Servis Center yang beri banyak maklumat berguna untuk aku kongsi di sini :)



Klook.com