Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Shopping Online

EmpayarUtama - Saturday, September 25, 2021 : No comments

Semalam singgah ke Giant. Dah siap scan MySejahtera, boleh tak terperasan shutter rollernya tak naik sebab pasarayanya belah dalam.

Giant pun kena kuarantin hehe. Terus ke Guardian sajalah sebab budak-budak kirim pencuci muka.

Dari jauh nampak logo ‘Low price locked to stay low’ dia tu dah lebih
kurang macam logo Shopee sebab kertasnya dicetak dengan warna merah.

Teringat la kat Shopee ada buat Promosi Pay Day Sale yang akan tamat pukul 12 tengah malam ni nanti.

Walaupun memang ada je tawaran sepanjang masa, ada juga beberapa pembekal yang beri tawaran lebih hebat hingga hujung bulan Jan 2022.

Tengah-tengah musim PKP ni, walaupun aku boleh je bergerak untuk berbelanja, tapi yang duduk tinggal di rumah dah jadi terbiasa berbelanja secara online.

Pilihan pertama mereka memang Shopee lah. Dari barangan yang besar hingga yang kecil; pesan makanan online pun makin rajin.

Itu belum lagi beli reload untuk top-up handset masing-masing, walaupun internet dah tersedia kat rumah.

Ialah betul juga, kadang kadang line tu putus sendiri waktu mereka tengah berGoogleMeet; aku pun dah malas nak buat repot ke pengendalinya.

Ingat lagi sekitar 15 tahun dulu - macam-macam survey diterima pasal berbelanja secara dalam talian atau 'shopping online', kan. Sekarang dah jadi nyata, tak gitu?

Pasang Langsir Dapur

EmpayarUtama - Sunday, September 12, 2021 : No comments

Sebelum ini 2 tingkap di dapur aku pasang bidai yang selalu kita nampak di pejabat. Ianya tirai paduan aluminium kalis air, sebab itu aku pilih untuk letak kat dapur.

Lama-lama warnanya pudar dan nak ganti baru harganya dekat seratus jugalah.

Bila lihat ‘shopping online’, terjumpa ‘modern blinds’ langsir zebra yang murah 2 kali ganda dan mudah pemasangannya.


Ada pelbagai saiz untuk lebar dan labuh seperti 2x6 kaki (60x180cm), 3x6 kaki (90x180cm), 4x6 kaki (120x180cm), dan 6x6 kaki (180x180cm). Warna pun ada beberapa pilihan: purple, pink, biru, kelabu, hitam, hijau, putih, coklat, beige, dan merah terang.

Dinding dapur dah warna pink, orang rumah pesan pink 2 set 4x6 kaki. Ianya 'roller' maka taklah tergantung hingga 6 kaki, ikut suka kita sebenarnya.

Kepada sesiapa yang berminat boleh terus cari 'Zebra roller blinds' atau taip bidai tingkap murah 'modern blinds' langsir zebra.

Mudah je pemasangannya, cuma skru memang tidak disediakan. Aku guna skru serta lubang yang ada di dinding atas tingkap yang dah tersedia ada tu je. Jika ragu-ragu untuk cara pasang, pembekal ada sediakan video cara pemasangan. Kalau rajin boleh cari kat youtube..

Nuffnang - Selamat Tinggal

EmpayarUtama - Thursday, September 9, 2021 : 2 comments

Dekat setahun menunggu, lepas pukul 12 tengah malam tadi (semalam) aku cuba buang dulu segala kod promosi Nuffnang.

Dah tak ada lagi promosi dari advertizers untuk dikongsi dan jana duit. Nuffnang sepenuhnya bertukar kepada sosial media, sama sepeti program 8Share dan SAYS sebelum ini.

Walaupun ada duit terkumpul, beberapa 'Buttons' dah tak berfungsi. Butang 'Cash Out' pun dah tak nampak. Promosi terakhir yang aku terima ialah pada 1.10.2020:

Sebenarnya aku lebih selesa lihat statistik trafik di sini berbanding yang aku sedia ada seperti Google Analytics dan StatCounter. Tapi bila buka balik program ni pukul 8 pagi tadi, alamak tak ada 'figure' lah pulak:
Jadi cepat-cepat aku masukkan semula semua kod promosi yang ada untuk 'link'kan semula blog aku dengan Nuffnang. Nasib baik keluar data dan statistik trafik lepas pukul 9 pagi tadi.

Ingat lagi tak beberapa program seperti ChurpChurp, 8Share dan SAYS selain Nuffnang sendiri sekitar 10 ke 15 tahun lepas?

Masa tu meriah dengan banyaknya pilihan promosi, muai jugalah kan buat duit.

Jadi aku simpan jelah logo diorang kat sini untuk kenangan.

Sekarang ni aku cuba satu program promosi dalam Asia juga. Stailnya lebih kurang sama je macam SAYS dan 8Share tapi baru sangat aku masuk. Kalau ada yang berminat cubalah melawat ke sini.

I Love PDF

EmpayarUtama - Saturday, August 28, 2021 : 6 comments

Dalam suasana PKP, rasanya 'online program' ini amat berguna - baik kepada pelajar, tenaga pengajar, maupun yang bekerja dari rumah.

Jika guna komputer, terus aja taip https://www.ilovepdf.com. Tapi kalau guna handphone, kena muat turun (download) applikasinya. Dan ianya percuma.

Fail pdf ni amat ringan bila apa yang kita buat sebelum ni – gambar, words, excel, powerpoint, pdf+pdf ditukar (convert) kepada fail pdf. Saiz fail akan lebih kecil dan mudah untuk dikongsi/hantar kepada orang lain.

Kita cuma perlu muat naik (upload), tukar (convert) kepada fail pdf, dan kemudian muat turun (download) pdf fail yang sudah di'convert' tersebut. Senang, kan?

Sebelum ni dah lama juga aku guna 'pdf architect', waktu 'PDF Architect5' diperkenalkan.

Sekarang ada versi lebih baru kot, tapi masih terhad juga penggunaannya bila guna versi percuma.

Kalau masih ada yang berminat, cuba https://www.pdfforge.org/pdfarchitect.


Harap perkongsian ini membantu :)


Beza Nak Tangani Masalah Rakyat vs Beza Nak Jadi Perdana Menteri

EmpayarUtama - Monday, August 16, 2021 : No comments

Kita sepatutnya lebih bercakap tentang covid-19 dan pelan pemulihan yang lebih baik.

Sebahagian petikan yang aku suka:
"...Rakyat lebih sedihkan ramai yang kini hidup dalam kemiskinan, penderitaan dan kesengsaraan. Disebabkan oleh dasar dan polisi menguruskan pandemik yang bias serta beragendakan kepentingan politik.

Rakyat desak laksanakan "total lockdown", tetapi mereka laksanakan "total lockdown" suam-suam kuku.

Rakyat suruh tutup kilang bukan "essential", mereka tutup perniagaan-perniagaan kecil yang kurang berisiko.

Rakyat minta benarkan keluar wang KWSP, Menteri Kewangan kata KWSP bukan bank.

Rakyat minta moratorium 2.0, kerajaan kata itu adalah mustahil.

Selepas diasak bertalu-talu baru mereka benarkan. Itupun selepas Institusi Diraja mula bersuara.

Ordinan Darurat pula seolah-olah diperkudakan untuk menggantung demokrasi. Jauh berbeza seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong iaitu Ordinan Darurat untuk membendung penularan Covid-19.

Sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat jangkitan wabak malah semakin memburuk. Semasa Ordinan Darurat bermula kes jangkitan harian sekitar 3,000 dan selepas lapan bulan pelaksanaannya cecah 21,000.

Kelihatan Ordinan Darurat lebih bermanfaat politik berbanding menyelamatkan rakyat dan negara.

Rakyat desak percepatkan pemberian vaksin macam-macam alasan diberi sehingga negara Eropah pun dijadikan kambing hitam.

Selepas kedudukan dan jawatan sudah tergugat baru kelam kabut dipercepatkan..."

Bacaan penuhnya di sini dan di sini.

Tapi bila nampak peluang, masing masing masih sibuk - Peluang nak jadi Perdana Menteri, bukan peluang nak tangani masalah rakyat.