

Pegawai tu juga kata dia dah tolong
divertkan semua panggilan ke nombor
prepaid (jika ada selepas ini) ke nombor
postpaid aku. Boleh tutup Sim kad 2 yang guna nombor
prepaid tu. Iya ke? Aku cuba esoknya guna talipon rumah dail nombor
prepaid tu ek elllehhhhh keluar pesanan suara je. Tak ada
ringing pun kat enset aku...
Jadi, Sabtu 3 hari lepas aku terus ke Celcom Taman Molek untuk cuba dapatkan penyelesaian. Nombor giliran depan aku tak banyak tinggal 7 orang je. Tapi mungkin masalah mereka lebih besar dari aku jadi dekat satu jam jugalah menunggu.
Satu perkara yang aku kenalpasti ialah para pekerja khidmat pelanggan di situ seperti diajar agar memotong kata-kata pelanggan.
Reverse Physology ke? Berilah peluang pelanggan luahkan habis masalah mereka; jadilah pendengar yang baik. Mereka datang dari jauh, rata rata bawa anak kecil. Kena tunggu giliran sekitar 1 jam hingga anak meragam. Tiba giliran nak luahkan masalah - belum habis cerita dah kena potong. Apa ni?
Kena giliran aku, aku terus cakap 'dengar dulu apa masalah aku sebelum nak potong cerita ya'. Dan biasalah, mereka jual servis, jual produk. Penyelesaian tetap akan tuju kepada pelan paling murah yang ditawarkan, setidak tidaknya mesti dapat jual...
Jadi tak ada penyelesaian apa-apalah atas masalah aku. Cuma pegawai tu mintak enset aku dan aku nampak dia ejas sesuatu kat
Access point name (APN). Masalah aku tergantung dan pihak mereka tak dapat jual produk kat aku.
Sampai rumah aku perasan lambang 4G untuk Sim 2
(Prepaid) dah bertukar G aja. Aku fikir pasti
Data Network aku dah ditutup. Tak pe tunggu lagi 3 hari tengok macammana...
Pagi tadi cuba jauh sikit di luar rumah; tanpa
wifi cuma data network Sim 1 (
postpaid) saja berfungsi:

Pastu masuk rumah; guna
wifi rumah nampak signal
blinking untuk Sim 2 (
Prepaid) tapi tak berjaya:

Hasilnya, yeayyy aku dah tak terima mesej dan tiap kali semak, baki masih sama.

Boleh pulak selesai masalah aku nih - lepas
APN enset diejas, kannnnn.....
Kemaskini 06.05.2019:
Apa aku tulis sebelum tutup cerita
Jangan Main Kotor?

Patutlah guna taktik tu - test market rupanya...