Cuba elakkan pengeluaran... Fikir dulu sebelum buat keputusan.
Saya kira berdasar mula kerja pada 02/05/2019 (tahun lepas) dengan potongan KWSP 11% manakala 13% lagi sumbangan majikan. Jumlah itu dibahagikan 70% untuk Akaun1 selebihnya 30% untuk Akaun2. Ok mari kita kira:
Senario 1: Gaji (keluarga) RM7,000.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar.
Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM6,048.00 (RM504 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM14,112.00.
Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak 12 bulan dan pada April 2021 Akaun2 masih ada RM6,096.00 (pengeluaran bulanan sama dengan caruman bulanan) manakala Akaun1 berjumlah RM28,224.00.
Tapi i-Sinar hanya boleh keluar selepas April 2021. Eheh hidup lagilah kot masa tu...
Senario 2: Gaji (keluarga) RM3,500.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar.
Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM3,024.00 (RM252 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM7,056.00.
Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak 11 bulan saja kerana i-Lestari terhenti otomatik pada April 2021 disebabkan Akaun2 tinggal RM294.00 manakala Akaun1 berjumlah RM14,112.00. Kering dah Akaun2 tu.
Lepas keluar i-Sinar RM10,000, bulan Mei 2021 Akaun1 tinggal RM4,952.00 (baki tolak i-Sinar + 100% caruman terus ke Akaun1). Akaun2 statik pada RM294.00 sebab kena setel dulu pengeluaran Akaun1 tadi.
Bulan Jun 2021 harap gaji bulanan sajalah itupun jika masih bergaji...
Senario 3: Gaji (keluarga) RM2,000.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar. Tak yah campuler BSH ke apa ke yang one-off tu sebab nak kira kelangsungan hidup.
Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM1,728.00 (RM144 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM4,032.00.
Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak cuma 4 bulan sebab i-Lestari terhenti otomatik pada Ogos 2020 disebabkan Akaun2 tinggal RM304.00. Disember 2020, Akaun2 jadi RM880 mati kat situ...
Disember 2020 baru boleh mohon i-Sinar, ok tu sebab Akaun1 berjumlah RM6,720.00 dan dapatlah keluar RM6,000. Bulan Februari 2021 Akaun1 tinggal RM1,200.00 (baki tolak i-Sinar + 100% caruman terus ke Akaun1). Akaun2 statik pada RM880.00 sebab kena setel dulu pengeluaran Akaun1 tadi.
Bulan Februari 2021 hidup terus merempat harap gaji (kalau masih ada kerja dan bergaji) tanpa tabungan langsung...
Anda dalam kategori yang mana?
Saya tak pandai beri pandangan, cuma boleh kira,
jadi jangan kecam saya...