Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Nuffnang - Selamat Tinggal

EmpayarUtama - Thursday, September 9, 2021 : 2 comments

Dekat setahun menunggu, lepas pukul 12 tengah malam tadi (semalam) aku cuba buang dulu segala kod promosi Nuffnang.

Dah tak ada lagi promosi dari advertizers untuk dikongsi dan jana duit. Nuffnang sepenuhnya bertukar kepada sosial media, sama sepeti program 8Share dan SAYS sebelum ini.

Walaupun ada duit terkumpul, beberapa 'Buttons' dah tak berfungsi. Butang 'Cash Out' pun dah tak nampak. Promosi terakhir yang aku terima ialah pada 1.10.2020:

Sebenarnya aku lebih selesa lihat statistik trafik di sini berbanding yang aku sedia ada seperti Google Analytics dan StatCounter. Tapi bila buka balik program ni pukul 8 pagi tadi, alamak tak ada 'figure' lah pulak:
Jadi cepat-cepat aku masukkan semula semua kod promosi yang ada untuk 'link'kan semula blog aku dengan Nuffnang. Nasib baik keluar data dan statistik trafik lepas pukul 9 pagi tadi.

Ingat lagi tak beberapa program seperti ChurpChurp, 8Share dan SAYS selain Nuffnang sendiri sekitar 10 ke 15 tahun lepas?

Masa tu meriah dengan banyaknya pilihan promosi, muai jugalah kan buat duit.

Jadi aku simpan jelah logo diorang kat sini untuk kenangan.

Sekarang ni aku cuba satu program promosi dalam Asia juga. Stailnya lebih kurang sama je macam SAYS dan 8Share tapi baru sangat aku masuk. Kalau ada yang berminat cubalah melawat ke sini.

I Love PDF

EmpayarUtama - Saturday, August 28, 2021 : 6 comments

Dalam suasana PKP, rasanya 'online program' ini amat berguna - baik kepada pelajar, tenaga pengajar, maupun yang bekerja dari rumah.

Jika guna komputer, terus aja taip https://www.ilovepdf.com. Tapi kalau guna handphone, kena muat turun (download) applikasinya. Dan ianya percuma.

Fail pdf ni amat ringan bila apa yang kita buat sebelum ni – gambar, words, excel, powerpoint, pdf+pdf ditukar (convert) kepada fail pdf. Saiz fail akan lebih kecil dan mudah untuk dikongsi/hantar kepada orang lain.

Kita cuma perlu muat naik (upload), tukar (convert) kepada fail pdf, dan kemudian muat turun (download) pdf fail yang sudah di'convert' tersebut. Senang, kan?

Sebelum ni dah lama juga aku guna 'pdf architect', waktu 'PDF Architect5' diperkenalkan.

Sekarang ada versi lebih baru kot, tapi masih terhad juga penggunaannya bila guna versi percuma.

Kalau masih ada yang berminat, cuba https://www.pdfforge.org/pdfarchitect.


Harap perkongsian ini membantu :)


Beza Nak Tangani Masalah Rakyat vs Beza Nak Jadi Perdana Menteri

EmpayarUtama - Monday, August 16, 2021 : No comments

Kita sepatutnya lebih bercakap tentang covid-19 dan pelan pemulihan yang lebih baik.

Sebahagian petikan yang aku suka:
"...Rakyat lebih sedihkan ramai yang kini hidup dalam kemiskinan, penderitaan dan kesengsaraan. Disebabkan oleh dasar dan polisi menguruskan pandemik yang bias serta beragendakan kepentingan politik.

Rakyat desak laksanakan "total lockdown", tetapi mereka laksanakan "total lockdown" suam-suam kuku.

Rakyat suruh tutup kilang bukan "essential", mereka tutup perniagaan-perniagaan kecil yang kurang berisiko.

Rakyat minta benarkan keluar wang KWSP, Menteri Kewangan kata KWSP bukan bank.

Rakyat minta moratorium 2.0, kerajaan kata itu adalah mustahil.

Selepas diasak bertalu-talu baru mereka benarkan. Itupun selepas Institusi Diraja mula bersuara.

Ordinan Darurat pula seolah-olah diperkudakan untuk menggantung demokrasi. Jauh berbeza seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong iaitu Ordinan Darurat untuk membendung penularan Covid-19.

Sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat jangkitan wabak malah semakin memburuk. Semasa Ordinan Darurat bermula kes jangkitan harian sekitar 3,000 dan selepas lapan bulan pelaksanaannya cecah 21,000.

Kelihatan Ordinan Darurat lebih bermanfaat politik berbanding menyelamatkan rakyat dan negara.

Rakyat desak percepatkan pemberian vaksin macam-macam alasan diberi sehingga negara Eropah pun dijadikan kambing hitam.

Selepas kedudukan dan jawatan sudah tergugat baru kelam kabut dipercepatkan..."

Bacaan penuhnya di sini dan di sini.

Tapi bila nampak peluang, masing masing masih sibuk - Peluang nak jadi Perdana Menteri, bukan peluang nak tangani masalah rakyat.


NGO Mengurus DERMA

EmpayarUtama - Wednesday, July 21, 2021 : No comments

Bila sembang pasal derma, sumbangan ke NGO; bukan kita tau ianya terus kepada yang memerlukan, tapi tuju ke NGO yang kita bagi. Sebagai individu, seringgitpun sumbangan juga, kan? Ini yang kita-kita nampak dan jadi bahan...

Bagaimana pula jika yang menyumbang tu adalah syarikat (besar)? Bagaimana syarikat (besar)
yang buat untung (besar) lari cukai menerusi 'SUMBANGAN' kepada NGO? Yang ini kita-kita tak berapa nak nampak, kan?

Contoh, 1 syarikat dah bajet - cukai kena bayar sekitar 5 ratus ribu. Ikut jalan lurus - siapkan audit, bayar cukai. Kerajaan untung dan rakyat dapat kongsi nikmat dari hasil cukai tersebut.

Ikut jalan tak berapa nak lurus, 5 ratus ribu tu sumbang ke NGO. Masuk ke NGO dapat pengecualian cukai. Jadi syarikat terlepas dari bayar cukai. Belum habis lagi ni ceritanya. Itu adalah 100% sumbangan. NGO yang terima pula dibenarkan ambil 30% untuk kos operasi. NGO takat ni tak kena diaudit.

Syarikat tadi buka invois konon jual barang kepada NGO untuk baki 70%. NGO bayar balik konon beli barang. Syarikat cuma kena keluar 30% dari 5 ratus ribu (150 ribu je, kalau bayar cukai - 5 ratus ribu) itupun kalau bayar cukailer. Nampak tak?

Itu 1 syarikat. Kalau 10 syarikat, katalah dengan jumlah yang sama, berapa NGO tu kumpul? 1.5 juta tau. Sebab tu walau dah sedia ada NGO (lokal); NGO lain tetap bersungguh nak pergi, nak masuk juga. Bila berjaya, nama NGO tu naik, ‘SUMBANGAN’ lain dari syarikat lain mencanak.

Ketelusan NGO dipapar menerusi gambar/video, kenapa tidak menerusi laporan kewangan (beraudit)? NGO (tumbuh macam cendawan) buat untung atas angin, syarikat dapat cuci duit. Kerajaan tak ada hasil (dapat pun ciput), tak mampu majukan negara, tak berupaya bantu rakyat. Netizen berhujah kat sosial media… Tak nampak lagi ke?

Nak lebih pencerahan, baca kat sini.


Projek Tanam Serai

EmpayarUtama - Monday, June 28, 2021 : 1 comment

Ini projek salah satu 'subjek' anak bujang aku. Kena buat baja komposit dari sisa bahan makanan hinggalah proses tanam sejenis pokok herba.

Aku cadangkan tanam serai je sebab ini yang paling mudah dan cepat nampak 'progres'nya. Dan aku abadikan entri ini sempena ulangtahun beliau yang ke 20.


Day 1

Day 3 _ Day 8

Day 12 _ Day 15

Day 15 _ Day 20


...sebahagian video yang dihasilkan (fasa 3)...

Selamat ulangtahun Aiman.
Dah besar dah anak bujang abah ni :)


Terima Kasih TM Unifi

EmpayarUtama - Tuesday, June 1, 2021 : No comments

Ini lanjutan cerita minggu lepas.

4 hari lepas 'installer' datang tukar 'modem' dan 'router' yang katanya boleh 'carry' sampai 800Mbps kalau nanti aku nak 'upgrade' kepada pakej 800Mbps. Dah 'upgrade' Pakej 500Mbps, tunggu 'mesh wifi' yang percuma sampai dan bil bulanan tak berubah. Bayar macam biasa :)


Ini screenshot terkini guna laptop tanpa wayar berjarak 30 kaki dari 'modem', 'tested' dari luar rumah. Kalau sambung wayar bacaan 'download' tu boleh pergi lagi tinggi.

Sekali lagi, terima kasih :)




Kelajuan Pakej 300Mbps Ni

EmpayarUtama - Tuesday, May 25, 2021 : 5 comments

Tengahari tadi 'technician' TM datang 'check', katanya 'modem' tak 'support'.

Katanya, kalau 'wireless' pun, bacaan 'download' tu paling tidak berada sekitar 250-270Mbps. 'Upload' tu pula berada di bawah bacaan 'download'. Laptop ngam ngam depan 'modem'. Saya memang tak faham benda-benda ni.



Budak budak nak PDPR kena 'support' guna 'hotspot' masing masing...

...tapi tiap bulan bayar bil TM cam biasa huhuhu...




Salam Lebaran 1442 H - Kita Jaga Kita

EmpayarUtama - Monday, May 10, 2021 : No comments

Hampir 14 bulan jaga diri dari Covid-19, belum sempat lagi bawa dua yang kecil tu ke masjid untuk sama-sama bersembahyang Jumaat.

Insha Allah panjang umur nanti abah bawa juga ya.


...Gambar 2020...



...Lom boleh jenjalan, masih PKP...

Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Salam Idilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca EmpayarUtama baik yang kenal secara bersemuka maupun secara maya :)