Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Tambah Trafik Melalui Solekan

EmpayarUtama - Thursday, February 17, 2011 : 5 comments

Geli gak aku nak bubuh tajuk kat atas tu sebab formal sangat bunyinya. Bukan apa, banyak tajuk blog yang aku baca macamlah betul-betul 'sharing is caring' kalau tengok tajuknya yang konon-kononnya nak bg cara untuk tambah trafik sampai 6 ribu pengunjung sehari, 10 ribu pelawat sehari, dan 'beribu-ribu lemon'lah. Tapi x de isi pun, siap tanya balik kat reader camna nak naikkan trafik. Ntahapahapalah kan...

Kat sini aku nak kongsi je sebab aku pun tak pasti betul ke tidak widget-widget akan membantu naikkan trafik. Mungkin jugak solekan yang tak melampau tapi menarik dengan beberapa widget akan menyebabkan blog korang dibookmark dan diulang kaji oleh mereka yang gemar buat 'lawatan sambil belajar'.

Aku rekomen AdiWidget bukan apa, sebab memula dulu aku buat blog, inilah blog yang aku follow, bookmarked dan ambik macam-macam widget yang agak fancy. Sampai blog aku tenggelam ngan widget je.

Nak tau apa yang bestnyer, klik aja pic sebelah ni, macam-macam ada. HTML kodnya pun senang nak dikopipes sama ada letak kat blog ataupun letak kat html editor.
Ini shoutbox yang popular - ShoutMix. Ada fungsi untuk blok IP yang tak singgah melawat dan memang lebih baik dari widget yang sewaktu dengannya. Dan belah kanan bawah ni pulak widget dari Google Friendconnect yang boleh dijadikan macam shoutbox gak.



Tapi kalau memang anda masih suka dan nak guna gak sama ada widget CBox atau ShoutboxPro, klik ajalah pic belah kiri atau kanan nih untuk bina shoutbox ikut citarasa sendiri. Tak jadi masalahpun.

Haaa.... pernah nampak satu marking warna ijau kat kanan / kiri blog atau website yang korang ada nengok? Dua tempat tu jadi pilihan untuk sesapa yang minat nak letak benda alah ni -
untuk bgtau pengunjung ada berapa orang tengah baca atau tengok tuanpunya site. Inipun antara widget yang popula yang aku rajin nampak.

Korang cuba sendirilah ya, mana tau betul-betul widget-widget ni boleh membantu jadi tarikan pengunjung untuk melawat dan berlama-lama kat blog korang. Selain dari RadarURL tu, ni ha beberapa lagi pilihan yang aku dapat:

DominoCounter WhosAmongUs Bravenet


Tapi kalau nakkan tutorial yang mudah, pergi kat sini.



Konon-kononnya Mystery Shoppers

EmpayarUtama - Friday, February 11, 2011 : 3 comments

Siang tadi aku banyak masa, jadi aku buang masa turun ke Bandaraya Johor Bahru sambil nak lihat-lihat apa perkembangan terkini.

Banyak gak yang dah berubah dalam tiga pat bulan kebelakangan, terutama jalan-jalan rayanya.
Aku park keta kat depan kedai karpet pastu menapak ke area balai polis Depoh sebab nampak cam best je tempat tuh. Boleh kata semua jalan masuk area situ ada gerbang "Selamat Datang - Persiaran Meldrum" (klik gamba atas ni kalau nak nengok lagi besar). Masa tu pukul 11.30 pagi jadi aku ingat nak jenjalan dalam 300 - 400 meter keliling sementara tunggu semayang Jumaat.

Sampai kat City Square singgah jap kat Maybank - mak datuk ramainya orang. Siap ada 3-4 staff dia kat entrance dok menyapa sesiapa yang nak masuk area banking hall. Tergezut pulak nengok depan tu ngam-ngam AFFIN Bank langsung tak de orang! So aku bercadang nak lawat semua bank tempatan yang ada dalam lingkungan 300 - 400 meter nih untuk lihat sambutan orang ramai. 'Timing' memang cantik, peak hour 11.45 pagi hingga 1.00 tengahari. Kena pulak area tu di luar 1 km keliling dari kawasan perumahan. Target customer tentulah retailer - warga kedai, warga niaga, para pekerja, orang luar yang menyibuk cam aku, dan jugak pelancong. Tapi sebelum aku terlupa, aku mintak maaf bebanyak sebab snap gamba tanpa kebenaran pihak pengurusan. Aku fikir elok aku kongsi kat sini untuk kita sama-sama fikirkan penyelesaian dan mungkin ada buah fikiran yang terbaik untuk kita semua menghadapi lambakan bank asing. Prime area tuuuuuu.....

Jom kita tengok (boleh klik gamba untuk gambaran lebih jelas) :


Maybank - lantai putih dan sistem lampu paling terang berbanding lain-lain bank yang aku singgah. Memang ada beberapa staff di pintu masuknya. Tingkat satu cuma ada 2 sofa kecik tapi ramai yang berdiri tunggu giliran.
AFFIN - Betul-betul depan Maybank, agak suram sebab glass wall tinted. Pastu 'bunting' promosi O.M.G. yang besar merugikan sebab blok pemandangan banking hall. Tak berani aku nak snap kat dalam sebab langsung tak ada customer.


Hong Leong - bangunannya menghadap Maybank dan AFFIN. Luar dalam gelap. Aku hanya disapa oleh sekuriti guard sebab jeles nengok rambut aku yang panjang.
Public Bank. Konsep banking hall sama cam Maybank tapi manyak kerusi dan aku tumpang gembira nengok customernya yang meriah tu, walaupun bangunan solo/terasing.


AmBank - peak hour camni cuma ada satu customer (takkan tunggu giliran?). Lebih kepada dekorasi dalaman berbanding menarik orang kat luar masuk dalam. Konsep terlalu moden pastu dah macam fast food. Cuba pergi KFC, McD, MB memang banyak goodies untuk kanak-kanak.
EON - bangunan terasing cam Public gak. Tapi customernya tak macam customer Public. Lengang, sunyi sepi banking hallnya. Memang aku tak berani nak snap gamba dalam banking hall. Takut sekuriti guard gunting rambut aku. Kaunter punyalah banyak, kerusipun banyak. Kenapa ya?

Aku - tak delah panjang sangatpun rambut tu...

Aku sempatlah bersembang pendek (sebenarnya berbual panjang) dengan salah seorang dari pengurus bank di atas. Alasan yang diberi kerana Maybank dah established. Aku tak fikir jawapan tu tepat kerana semua bank tempatan dah lebih sepuluh tahun beroperasi. Cuma pada aku 'branding promotion' dari pihak pengurusan kena aggresif lagi. Atau, mungkinke perlu penggabungan bank tempatan pusingan kedua?

Alasan lain - kaunter dah tak berapa releven. Aku setuju kalau aku katakan aku silap tapi kalau dalam prime area yang memang fokus bank tu dibuka di situ adalah untuk kemudahan 'semua'; kaunter antara aset yang perlu. Aku tak sempat nak cari CIMB, Alliance dan RHB sebab 'peak time' dah habis dan aku nak tuju Kota Raya semayang Jumaat.

Aku harap dapat feedback yang membina.


Pengemis Moden

EmpayarUtama - Monday, February 7, 2011 : 1 comment

Zaman sekarang, selain dari pengemis jalanan, macam-macam jenis pengemis boleh kita jumpa. Gamba kat sebelah ni agaknya pengemis cinta siap dapat 'love' dan kad kredit lagi. Tapi yang tengah femes sekarang ni memang pengemis duit melalui laman facebook. Cuma cara mengemis tu lain macam sket.
Sebab apa, sebab biasanya orang mengemis tadah tangan atau mangkuk hayun ayan. Tapi yang kita biasa nampak mereka mengemis siap tunjuk duit ribu ribu. Hampeh tul. Aku kata diorang tu pengemis moden sebab time pujuk orang mintak duit, diorang yang belanja - tapi kat gerai/warung jerk. Kalau dah boleh tunjuk duit ribu-ribu tu, takyahlah mengemis lagi. Pastu kalau nak memujuk, carilah tempat class sikit - hotel 5 star ke, Starbucks ke. Balik-balik kat gerai, warung. Paling baguspun restoran mamak. Class sangatke (bisness tu?). Lagi teruk kalau mengemis kumpul orang ramai-ramai, siap datang pakai keta besar beb. Kalau dah datang pakai keta besar, lagi boleh tunjuk duit ribu-ribu kat website, tak payahlah suruh orang datang bayar yuran pendaftaran dan kena hulur sedekah. Entahlah, akupun tak paham peten pengemis sekarang ni. Ajak orang lain jadi pengemis, orang Melayu lak tu.

Pagi tadi beli paper, kat celah paper ada pulak 6 helai kertas aku ingat risalah pasal tuisyen ke, mintak derma buat surau ke, promosi barang dari kilang ke, tapi bila dok belek-belek; ek-eleee cam surat berantai (ini peten dulu-dulu nih) rupanya.Pengemis jenis ni lagi best, siap jual Agama lagi. Tapi tak masuk facebook jadi kurang sikit malu (kat Tuhan?).

Ni haa kat bawah ni aku scan kat kedai Kodak dalam Giant tengahari tadi. Klik aja nanti jadi besar senang nak baca:


Mukasurat Satu

Mukasurat Dua


Mukasurat Tiga

Mukasurat Empat



Mukasurat Lima

Mukasurat Enam aku tak scan sebab aku bawak lima posen je. Pesan aku jangan ada yang menggatal gi print benda alah ni pastu kontiniu buat pulak.

Modus operandi simple aja, bank-in 30 hinggit niat sedekah (kalau tak berjaya); yang terima tu jadi peminta sedekahlah yek? Tapi niat dan tujuan sebenarnya ialah MENGHARAP lagi dua tiga minggu akaun kita akan 'masyuk' ribu-ribu. Huh! Buat duit senang modal 30 hinggit tambah sikit duit potostat pastu duduk goyang kaki kat rumah tunggu bomoh tarik duit bawak masuk berguni-guni Ringgit Malaysia dalam akaun! Yang kena hasut - orang beragama Islam. Siapa mereka tu? Majoriti orang Melayulah.

Apa nak jadi ni...