Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Blog Hilang Huhuhu

EmpayarUtama - Saturday, October 29, 2011 : 25 comments

Biasanya aku blogwalking melalui Shoutbox sendiri; ikut senarai followers; dan dari komen-komen yang diterima. Pastu bila dah sampai ke blog seseorang tu; kalau rajin pun ulang buat camtu juga.

Ada juga la masuk blog orang lain berdasar link yang diberi dalam entri blog yang aku baca. Jarang aku jengah melalui pakcik Google atau twitter
maupun fesbuk (bukan tak ada cuma kurengle; sebab aku ni kengkadang je online).

Semalam tengah blogwalking terkejut bila nampak paparan camni:
Alamak! Ini antara blog yang rajin aku jengah; biar betul. Sebenarnya blog diorang idup lagi cuma ialah selalunya mungkin sebab nak cepat blogwalking; taip link kat shoutbox tak check betul-betul terus tekan shout kuarlah cam kat atas tu. Ni ha blog diorang, pergile visit:




Banyak lagi sebenarnya link yang ditaip tak betul tapi sebab kengkawan; aku cuba satu persatu betulkan sendiri link yang diberi hanya nak nengok apa cerita entri terbaru.

Bagi aku; ini antara cara aku promot blog kengkawan ikut cara aku. Rasanya belum banyak aku buat entri pasal blog kengkawan tapi tak delah ceritakan pasal blog dia berbunga-bunga ke; apa ke. Selain dari yang kat atas tu selalunya aku masukkan berdasar kandungan entri yang relate dengan entri aku.

Ini ada satu lagi kisah.. untuk dikongsi ketika bosan.. (Aku terima dari Rhea Scarlet dua hari lepas) siapa yang dah pernah baca, anggap je siaran ulangan..:

Pada suatu tengah malam, telefon di rumah seorang pustakawan telah berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.

"Jam 9 pagi, encik. Ada masalah apa encik menelefon saya tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi kehairanan.

"Boleh tolong buka lebih awal?" pemuda itu memohon penuh pengharapan.

"Tidak! Perpustakaan tidak akan dibuka sebelum pukul 9 pagi!" pustakawan menjawab dengan nada yang agak tinggi.

"Tapi, saya minta tolong sekali ini je.." rayu pemuda tersebut.

"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu pukul 9 pagi?" pustakawan menyoal dengan nada yang berang.

"MEMANGLAH PENTING! SAYA TERKUNCI DALAM PERPUSTAKAAN NI. SAYA MAHU KELUAR SEKARANG!" Jawab pemuda tersebut.....


^_^ ahahahahahah ^_^

Jiran Yang Prihatin...

EmpayarUtama - Friday, October 28, 2011 : 31 comments

Ada saudara aku duduk kat perumahan rumah murah setingkat. Biasalah rumah murah jalanrayanya agak sempit. Masa aku singgah minggu lepas dia dok betulkan dapur gas panggil technician datang ngan lori park depan rumah. Dah namanya lori lerlebih sudah ke laman jiran. Doploh minit pastu jiran sebelah balik agak kelam kabut nak park keretanya dalam rumah (macam tak berapa pandai nak adjust sendiri nampak...)

Akupun panggillah brader tu mintak dia alih lori kat bawah pokok belah depan sikit sebab aku tau tuan rumah yang belah sana tak de kenderaan. Brader tu pun start enjin siap kata 'mintak maaf ya pakcik' kat jiran sebelah. Apa pakcik tu jawab? "Parking lori jangan pentingkan diri sendiri aja!" dengan nada yang agak keras. Aku yang ada kat situ naik malu terus masuk dalam rumah... Aku fikir 'minta maaf' tu ayat terbaik untuk sejukkan hati orang.

Oh, oh, lupa. Gambar atas tu tak de kena mengenapun dengan entri ni saja je letak sebab aku suka.

Dulu, aku uruskan extension dapur sedara aku nih. Dapatle 2 tukang; untuk pecah dinding dapur belakang. Batu-batunya kena longgok depan rumah dulu sementara nak abiskan kerja pecah batu dalam 3 hari kot; barule boleh buang sekali jalan je naik lori. Masuk hari kedua pecah batu; jiran (pakcik tu le) boleh kata "Budak kontrek ni tak ada otak ke buang batu depan rumah..." Alammmakkkkk aku rasa dia belum tambah dapurlah sebab tu dia tak tau benda tu kena abiskan dulu baru angkut buang tempat lain. Sudahnya aku pesan kat brader tukang tu; buang jelah guna kereta. Dua hari angkut batu guna kereta satu hari kena 3 trip terbarai kereta jadinya.

Tanya gak dengan sedara aku tu, 'boleh tahan yea jiran awak' dia bagitau - pakcik tu ok cuma mulut dia je yang tak ok. Kena tahan ajalah...

Aku tulis ni bukan apa; cuma sama-sama tumpang simpati kepada Ayie Suhari lepas aku baca entri blog dia sepuluh hari lepas: Saya Dalam Proses Pembelajaran Juga. Nampak cam ada persamaan je bila seseorang tu datang buat kerja dan dipandang terlalu kecil oleh orang lain yang anggap diri sendiri besar...

Pergile jengah, takpun tekan je banner ni:


Sekarang Pelik IV - Tombong Kelapa

EmpayarUtama - Wednesday, October 26, 2011 : 31 comments

Benda ni agak popular di kalangan mereka yang tinggal di persekitaran kampung dan yang berumur 30 tahun ke atas. Rasanya susah dah nak jumpa tombong kelapa ni sebab arus kemajuan yang membuat hidup kita semakin mudah dan selesa untuk segalanya.

Tombong kelapa ni boleh dijumpai di dalam kelapa. Isirong kelapa yang
putih pula diparut dan kemudian diperah dan dapatkan santan. Kalau di kampung-kampung santan dari buah kelapa sebenar digunakan untuk memasak tapi sekarang dah siap tersedia santan segera baik dalam bentuk cecair maupun serbuk. Santan segar dalam peket plastik pun ada jual.

Cecair santan dalam kotak dan kanan tu santan dalam bentuk serbuk

Untuk mereka yang pandai memasak; ada juga alternatif jika tiada santan kerana boleh diganti dengan susu cair cuma ketahanan masakan berbeza. Ianya lebih jimat berbanding harga santan.

Sebab itulah susu cair selalu digunakan dalam majlis kenduri kendara kerana dimasak dalam kuantiti yang banyak; dan kalau
tetamu bawa balik 'nasi berkat' lauknya basi tengah jalan tak sempat buat makan malam pun. Haha cam tukang masak boleh masuk Chef Malaysialah.

Erkkk dah lari topik pulak. Camana nak tau dalam kelapa tu ada tombong atau tidak? Haaa untuk mereka yang tinggal di taman, pekan atau bandar pergi kedai runcit yang ada jual kelapa.
Tengok di luar tempurungnya kalau ada punat putih tu haaaa adala tombong kat dalam tu. Besar kecik saiznya pun boleh di agak berdasar saiz punat yang terkeluar kat luar tempurung kelapa tu.

Kelapa belah kanan dalam gambar sebelah ni ada tombong di dalamnya.
Aku suka makan tombong kelapa ni. Apa rasanya? Lembut berlemak dan agak bergabus sikit, lebih kurang je cam rasa jambu air yang merah tu. Lebih besar tombongnya lebih lembut tetapi semakin tawar lemaknya. Itu dulu, sekarang mungkin tak popular lagi dah.