Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Anak-anak Korban Di Hari Raya Qurban

EmpayarUtama - Tuesday, November 8, 2011 : 57 comments

Terkejut bila masuk ke kawasan kampung pada pagi Hari Raya AidilAdha dua hari lepas. Seperti padang jarak padang tekukur. Tetapi disebabkan semua orang ceria untuk sembahyang sunat Hari Raya diikuti dengan upacara korban; aku perlu menunggu esok (semalam) untuk dapatkan penjelasan.

Seperti biasa kedai makan simpang
empat jadi tumpuan. Jawapan agak samar-samar diterima dari pengunjung tetap warung jadi aku rasa perlu bertemu ketua kampung (pak naib). Ketua kampung pula kalut semacam bila 'face to face'. Agaknya tak ada orang kampung yang berani berjumpa 'direct' sebelum ini. Ditambah pula parang pendek tersisip kemas di pinggang aku. Dengan tak berbaju kelihatan keringat mengalir membasahi muka dan tubuh badan aku; jawapan 50-50 daripada pak naib mungkin menghasilkan sesuatu di luar jangkaan.

Menurut beliau, segala kerja dilakukan kontraktor kampung sebelah tetapi ada pekerjanya orang kampung sini juga. Pihak JPS juga maklumkan tiada arahan untuk 'pembersihan'. Dan jawapan beliau yang tidak tahu bila masa pembersihan itu dilakukan semakin memanaskan badan aku yang memang dah sedia panas. Takkan ketua kampung tak tahu apa-apa; takkan setiap isi rumah tidak dimaklumkan dahulu. Proses pembersihan apa jika setelah dicantas, dibiarkan begitu saja! Ruas tebu belum setengah jengkal panjangnya, pun kena cantas!

Pisang tanduk, pisang nangka belum tua pun jadi mangsa.
Ingatkan semua anak-anak dicantas tetapi seperti dipilih-pilih pula lokasinya. Gambar-gambar di bawah jadi bukti:
Aku datang dengan parang pendek siap berpeluh-peluh satu badan tu sebab baru saja kerat tandan pisang muda yang aku ambil macam kat atas tu, bukan apa pun. Kebetulan rumah ketua kampung sepelaung aja dari rumah. Cuma aku minta tolong pak naib beritahu jiran aku yang akan pulang dari mengerjakan Haji hujung minggu ini bahawa semua tu bukan kerja aku. Aku nak balik JB dah ni. Haji Baru itu mungkin akan buruk sangka kerana dia bercucuk tanam atas tanah aku. Aku takut parang panjang tak bersarung pula dibawanya ke rumah nanti.

Aku tak mau masuk surat khabar woo...

(Errr, ok tak cerpen mengarut aku?)

Pengakuan Berani Mati

EmpayarUtama - Saturday, November 5, 2011 : 33 comments

Sempena Hari Raya AidilAdha aku nak buat satu pengakuan. Sebenarnya aku dah buat banyak kali tapi tak berani nak mengaku. Iskkk.... Camana nak cakap memang serba salah. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Simpan dalam mulut nanti mati tersedak. Errrr, jangan ada yang terasa atau berasa hati yea dengan apa yang aku tulis.
Inilah dia: Aku dah buat sebanyak 125 entri sepanjang 347 hari berblogging; atau purata dekat-dekat 3 hari berjaya pos satu entri. Haha banyak juga. Boleh dipanggil entrikah yang ini?

Kenapa aku 'banyak na' buat entri? Sebab aku bekerja. Dan aku kena beri tumpuan lebih kepada kerjaya aku berbanding berblogging.

Aku blogging suka suka aja...

Kenapa kita semua tak sama? Sebab kita memang tak sama. Masing-masing akan ada jawapan dan alasan sendiri atas sebab, cara dan bagaimana berblogging. Jawapan aku kat atas tu adalah 'alasan paling munasabah' untuk diri aku sendiri.

Perlu ke update setiap hari atau setiap 4 jam atau tiap 1 jam atau tiap-tiap minit? Adakah sepanjang masa akan timbul 'perasaan' untuk luahkan apa yang nak diluahkan? Bagi aku; tak semua yang kita fikir; kita rasa; kita harap; kita 'puas hati'; kita 'tak puas hati' - perlu diluahkan atau dikongsi di atas kertas untuk dipertontonkan. Ada perkara boleh dikongsi bersama; ada perkara boleh dikongsi bersama hanya seorang dua yang tertentu; dan ada yang boleh dianggap tidak perlu langsung tetapi masih juga nak berkongsi melalui blog entri...

Macammanapun semuanya terpulang kepada tuan punya diri - terlalu peribadikah; membantukah sesuatu entri tu; atau sebaliknya. Tetapi ini bukan alasan untuk kita terus menyalahkan seseorang itu kerana terlalu kerap membuat entri walaupun dah ketandusan idea. Bagi aku, masing-masing cuba buat yang terbaik untuk kepuasan diri dengan blog sendiri.


Apa nak dimalukan; lagi 23 hari sambut ulangtahun pertama ada 500 pengikut. Dan dari 500 tu berapa ramai pembaca setia? Tanhiah kepada SESEDAB RASA yang berjaya tangkap nombor 500 ini pada 1.11.11.


Jawapan aku? Mudah saja. Blog disediakan untuk semua, hak peribadi dan boleh buat duit melaluinya. Jika tak suka baca jangan teruskan baca; tak payah komen dan lepas tu tak payah nak meroyan kutuk sana sini. Inilah pengakuan berani mati aku.....