Home » » Pengakuan Berani Mati

Pengakuan Berani Mati

EmpayarUtama - Saturday, November 5, 2011 : 33 comments

Sempena Hari Raya AidilAdha aku nak buat satu pengakuan. Sebenarnya aku dah buat banyak kali tapi tak berani nak mengaku. Iskkk.... Camana nak cakap memang serba salah. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Simpan dalam mulut nanti mati tersedak. Errrr, jangan ada yang terasa atau berasa hati yea dengan apa yang aku tulis.
Inilah dia: Aku dah buat sebanyak 125 entri sepanjang 347 hari berblogging; atau purata dekat-dekat 3 hari berjaya pos satu entri. Haha banyak juga. Boleh dipanggil entrikah yang ini?

Kenapa aku 'banyak na' buat entri? Sebab aku bekerja. Dan aku kena beri tumpuan lebih kepada kerjaya aku berbanding berblogging.

Aku blogging suka suka aja...

Kenapa kita semua tak sama? Sebab kita memang tak sama. Masing-masing akan ada jawapan dan alasan sendiri atas sebab, cara dan bagaimana berblogging. Jawapan aku kat atas tu adalah 'alasan paling munasabah' untuk diri aku sendiri.

Perlu ke update setiap hari atau setiap 4 jam atau tiap 1 jam atau tiap-tiap minit? Adakah sepanjang masa akan timbul 'perasaan' untuk luahkan apa yang nak diluahkan? Bagi aku; tak semua yang kita fikir; kita rasa; kita harap; kita 'puas hati'; kita 'tak puas hati' - perlu diluahkan atau dikongsi di atas kertas untuk dipertontonkan. Ada perkara boleh dikongsi bersama; ada perkara boleh dikongsi bersama hanya seorang dua yang tertentu; dan ada yang boleh dianggap tidak perlu langsung tetapi masih juga nak berkongsi melalui blog entri...

Macammanapun semuanya terpulang kepada tuan punya diri - terlalu peribadikah; membantukah sesuatu entri tu; atau sebaliknya. Tetapi ini bukan alasan untuk kita terus menyalahkan seseorang itu kerana terlalu kerap membuat entri walaupun dah ketandusan idea. Bagi aku, masing-masing cuba buat yang terbaik untuk kepuasan diri dengan blog sendiri.


Apa nak dimalukan; lagi 23 hari sambut ulangtahun pertama ada 500 pengikut. Dan dari 500 tu berapa ramai pembaca setia? Tanhiah kepada SESEDAB RASA yang berjaya tangkap nombor 500 ini pada 1.11.11.


Jawapan aku? Mudah saja. Blog disediakan untuk semua, hak peribadi dan boleh buat duit melaluinya. Jika tak suka baca jangan teruskan baca; tak payah komen dan lepas tu tak payah nak meroyan kutuk sana sini. Inilah pengakuan berani mati aku.....



33 Comments

33 comments:

  1. betul tuh...

    "Jika tak suka baca jangan teruskan baca; tak payah komen dan lepas tu tak payah nak meroyan kutuk sana sini."


    :)

    ReplyDelete
  2. setuju dgn empayar.....
    blogging sekadar hobby.....
    part time jer biler free....
    yang penting setiap entry yg dikeluarkan..... ade makna... dibuat dgn kepuasan ...
    klau nak copy paste pun dri yg lain.....
    just be yr own....

    ade benda yg blh kita share.... ade benda tetap hak peribadi....

    kekadang kita tak sedar kata2 kita akan mengguris org lain....
    tersalah beri pandangan akan disalahertikan...

    ReplyDelete
  3. kalau lily seminggu pun belum tentu buat 7entry..ni kan plak nak buat sehari dalam 2 3 entry..hehe..berblogging untuk suka2 kan..^_^

    ReplyDelete
  4. Aku berblog ni hanya untuk mengasah minda aku agar sentiasa berfikir supaya tak beku....hehehe

    ReplyDelete
  5. betul tu...Lat'z blogging hanya suka2..kongsi apa2 yang rasa ptut dikongsi...^.^

    ReplyDelete
  6. betul aku sokong ngan ko bro.Biar apa orang nak kata,itu adalah blog peribadi kita,bukan blog usahasama ngan mana2 blogger lain.Kalau pasal jumlah entry nak post dalam satu hari tu bukan masalah pun..tu menunjukkan blogger tu rajin update dan forsure dia suka bercerita dan berkongsi :)

    blog adalah hak peribadi.orang lain ada hak untuk condemn dan jangan lupa kita juga berhak utk terima teguran atau abaikan :) hak mutlak pada diri kita sendiri :)

    selamat maju jaya kawan :)

    ReplyDelete
  7. mmg , mulut org kita tak boleh nak tutup dan kita tak mampu nak puaskan hati semua org .

    ReplyDelete
  8. sebnarnya blog ni bergantung kpd sdri sdri.. and ade peminatnya tersendiri jugak.. blog ni best.

    baru follow ke 515 :)

    ReplyDelete
  9. sokong ayat ko kat atas tu..bg aku,aku berblogging untuk berkongsi rasa.bertukar cerita dengan blogger lain.kenal cara ceritanya.. :)

    ReplyDelete
  10. moge terus maju dalam dunia penulisan .. setitik dakwat yg di kongsikan mmpu membuat sejuta akal berfikir ..

    ^_^ mawar

    ReplyDelete
  11. bro dulu suka2 je..tapi jadi seronok pulak hmm..berblog semata2 nak kutuk tu blogger dengki je,takde faedah apa diorang dapat cuma trafik sementara nak cipta isu panas, betul setuju ayat last, happy blogging sudah kalau ada rezki tak kemana.

    ReplyDelete
  12. hehe sis pun sebab minat n hobi :)

    ReplyDelete
  13. Betul.Tak suka jgn datang.hehe,
    blog didahulukan..keje diutamakan.
    berblog sebab nak isi masa lapang jek. :)

    ReplyDelete
  14. wahhhh...pengakuannn.. terpaku diri ini...kih kih kih..


    setiap orang ada sebab tersendiri kenapa berblogging ni~ ^_^"


    1.11.11 dapat 500..cantik nombor tu...hihii.. tahniah...

    ReplyDelete
  15. ai sehary sekali jer kot update...if bz mmg versarang la

    ReplyDelete
  16. blogging is just for fun. and what we along blogging, it make ourselves fun ;) that's all..too bad if we force ourselves to get blogging all the time :'D

    ReplyDelete
  17. <--suke baca komen orang. tpi yng terlalu snsitif, buang aje.. hik3~

    ReplyDelete
  18. errr kene komen kat sini ke?? HAHAHA!

    selamat Hari raya.. =)

    ReplyDelete
  19. tuu diaa pengakuan brani mati. HAHA. betul gak tu. hehehe... ok what part time blogger. haha... kdg2 update hari2 pon bukan semua org baca... :P

    ReplyDelete
  20. Salam;
    Tahniah kepada awak sepanjang awak berblog..boleh dikatakan blogger tega dgn entri sebanyak itu walaupun awak bukan sepenuh masa,apa2pun
    selamat hariraya korban..semuga ceria selalu.

    ReplyDelete
  21. hehehe.. era buat blog pon suka-suka jek, nak isi masa lapang..

    tahniah ek! blog awk dak 500 lebih follower.. bahagian kotak komen bagi satu entry pon bnyk gak yang org komen.. tahniah ek!

    tak macam era, sikit jek org komen.. hehehe :)

    ReplyDelete
  22. hehe,,kdg kala,,luahan pedapat ini bagus,,yela,,setip org ada pandangan masing2 an

    ReplyDelete
  23. benda ni free.. suka hati la kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  24. aku pon berblog untuk suka2 je...tak de niat lain..;)

    ReplyDelete
  25. setiap blog dihasilkan oleh manusia
    dan setiap manusia itu unik....

    maka, keunikkan inilah yang membezakan kita semua...


    slmt berblog!

    ReplyDelete
  26. Mak pun setuju jugak. Teruskan baca juka suka, tak suka kalu, klik je X nun hah..x de sesape nak paksa, x payah nak kutuk apa2.

    Setiap org tu kan ada caranya yg tersendiri dan kerana caranya yg tersendiri tu lah membuatkan org suka dan tak suka.

    Tepuk dada, tanya selera je..

    ReplyDelete
  27. Ramai jugak pembaca setia awk ni..jgn pedas sgt ye, tak pasal2 haters berpakat nak serang hahaha..:)

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~