Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Satu Perjalanan...........

EmpayarUtama - Saturday, December 10, 2011 : 55 comments

Makin hari makin teruk line internet kat tempat aku. Bila 'call' buat aduan jawapannya stended 'banyak dah kami terima aduan dari kawasan tempat encik' abis tu diorang ni asyik terima aduan aja ke? Actionnya bila?

Tu yang tak boleh buat apa sampai pecah rekod dah ni tiga ari berturut dok buat posting ajalah kerja aku.

Kat bawah ni gambar Segmen " jom follow blog remyhazza " dalam Entri dia 1 Disember 2011... Sori yea Remyhazza aku tak sempatlah nak join dengan line tenet yang ntahapahapantah dua tiga menjak nih.
Errrr, tajuk entri ni aku pilih sebab rasa rugi pulak tak sempat nak join segmen tu. Ini segmen pertama rasanya yang beliau buat tapi terang cakap, Remyhazza antara rakan maya yang aku sayang. Walaupun baru je buat sesi jengah menjengah pada 24.10.11 (tak sampai limapuluh haripun), dia terus jadi pembaca setia jadi tak rugi kalau sesiapa follow blog dia.

Satu lagi dia ni memang tak lokek bagi pandangan sebab boleh kata entri-entri aku lepas tu akan ada komen dari dia. Kalau kat shoutbox tu tak yah cakapla, pantang jengah pasti dia akan jengah balik ada satu ari tu aku saja je visit dia 5 kali; perghhh 5 kali gak dia respon balik kat shoutbox aku hahahahahah bestla susah tau nak dapat kawan sporting cam Remyhazza ni.

Kepada mereka yang terbaca blog aku ni pergilah jengah. Blog dia ok, tak serabut bagai ngan Inspektor Gajet dan widget mengarut. Dan yang bagusnya entri dia banyak gambar. Boleh kata semua entri tu adalah pengalaman sebenar tak kisahlah sama ada pergi berjalan ke; majlis ke; shopping ke; nengok wayang ke; yang penting dia kongsi semua tu ngamlah ngan tajuk blog dia Satu Perjalanan. Aku pun harap cita-cita beliau tercapai sebelum hujung tahun ni.

Dan hehehe buat Remyhazza - this entry is my "special gift for a special person" thanx ya bro...