Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Bersalah Dan Rasa Bersalah

EmpayarUtama - Sunday, December 25, 2011 : 21 comments

(Gambar sebelah ni pinjam DetikDaily)

Dua tiga menjak ni aku ada sikit masa baca entri rakan-rakan se'maya' (betul ke aku tulis?) dan banyak jugalah komen ditulis. Ada yang berkaitan dengan entrinya ada yang tak de kena mengena langsung sebab tak tau nak komen apa tapi tangan ni gatal nak tulis.

Tapi tengok gaya komen aku memang susahla nak jadi cerpenis apa lagi novelis. Ikan bilis kat dapur pun dah abis; jadi buat jemput-jemput bawang je. Eh pasal lak masuk cerita jemput-jemput ni?

Bukan apa aku rasa bersalah lepas tulis dua komen berkenaan agama dan akidah sebab aku bukan arif soal hukum hakam. Pakcik Arif sebelah rumah memang rajin tegur aku kalau sama-sama keluar nak gi semayang subuh kat mesjid. Dia rajin tegur sebab jarang sangat aku pergi hehe malu le aku :(

Yang pertama pasal 'khusyuk' kat belog Teacher Basariah dan keduanya pasal 'Tudung Bonggol Unta' kat belog Cikgu Ma. Korang kliklah sendiri kalau nak baca apa yang aku tulis sebab tak berani aku nak tempek screenshot kat sini. Takut terulang publish benda sama yang tak betul. Bulan lepas rasanya pun ada terkomen kat satu entri pasal 'jamak'.

Menggigil juga bila Cikgu Ma respon pandangan peribadi aku dalam Misteri Resepi Entri Yang Rahsia ^_^. Aku jadi takut sebenarnya bila baca Selendang Merah juga ingin berkongsi artikel tu sebab hukum 'haram' itu tidak diperjelaskan sumbernya.


Ini komen dari Pencari Allah kat entri Cikgu Ma yang begitu berhati-hati menyusun ayat kedua

Dan aku rasa sangat bersalah sebab bagi komen atas sesuatu yang aku sendiri cetek ilmu. Sebab tu aku tak mo buat entri berkaitan agama dan hukum hakam dan cuba elak buat entri yang aku sendiri tak pasti...

Iyalah bila rasa diri tu betul baru tulis tapi tak semestinya apa yang kita fikir betul pada kita akan jadi betul pada orang lain. Aku akui ini kesilapan aku. Masing-masing ada pandangan dan tafsiran sendiri, kan? Sesuaike kalau takat tafsiran aja terus publish dan kongsi untuk bacaan umum...


Contohnya Duit Syiling Baru Malaysia ni yang aku ambik dari Portal Bank Negara Malaysia sampai gambar Bunga Raya pun boleh ditafsirkan sebagai lambang Freemason hanya kerana pecah lima; dan lagi teruk bila gambar kat belakang duit seposen yang pecah enam ditafsirkan sebagai simbol "Star Of David" yang menyerupai bendera Israel tak caya cuba Gugel sini. Habis tu kenapa tak tafsirkan lambang kerajaan negeri-negeri dan bendera negeri-negeri yang ada bintang bucu lima tu...


Ya Allah ampunkan dosa-dosaku. Buat Teacher Basariah, Cikgu Ma dan semua - maafkan aku yea... Aku insan biasa yang tidak dapat lari dari lakukan kesilapan...



Misteri Resepi Entri Yang Rahsia ^_^

EmpayarUtama - Friday, December 23, 2011 : 27 comments

Masa-masa kecederaan ni, aku abadikan beberapa keratan menarik dalam shoutmix sebelum tukar shoutbox. Bila baca tulisan kengkawan; rasa eh - bagus na ke belog aku? Macam misz eyza yang memang suka dan tunggu aku pos entri. Dulu guna nama far_east ok pe...

Aku tak paham sangat Inggeris tapi cuma tau tinggal beberapa hari je lagi
shoutmix free dah tak boleh pakai. Bukan tak nak update selalu; alasan kerja tu paling munasabahla tapi kena berlaku adil pada kengkawan - juga pada diri aku sendiri. Sebab tu kalau sekali aku pos entri agak panjang dan yang betulnya boleh jadi 2-3 entri berasingan.



Rasa tak adil sebab "AKU POS ENTRI UNTUK BERKONGSI CERITA DENGAN KENGKAWAN; AKU PUN HARAP SIAPA YANG SINGGAH AKAN BACA ENTRI (ENTRI-ENTRI) AKU. SEMUA ORANG PUN NAK BLOG MEREKA DISINGGAH DAN ENTRI MEREKA DIBACA (kecuali tujuan beriklan semata-mata). KALAU DOK POS 5-6-7 ENTRI TIAP HARI BILA MASA AKU NAK LAWAT DAN BACA ENTRI KENGKAWAN?"

Bukan cara aku untuk buat banyak entri harap ramai datang baca pastu aku sendiri tak nak pergi baca blog kengkawan. Kalau semua blogger camni; sendiri baca sendiri punya entrilah... Aku suka baca blog sebab tu pergerakan blogwalking aku saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangatlah lambat.


AVI (gambar hensem atas tu) walaupun blog dia muncul Nov 17, 2011; dah ada akaun dari bulan Ogos 2010 lagi. Guna segala pengalaman selama setahun lebih untuk Perkongsian Hot di Facebooknya. Memula dulu letak widget serumpun (sekarang dah buang) untuk tarik minat pengunjung dari Indonesia sebab tu majoriti pengunjung datang dari sana. Agak susah juga dia nak kekalkan kedudukan yang jatuh dari 101,580 ke 285,662 dan tengokle ranking terkini.

Jika dilihat dari kandungan entri - tiada label cuma akan ada perkataan 'viral', 'kongsi', 'rakan', 'facebook', 'share' dan paparan video (Ini keywords ke bang?). Tajuk berkaitan fesbuk tapi tak nampak akaun fesbuk.


Nampak tak nama Emy Sharmimi Nadia ? Dia ni bulan Ogos baru pos satu entri. Tiap bulan pun satu entri je cuma bulan doblas agaknya sebab banjir jadi tak tau nak buat apa, adalah 6 entri. Memula orang tak tengok pun blog dia tapi dua tiga menjak ni boleh tahan siap dapat banyak gak komen. Dia rajin blogwalking dan guna ayat yang bukan skema hahahahampagas tul ko nih Emy. 5 bulan je dah ada 670 followers (aku setaun berjanggut tau hahahahah). Entri sikit tapi terang cakap aku suka gaya dia menulis.

Nak tengok entri yang memang sikit tapi dapat komen gila-gila punya banyak? Walaupun blog samaran tapi bila diletak kat tempat yang betul (entri sesuai dengan persekitaran pembaca) haaaaa tengok camana respon pembaca:

Sebenarnya tak ada follower langsung pun tak apa; satu entri je pun boleh dapat ribu riban pembaca dan komen pun ribu riban jugak.


Aidanatasya (Ini tambahan je, tak pernah singgah pun kuangkuangkuangkuang ajo tul haku nih) siap ada fesbuk dan takat tengah bulan doblas 1,564 followers. Tiap entri dapat ratusan ada yang ribuan pelawat. Punyai rangkaian kengkawan yang saling papar entri-entri kisah artis dan sensasi.
Tapi bila setiap pengunjung cuma singgah seminit lebih; majoriti cuma sekali view (auto click ke?) dan tak bacapun entri.

Sapa berani lawan kawan dia ni yang boleh pos 174 entri dalam bulan Feb dan dekat tiga ratus entri bulan Mac 2011? Tau apa tujuan tuanpunya blog belasah dekat lima ratus entri untuk dua bulan berturut-turut tu?



Jadi antara lima kat atas tu - korang nak jadi yang mana satu? Aku nak jadi diri aku sendiri, nak orang kenal aku yang macam ni lah juga... ^_^



Meremang Bulu Tengkuk

EmpayarUtama - Wednesday, December 21, 2011 : 38 comments

Cerita ni aku karang sendiri kalau salah tolong betulkan tau. Disebabkan ianya ikut pemerhatian aku, takut jugalah salah maklumat pulak nanti. Kalau tak berjaya meremang naikkan bulu tengkuk mungkin boleh naikkan trafik sekurang-kurangnya kannnn...

Gambar sebelah pulak aku ambik kat blog Sanorhizam seram wooo.
Tak caya gi baca manyak cerita hantu kat situ.

Aku nak cerita pasal tukaran matawang asing link atau omputehnya link exchange. Ada 2 bahagian je yang aku nampak :
1. untuk kepentingan diri sendiri. Ini pun ada banyak cabang; tapi secara amnya dicipta untuk mudahkan tuanpunya blog itu sendiri. Kalau ada pengunjung yang datang ke blog tersebut dan minat untuk klik link blog yang dipaparkan oleh tuanpunya blog tu – kira untunglah blog yang dipaparkan tu sebab kena klik oleh pengunjung. Ini bukan situasi menang-menang (win-win situation) cuma mudahkan tuanpunya blog nak lawat link-link yang dia sendiri paparkan. Antaranya:

a. blog list atau link list yang disediakan blogger. Ianya jadi win-win situation bila berlaku pakatan pembangkang antara dua pihak (A setuju letak link B dalam blognya dan B juga setuju letak link A dalam blognya)

b. Follower widget. Apa yang bagus kat sini aku pun tak pasti (tapi aku letak jugak hahahahampagas tul) sebab sebahagian ikon follower tu bukan ada letak link punnn...

c. Auto-Linkies yang senaraikan link – hanya mudahkan tuanpunya blog lawat balik pengunjung yang letak link kat situ (kalau dia nak lawatlah kan…) tapi bagi pengunjung yang malas blogwalking; bila terjumpa blog yang ada senarai link ni kira bonuslah takyah buang masa pergi tempat lain dah… Sama jugak cam Commentators Widget yang tunjukkan senarai pengomen dan inilah senarai pembaca blog kamu...

d. Linkwithin – ini buat lawa dalam blog aja sebab ia cuma paparkan link-link entri lama yang berkait dengan entri yang sedang dibaca (yang ini pun aku letak hahahahapebendalah aku nih). Lebihkurang je cam Popular Posts yang disediakan blogger. Bukan link exchange pun.

2. untuk faedah pihak yang join. Kat sini bolehlah dikatakan berlaku win-win situation walaupun pada dasarnya kalau orang tak klik link tu tak naiklah trafik kita; kannnnn???? Biasanya link yang ada kat sini siap dengan gambar barulah nampak cantik tambah lagi tajuk yang agak merapu sikit memang orang suka nak klik. Antara program popular:

a. Busuk.org
b. GuaBlog.com
c. OhBelog.com
d. Apesal.com (yang ini ambik masa sikit tunggu kelulusan berbanding 3 program atas)

GuaBlog.com dan OhBelog.com sebenarnya duplikasi progam omputeh - Blogobo.com tapi semua program ini janjikan trafik bila kita paparkan web/blog orang lain dalam blog kita; cuma letakkan kod widget yang diberi ikut kesesuaian sendiri.

Aku ni pandai tulis je tapi tak buat pun. Ada, aku letak kat satu blog baru (opsss sori aku privatekan bermula 1.1.2012) memang untuk cuba terai test program tu semua kalau tak - takde nya aku cerita...

Atas ni screenshot 17.12.2011 baru pasang widget GuaBlog.com je

Yang ni pulak screenshot 18.12.2011 lepas tambah widget OhBelog.com

Nampak cam ok lah sebab lepas pasang widget-widget tu aku terus cabut balik kampung potong nangka; dan dalam tempoh 36 jam dapat 41 trafik hits tanpa buat apa-apa...

Yang ni pulak lepas tambah widget Busuk.org dan Apesal.com dan aku biarkan aja blog tu satu hari satu malam. Memang trafik naik dapat 116 hits tu. Hahahah blog baru tak
berusik pun, aku dah mula berfikir-fikir nak letak semua widget-widget tu kat Ada Cerita, Ceritalah... Sesiapa yang belum pasang tu; trylah, dah terbukti ni...