Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Busuk

EmpayarUtama - Tuesday, January 10, 2012 : 11 comments

Tergamam 3 hari terus tak de aktiviti blogwalking dan yang sewaktu dengannya bila soalan aku pasal bagus sangat ke ping tu kena perati dan diletak sebagai salah satu artikel pilihan busuk.

Lepas dapat feedback dari busuk; aku terus buat printscreen. Tapi untuk mengurangkan keresahan (ceh cam
pompuan je dok resah resah hahahahah) aku bukak jugalah beberapa belog kengkawan yang ada dalam busuk tu sebab aku kena ambik kira tentang klik ratio. Tak patut le bila dah ping kat situ aku buat bodo je nunggu trafik masuk. Banyak cantik muka aku. Eh kalau tak berapa jelas klik je kat gambar yang korang berkenan yea. Macam aku cakap dulu-dulu; aku tak men kotor punya. Tak de nya aku letak link iklan kat gamba tak hensem aku tu. Yang ni pukul 7 pagi 8/1/2012:
Lupa lak nak bagitau. Aku dok cari camana nak dapat page ni godeh sana godeh sini tak jumpa. Jadi kalau nak nengok korang punya submission dan capaian trafik cuba cara ni (login dulu yea jangan lupa lak).

Dekat page Widget Trafik tu ada 4 link kod widget, tekan jelah mana-mana link contoh cam sebelah ni haaa -->

Yang aku bulatkan merah tu kira akunyer id. jadi korang cuba tukar link bawah ni dengan id korang:

http://busuk.org/ping/user/100000353303658

Tukar nombor-nombor yang kaler merah tu ngan korang punya sendiri asyik dok nengok aku punya je malu ah :). Pastu bookmarkle kat pc korang. Senang-senang boleh tengok sendiri punya statistik terkini submission takyah login pun takpe.

Sebenarnya memula dulu ada letak widget busuk tapi lepas dua tiga menjak bila hantar entri je thumbnail tak kuar terus aku buang widget tu. Ni pun aku lom cuba lagi ping entri entah dah ok ke belum.
Kebetulan dalam artikel pilihan tu (tengok gamba atas, gamba ataslah...ikon nombor tiga) ada entri dari Dunia Seorang Blogger yang ajak [JOM SELESAIKANNYA!]Masalah Thumbnail di Ping Busuk macam membantu tapi aku belum cuba lagi. Nanti bila senang aku cuba.

Ada juga aku cerita sekali lalu pasal kotak jerit percuma dari busuk tapi bila baca pandangan dari Haw tentang shoutbox tempatan yang mudah dimasuki tanpa perlu ke belog tuanrumah dan spesifik tentang Busuk; rasanya busuk kena ambik berat juga pandangan Haw ni. Ntahlah ada respon ke tak aku pun tak tau. …

Dan yang bawah ni aku ambik lepas kul doblas malam tadi ngam-ngam bila dah tak nampak anak bulan link aku. 2 hari je lekat kat ruang pilihan:
Tengok sekali perbandingan 3 entri teratas walaupun tak terpilih sebagai artikel pilihan. Jangan ketawakan hits yang aku dapat aaa bukan pemes pon. Mungkin bagus untuk jangka panjang tapi aku belum boleh komen apa-apa sebab baru na lagi...



Bagus Sangat Ke Ping Tu?

EmpayarUtama - Saturday, January 7, 2012 : 51 comments

Yang ini tak de kena mengena dengan set golf jenama 'PING' ya. Ini sambungan Meremang Bulu Tengkuk dan sepatutnya dipos selepas itu tapi entah kenapa ntah aku boleh terlepas sampai 7 entri baru ada ruang. Tak yah fikirlah kita teruskan aja.

Ping sama je dengan Link Submitter. Melayunya lebihkurang tempat untuk hantar link.
Ada yang kita dapat tau berapa banyak kali link diklik; ada juga yang kita tak tau langsung buta-buta je ping.

Kerja ping ni agak penat sebab hantar link secara manual tiap kali rasa nak kencing ping; tak hantar tak dipaparkan le. Kalau dah dipaparkan, pun belum tentu diklik hahahahahahampeh laaaaaar...

Aku cerita dan tulis ikut kesesuaian kita di Malaysia aja aaa tak campur program obersi. Biasanya ping ni bukan bagi manfaat dua hala dalam jana trafik kecuali tempat link dihantar tu merupakan orang hidup yang juga harapkan balasan trafik dari kita. Tak betul ke aku tulis ni? Meh kita tengok siapa yang kena:

1. Shoutbox – tak kisahlah apa jenis kotak jeritpun tapi bila blogwalking biasanya kan kita letak link. Disebabkan aktiviti blogwalking ni penat tapi popular; kebarangkalian link diklik agak besar. Ada juga yang buat kotak jerit orang len sebagai tempat ber-iklan haish!!!

2. Komen entri – ini pun penat jugak kena menulis la pulak; walaupun kengkadang komen ditulis tu ntahapahapantah (termakan budi sebab orang dah komen kat belog kita) tapi kebarangkalian jadi komunikasi dua hala amat besar.

3. Hantar link ke grup-grup yang ada di fesbuk – yang ini memang buang masa sampai Eyja Kecik Hati sebab kita tak tau bila masa yang paling ngam untuk link kita tu ditengok dan diklik. Satu lagi; bila ramai yang hantar (ping) selepas kita – link kita turun, turun, turun, turun, turun, dan mungkin dalam seminit je link kita dah hilang dari pandangan… tak sempat de orang nak tengok; nak klik camana… Tapikan, biasanya ada mesej dihantar ke e-mel member-member yang join grup-grup tertentu tapi kalau dah banyak sangat e-mel masuk – takat baca mesej jelah pastu padam… Betul tak?

4. Ping-ping program yang sedia ada macam ping-pong, pinggan, pingu, KakiPingBlog, Ping4Free. Ping Busuk, Blogged My, (sikit je ni sebab buat contoh). Satu benda aku musykil majoriti diorang ni mintak kita letak button dia (reciprocal link) sebagai syarat cam mengarut je... Tapi ada sesapa nak kongsi statistik tak - samada bagus atau tidak trafik yang terhasil dari program–program ping ni?

5. E-mel kengkawan (yang bukan kengkawan pun belasah hantar je janji diorang tak repot ‘spam’ hahahahahah); twitter (yang ni biasanya orang guna untuk hantar link iklan takpun untuk chatting); direktori (contoh – Project Petaling Street); search engines (macam senarai bursa saham orang minat baru klik); forum (contoh – Mesra.net); banyak lagilah.

Rata-rata tempat-tempat yang aku sebut tu tak bagitau bagaimana pergerakan atau capaian link kecuali dulu ada satu bloglarian. Kalau nak tau berapa banyak tempat tempat yang diping tu dapat klik (klik aja, tukang klik tu baca ke idak wallahu'alam) ada beberapa program yang buat analisa terperinci macam nuffnang (yang ni ramai tak suka kenapa aaa?); google analytic; feedjit; e-referrer; eh korang gugel sendirilah.

Yang ni bola golf jenama 'Ping' saja je aku letak kat sini. Link submitter ni tak sama ngan link/traffic exchange tapi aku peratikan OhBelog manyak personal entri. Kalau dah nama dia exchange - kena la rajin klik link kengkawan yang len.

Kalau ada yang rajin ikut entri-entri aku; banyak kali juga aku cerita pasal shoutbox dan blogwalking. Jadi aku sendiri fikir shoutbox dan blogwalking adalah yang terbaik untuk dapat dan naikkan trafik. Korang pulak? Pulak dah…