Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Ohsem Anniversary...

EmpayarUtama - Friday, February 10, 2012 : 28 comments

Aku cuba buat sticky post nih tak taule menjadi ke tidak. Kalau menjadi - pastu ada cerita baru aku nak kongsi (tu pun kalau ada cerita barule); dia akan duduk diam-diam kat bawah cerita ini gamaknya. Ceh macam aku lak yang buat segmen.

Walaupun belog aku tak pemes cam, aaa, cam belog sapa ya... ala cam
belog-belog yang pemes tu lah tapi aku cuba jugaklah pomotkan belog remy. Tapi pengikut tegar dia kan; jeng jeng jeng:

AYIE ABAS ni memang tiap hari dok menjengah takut orang lain curik nombor lima ratus tu. Dengar cerita remy pun dah janji dengan dia kalau berjaya dapat no 500 dia rela hadiahkan tiket Air-Asia ke Langkawi yang dia dapat dengan harga seposen tu untuk bulan Oktober nanti kat AYIE.
Orang lain dia tak janji tau jadi jangan ngengada nak mintak jugak tiket tu yea ^_^ Erkkkkkk betul ke? Aku tipulah hehe tapi cerita dia dapat tiket seposen tu aku tak tipu, aku jeles sebenarnya sebab tak dapat huhuhuhu sedey...

Kena pulak remyhazza ni - suka betul dia nengok wayang. Citer omputeh yang dia pomot (eh AYIE ABAS pun pomot jugak rupenyer...) buat aku teruja tu yang tiap ari dok memujuk awek kedai enset tak taula entah ada lagi ke tak cerita tu kat Pelangi Cinema :p
Alamak gambar terlebih border

Setakat yang aku taula, remyhazza ni tak masukpun kategori belog resepi atau masakan tapi penuh dengan makanan. Kejap-kejap nampak makanan, kejap-kejap nampak makanan. Kena pulak masa aku bukak (selalunya tengahari takpun lepas tengah malam) perut jadi lapar daaa... Banyak kali jugak aku mohon jadi tester belum berjaya lagi.

Banyak lagilah cerita best kat belog remy nih, mehlah pegi belog dia kalau belum kenal manalah tau ada rezeki korang nanti dapat hadiah kannnnnnn??? Ada spesel offer nih sampai 10 Feb 2012 je (hehe cam iklan cupcup la hehe)



Spontaneous Thursday - Pertama Kali Selepas Dua Belas Tahun

EmpayarUtama - Thursday, February 9, 2012 : 16 comments

Memang inilah pertama kali selepas 12 tahun membayar...
Bukan banyak na pun RM35.00 setahun - online payment aku fikir tak berapa praktikal sebab setahun cuma bayar sekali je. Semua yang ada tanah belum tentu pandai online sebab kat kampung-kampung terpencil; line internet pun lom ada. Sesi pagi bawa ke petang; depan aku ada lebih 450 orang lagi - bila nak habis ni...