Terlanjur dah ke Tiara Beach aritu; kami pusing-pusing ke kawasan terdekat. Medan Ikan Bakar ni pula terletak hanya 5 km dari penginapan. Ianya menghala ke Melaka dan setelah 3 km akan jumpa pekan Pasir Panjang.
Belok simpang kanan pastu dalam 2 km dah jumpa Kg Telok.
Suasana petang taklah meriah. Air pun baru nak pasang dan nampakle beberapa orang dok kutip siput, kerang dan apa-apalah yang boleh dikutip.
Tapak jeti lama pun dah terhakis, jadi nak ambik gambar keseluruhan kawasan pantai tak berapa cantik.
Ok meh kita lihat aktiviti malam pulak. Nampak meriah dengan 6 gerai yang dibuka untuk pengunjung membuat pesanan. Ramai juga yang datang walaupun perjalanan ke sini belah malam agak gelap:
Aiman yang mencuba bakar ikan. Sementara tunggu pesanan sampai, kitaorang belasah kerang rebus dulu :)
Jeng jeng jeng - ikan
sweet sour dan ikan bakar Aiman dah sampai:
Diikuti dengan sotong goreng tepung, tomyam campur
(eh dah luak?), telur dadar
(pinggan pun dah tak nampak); serta ketam.
Diorang ni tak makan sayur jadi satu sayur pun tak dipesan :)
Aaaaaaa..... apa lagi, jemput nengok hehe ^_^