Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Papan Tanda Jalan Bukan Papan Iklan Jalan

EmpayarUtama - Wednesday, May 1, 2013 : 14 comments

Hadui 3 minggu belog tak terbela sejak dapat job baru nih. Sori buat semua minggu depan boleh aktif balik kot.

Ini pun part time juga tapi tak dapat mengadap pc sebab kerja ni kena keluar manjang. Terlanjur keluar tu, aku snap beberapa gambar signboard yang ada kat jalanraya.
Di sebalik bendera dan poster yang berkibar sempena nak pilihanraya terperasan pulak papan tanda jalanraya macam tolong berkempen 'sepanjang masa'. Enset pulak dah tahap nak masuk muzium jadi aku campur dengan gambar dari gugel.

Papan tanda berlatar belakang biru dan bertulisan putih paling banyak kat jalan raya. Selain 'user friendly' (errr betul ke aku tulis) maklumat serta peringatan agak lembut gaya bahasanya.

Papan tanda warna hijau bertulisan putih atau berlatar putih dengan tulisan hijau pun banyak juga terutama di lebuhraya.

Kalau yang berlatar putih dan tulisan merah; lebih kepada peringatan berbentuk amaran.

Begitu juga dengan yang berlatarbelakang merah dan bertulisan putih. Agak keras sikit ayatnya. Kenapa ya?

Dua jenis kat atas ni pulak (Latar belakang putih bertulisan hitam dan latar belakang coklat dengan tulisan putih) memang amat jarang kita jumpa kat jalanraya. Kedua-duanya merujuk kepada lokasi yang spesifik.


Aku saja jer relatekan 4 jenis papan tanda jalan tu dengan 5 parti politik besar serta Bebas kat Malaysia. Cuba tengok semula ikut turutan :)




Errrr, kaler biru muda cam takder jek. Eh ada satu:

Tapi batu tanda bukan papan tanda.


Kalau kaler kuning pulak agak ekstrim sebab tu agaknya takde parti besar nak ambik kaler ni:


Kalau ikut 4 warna papan tanda yang teratas tu; ada juga terselit dengan warna kuning nih, contohnya:

Tak banyak -------------------- Banyak jugak


Dua atas nih memang banyakkkkkkk

Hahahahahah aku teringat perhimpunan-perhimpunan yang pakai baju kuning larrrr hahahahampagas tullah haku nih.



Selamat Hari Pekerja, hati-hati menunggang/memandu yea (terutama hujung minggu ni). Oh, oh, lupa nak bagitau kerja part time tambahan aku:

Tu yang sibuk tul skang nih ^_^


Lagi Best

EmpayarUtama - Monday, April 8, 2013 : 17 comments

Malam tadi bawak budak-budak ke Tiram. Tempat yang dipilih ialah restoran steamboat "Lagi Best". Ini kali kedua kami ke sana selepas pertama kalinya terima undangan Ratu Satin sempena raikan majlis harijadi puteri tunggal mereka - Azalea 12 November tahun lepas. Adalah dua tiga keping gambar lama aku selitkan.
Restoran ni beroperasi dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Harga pun ok - Dewasa (13 tahun ke atas) RM19.50 seorang; 5-12 tahun sepuluh ringgit manakala bawah 5 tahun percuma. Selagi belum tutup kedai, segala hidangan yang luak akan dipenuhkan kembali.

Kitorang sampai lepas maghrib dalam pukul 7.45 petang. Meh tengok apa yang ada kat situ :


Penuh - Kalau tak 'booking' kena beratur tunggu meja kosong


Antara hidangan masak sendiri - Pelbagai ikan dan udang


Ketam, sotong, isi ikan - Daging pelbagai perisa


Ayam pelbagai perisa - Yang kanan tu tak reti aku nak cerita


Ini di ruang tengah - Kupang, lala, kerang


Telur, telur puyuh, pelbagai cendawan, sayuran - Nasi putih, nasi goreng, koaytiaw, nugget


Rojak, bubur kacang, buah potong - pelbagai jenis sambal


Udang hidup pun ada - Sudut minuman sejuk dan panas


Bff besday girl, besday girl dan Asyraaf - Afrina dan Besday girl 12 November lepas


Adriana  - Errr ehhhh sambung masak... lom nak balik ke?

Sapa-sapa yang ada fesbuk boleh tengok gambar yang lagi cantik kat page dia. Kitorang cabut lepas pukul 10.15 malam. Memang tak sempatle nak join Misi Mencari Retis Malaysia Popular yang diwar-warkan oleh KESUMA ANGSANA.

Motto yang aku rasa sesuai ialah "makan sampai muntah hahahahahahahah".



Memang bestlah, nanti aku datang lagi ^_^