Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sekali Air Bah, Sekali Belog Kena Ubah Bahhhh

EmpayarUtama - Wednesday, September 25, 2013 : 10 comments

Aduh terajin pulak buat cerita dua tiga menjak ni. Tapi blogwalking lom lagi. Malam ni boleh kot.

Aaaaa sebelum tu; sapa-sapa yang belum dan berminat nak buat ucapan ulangtahun kat Cikgu ieta - sempat lagi. Masih ada lebih kurang 55 jam sebelum ia ditutup. Setakat ni dah 44 peserta dan dari jumlah tu 13 belum lengkap.

Semalam dapat emel dari ChurpChurp Malaysia beritahu program mereka berwajah baru sehari sebelumnya. Malam tadi baru sempat buka websitenya. Nampak ok jugalah sebab kesemuanya disusun mengikut segmen. Ada juga yang merumitkan terutamanya bila kita nak promot imej iklan kat belog. Sebelum ni aku letak kat sidebar di bawah iklan Nuff dan rasa agak mudah sebab kopipes je link imej yang sedia ada. Sekarang ni susah sikitle.

Bak kata pepatah, 'sekali air bah, sekali pasir berubah'. Jadi aku terpaksalah ejas mana yang patut kat sidebar. Rajin-rajinle jengah semua promosi yang ada tu ya :)

Buat abang kopi pasta; slider ini pun menarik juga. Tapi aku belum cuba letak dalam entri, setakat ni cuma letak kat sidebar jah. Takut konflik sebab kat sidebar saja sudah ada 6 jenis slider yang aku cuba (Carousel, ChurpChurp, Popular Posts, Recent Posts, Pelik, dan Trafik).


Kepada ieta; maaf jika ada apa-apa yang menyinggung hingga semua komen saya dipadam. Saya masih berhutang pencerahan berkenaan 'sponsor' nanti saya kongsi. Selamat ulangtahun ya :)



Jom Bela Air, Jangan Bela Hantu Air

EmpayarUtama - Monday, September 23, 2013 : 2 comments

Heran betullah nengok akuarium orang lain jernih je airnya aku punya seminggu je dah bertukar hijau. Kedai jual ikan kata letak sikit arang tapi bertahan sekejap juga. Nanti kotor balik. Ishhh camana nak buat ni ya.

Parah ni kalau dua tiga minggu sekali nak kena tukar air. Dah le saiznya 3 kaki dah boleh buat kolam renang
Asyraaf dah tu; campur sikit rasa malas nak menukar air.

Akhirnya aku jumpa satu kaedah 'simple mimple' dan setakat ni dah sebulan airnya macam tu juga hahahahahahahah tak caya? Tengok bawah:





Waktu siang, agak silau dengan panas matahari

Agaknya guna enset cokia sebab tu gambar tak cantik

Cuba belah malam pulak, haaa 'clear' sikit. Kes malas nak ber'ipad' dan berkamera (lebih kurang)

Ikan Bandaraya pun pening tak de lumut nak dibersihkan...

Sori ikan tak banyak, 'test' lima ekor dulu takut mati pulak semuanya, naya je...
Singa Mengaum Di Pasaraya
Alamak ini Naga Air Raya Cina tahun lepas camana buleh masuk sini?


Ini haa rahsianya:

Aku belasah campak tawas sebesar kuku ibu jari tangan ke dalamnya. Perigi kat kampung (dahle tanah gambut...) jernih semacam je lepas segenggam tawas orang tua aku campak. Tapi jangan le harap magik atau keajaiban berlaku sekelip mata ya. Letak hari ni, esokle baru nampak sikit jernih. Lusa terus lutsinar.

Cubalah, ada bran...?