Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Cerita Tahun Depan

EmpayarUtama - Friday, November 1, 2013 : 5 comments

Dari pertengahan tahun 2010 lagi dah ramai yang bincang pasal Operasi Sistem Windows XP akan ditamatkan pada April 2014. Lebih tepat lagi - 8 April 2014. Manakala statistik setakat April 2012 - lebih 3.6 juta komputer masih guna perisian Windows XP termasuklah aku.

Tak tau la jumlah tu makin berkurang,
bertambah atau tak bergerak sekarang ni kalau ramai bertukar kepada sistem operasi lain. Tu belum kira pengguna baru yang masih suka Windows XP.

Tapikan, yang tak beshnya Microsoft akan hentikan segala kemaskini (updates), online support, dan tak de lagi otomatik fixes untuk Windows XP selepas 8 April 2014. Maknanya kalau ada apa-apa masalah kepada pengguna perisian Windows XP selepas tarikh itu, ia jadi statik cenggitu jelah. Nampak cam lama lagi, tapi pejam celik pejam celik nanti lupa pulak benda alah ni. PC aku pulak 1GB je. Boleh ke kalau aku nak upgrade Windows 7?

Berhari-hari aku dok buang masa cuba upgrade sendiri men pindahkan program ke pendrive sebab ASPIRE ONE aku tuh tak pakai CD ROM atau DVD player. Hasilnya - tiap kali bukak PC, manjang keluar gambar nih je :


Ishhh pening lar...

Oh sebelum sambung mengejas PC bermasalah aku tuh; selamat menyambut Deepavali, selamat menyambut tahun baru Awal Muharam; errr selamat bercutilah :)


Takziah. Apa Yang Kita Buat?

EmpayarUtama - Saturday, October 26, 2013 : 6 comments

Baru aja aku kongsi cerita pasal 'beri kepercayaan sebagai pencegahan awal' belah pagi; tak sampai doblas jam lepas tu berlaku kejadian buruk setelah apa yang kita percaya itu tak boleh dipercayai.

Aku ikuti perkembangan di internet dan walaupun agak lewat – kami sekeluarga ucap takziah kepada keluarga mangsa, semoga tabah hadapi dugaan ini.

Ermmm camana nak mula ya. Okeh aku bajet salah satu tempat kija aku. Syarikat percetakan sediakan 'perkhidmatan servis mencetak guna mesin' - dalam tugasan. Ada syarat/piawaian tertentu perlu dipatuhi hingga membolehkan syarikat guna mesin dan mesin tersebut boleh beroperasi.

Syarikat kawalan keselamatan sediakan 'perkhidmatan servis kawalan keselamatan guna manusia' - dalam tugasan. Samalah kan, pasti ada syarat/piawaian tertentu perlu dipatuhi hingga syarikat boleh guna manusia sebagai pengawal keselamatan (lebih-lebih lagi bersenjata) seterusnya boleh beroperasi/bertugas. Apa beza mesin dengan manusia?

Bila jadi kes, jalan singkat - batalkan lesen syarikat terbabit. Dah jadi baru ambil tindakan. Tapi hanya kat syarikat terbabit jelah.

Banyak belog bersuara pasal ni (bagaimana mencegah) bukannya tuding jari cari siapa salah atas perkara yang dah berlaku seperti BUASIR OTAK yang bertanya "Apakah langkah pencegahan yang korang rasa boleh dilakukan bagi mengelakkan kejadian api dalam sekam, duri dalam daging, musuh dalam selimut ini?"

Sebelum inipun banyak kupasan tentang pekerja dan syarikat kawalan keselamatan. Paling konsisten ialah Mazidul Akmal seawal bulan Mei 2009 lagi. Paling menarik minat aku ialah Cipan, Tapir & Tenuk (C++).

Kita dah nampak benda berlaku. Meragut nyawa. Takde ke kebarangkalian berlaku lagi; mungkin kepada syarikat kewangan lain, serta syarikat kawalan keselamatan lain? Apa langkah pencegahan seterusnya agar tak berulang?

Cadangan aku; batalkan dulu semua lesen syarikat kawalan keselamatan. Buka permohonan baru dan setelah semua langkah yang 'tepat dan betul' dipenuhi serta dipatuhi baru beri lesen. Laporan tiap tahun perlu untuk pembaharuan lesen (sama macam lesen mesin cetak sebelum dimansuhkan tahun lepas). Kita boleh kurangkan kecuaian jika ada kepada tahap paling minima, bukan tak ada terus.

Tapi, hahahahaha aku siapa?