Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sedih, Sebak Setelah 72 Jam Berlalu

EmpayarUtama - Tuesday, March 11, 2014 : 3 comments

Tidak ada apa yang lebih; dapat aku sumbangkan seperti sebelumnya. Aku hanya melihat, mendengar dan berdoa agar satu keputusan yang terbaik dapat kita semua terima. Begitu juga hubungan baik antara kerajaan dengan negara-negara di mana rakyat mereka terlibat sama - China khususnya.
(Kredit gambar dari fuh.my)
Dan aku abadikan video ini di sini :


"MH370, we hope the radar can see you. If you copy, keep flying at your current height until you reach your destination. We'll clear the way for you. Everybody is more than happy to let you be the first to land. The sky is clear, with temperature in Beijing at five degrees Celsius, a little bit cold. Please wear your coats to keep warm. Remember to hug your family and friends after you disembark. They love you, they really do"

"MH370, kita harap radar dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan penerbangan pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu tiba ke destinasi. Kami akan lapangkan laluan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang mendarat terlebih dahulu. Langit cerah, dengan suhu di Beijing adalah lima darjah celsius, agak sejuk sedikit. Sila pakai kot kamu untuk panaskan badan. Jangan lupa dakap ahli keluarga serta sahabat setelah kamu turun. Mereka sayang kamu, benar-benar sayang kamu."


#MH370 ‪#‎prayforMH370‬ ‪#‎doakanMH370 #doauntukMH370 #malaysiaairlines #malaysia

Panas Melampau-lampau Dan Berjerebu La Pulak

EmpayarUtama - Thursday, March 6, 2014 : 6 comments

Lama tak sentuh blog. Yang betulnya aku belum dapat ejas ‘timing’ bila Johor ubah cuti untuk kerajaan dari Sabtu/Ahad kepada Jumaat/Sabtu. Sebelum masuk Januari 2014 lagi aku dah cuak dan jeles dengan masa. Kiranya sudah dua bulan lebih la ni ‘tuning lom betul lagi’.

Apa taknya; budak-budak ke rumah
‘baby-sitter’ lima hari seminggu (Senin hingga Jumaat). Yang bersekolah pula dari Ahad ke Khamis. Aku dan orang rumah kerja Senin hingga Jumaat. Cuti hari Sabtu dan Ahad.

Jadi masa sanggang aku hanya pada Sabtu dan Ahad. Dua budak ada kelas pada hari Sabtu 7.15 pagi hingga 1.00 tengahari. Transporternya bapak budakle. Dan hari minggu, Ahad - aku jadi ‘full time transporter’ sebab tak kerja tapi budak-budak sekolah. Van sekolah hanya ikut jadual ambil dan hantar dari rumah ‘baby sitter’ ke sekolah dan kembali ke rumah ‘baby sitter’. Dia tak dapat ejas tiap hari Ahad ke luar kawasan hingga ke rumah aku. Bukan masalah duit tapi jadual perjalanan van sekolah dia pula akan lari. Hambek ko. Takkan hari Ahad pun kena hantar budak-budak ke ‘baby sitter’? Dah kira 6 hari seminggu dah tu. Harga pun kira lain ler...


Jadi, duit bas sekolah tetap cam biasa sama cam tahun lepas cuma duit minyak aku bertambah setiap Ahad 4 kali sebulan. 6.40 pagi satu trip; 10.00 pagi satu trip; 11.30 pagi satu trip; 12.30 tengahari satu trip; 1.40 tengahari satu trip; 3.00 petang satu trip; 4.00 petang satu trip dan 6.30 petang satu trip lagi. Semuanya lapan trip untuk setiap hari Ahad saja. Banyak trip tu sebab ada yang sekolah agama belah pagi dan ada pula yang belah petang; ikut sesi sekolah kebangsaan/menengah diorang. Tiap satu trip tu pulak makan masa paling kurang setengah jam. Mau pengsan haku...

Itule rutin aku sepanjang 2 bulan lebih setakat ni. Senang cakap, selain kerja – tahun 2014 ni aku terlebih sibuk berbanding tahun sudah. Santai sekeluarga hanya pada Sabtu petang dan masa tu aku pulak yang nak berehat buang penat seminggu...

Entah bila hidup boleh kembali normal; ada yang cadangkan pindah ke negeri lain yang semua agensi/jabatan cuti hujung minggu jatuh pada hari yang sama (Sabtu/Ahad). Peninglah. Harap kengkawan semua dapat faham sebab apa belog terbengkalai sampai ranking Alexa mencanak-canak. Hati panas, ‘blur’ pun ada.


Errr, tajuk tu kena tak dengan cerita ni?



Akhirnya...

EmpayarUtama - Sunday, February 23, 2014 : No comments

Rasanya tak ramai pengguna komputer (khususnya notebook/laptop) hadapi masalah ni. Tapi bila kena camana korang buat ya? Berdasar pengalaman sebulan lebih yang aku hadapi; rasanya ada beberapa cara.

Pertamanya bungkus dan hantar kedai suruh periksa. Mungkin kena tukar keyboard baru. Kedai pulak cantekkk jah suruh beli external keyboard cucuk
USB. Jadi, cara kedua ialah pasang external keyboard.

Ketiga pula guna 'On-Screen Keyboard' sambil menggugel segala tutorial yang dapat bantu pulihkan keyboard nih.
Tapikan, benda ni macam penyakit jugalah. Ada ubat yang serasi ada yang tak. Untuk masalah keyboard tak berfungsi ni rasanya tak kurang dari 5-6 jenis tutorial berbeza yang boleh kita cuba. Aku cuba semua tapi satupun tak jadi. Patutlah kedai rekomen jalan mudah - beli keyboard lain.

Dalam pada kusut gila bagai (happa taknya; dapat kongsi satu cerita je lepas ngada-ngada upgrade sendiri pc) sambil terkalut-kalut godeh sana godeh sini; terjumpa satu 'part' yang macam belum jadi tutorial. Dan lepas aku cuba sendiri - perghhh ok terus keyboard nih. Hahahahahahah aku dah boleh ketawa dah :)

Meh aku kongsi caranya. Cam biasala aaa aku guna slide jer :


keyboard tak berfungsi 11
keyboard tak berfungsi 10
keyboard tak berfungsi 9
keyboard tak berfungsi 8
keyboard tak berfungsi 7
keyboard tak berfungsi 6
keyboard tak berfungsi 5
keyboard tak berfungsi 4
keyboard tak berfungsi 3
keyboard tak berfungsi 2
keyboard tak berfungsi 1


Ini baru lepas 24 jam aku mencuba cara tu dan nampaknya tak de masalah apa-apa. Tutorial pun laju je nih aku buat.

Nasihat aku (untuk diri sendiri juga); kalau kita dah ada pc tu dan pc bermasalah - cuba dulu segala tutorial dan maklumat yang ada. Sambil mencuba sambil tambah ilmu. Hantar kedai tu jadikan sebagai langkah akhir bukan langkah pertama ya :)