Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sebelum Menutup Buku

EmpayarUtama - Monday, March 30, 2015 : No comments

Ini perkongsian terakhir sebelum aku kembali sambung kerja-kerja yang terbengkalai. Buat sapa-sapa yang tersinggah kat belog nih, bacalah. Baca slow-slow aaa...

Melalui maklumat yang aku kongsikan kat bawah; rata-rata tujuan GST sebenarnya adalah membantu 'peniaga'; meringankan beban 'peniaga'
selain mudahkan proses dokumentasi di pejabat kastam. Untuk pengguna - ianya hanya maklumkan harga akan jadi lebih berpatutan dan pengguna akan lebih tahu barangan mana kena cukai atau tidak. Itu saja. Tidak ada pernyataan harga barangan akan jadi lebih murah.

Mari kita tengok yang penting-penting; satu persatu ya:

GST dah diuar-uarkan dari tahun 2004 lagi. Ianya ditangguh supaya peniaga lebih celik IT dan pihak kastam dapat kemaskini maklumat tentang GST. Pelaksanaannya nanti akan mudahkan kastam sebab melalui SST banyak borang CJ nak disemak; manual pulak tu. Siap ada borang permohonan pengecualian cukai lagi. Masa ini tidak timbul pun isu pengguna.

Selepas 5 tahun, kastam dah bersedia tapi peniaga masih buat bodoh. Pengguna masih tak tau apa-apa implikasinya. Jadi, masih beri kelonggaran kepada peniaga, kannnnn...

Haaa betul tak apa aku tulis? Bebanan peniaga akan kurang sebab cukai boleh di claim semula berbanding SST yang dikutip sepenuhnya oleh kastam. Jika peniaga alert; mereka sudah boleh buat perancangan bagaimana nak adjust harga - bersesuaian dengan kadar cukai yang boleh dituntut semula. Penekanan masih kepada peniaga, kannnn...

Bila GST dilancarkan, harga barang yang dulu 'tak patut' akan jadi 'lebih patut'. Pelaksanaan GST tak ada kata barang akan jadi lebih murah. Jika sewaktu SST harga barangan A nilainya begini; maka selepas GST jika barangan A itu tidak dikenakan GST - ya - sepatutnya barangan A itu akan lebih murah (bergantung berapa caj SST sebelumnya) dari harga asal. Tak gitu?

Pengguna juga akan lebih tahu barangan dibeli itu bercukai atau tidak; dan berapa nilai cukai setiap barangan yang dicukai. Itu saja. Dulu masa SST mana pengguna tahu. Tahu ke tak tahu ke, pengguna tetap kena beli jika nak guna.

DI sini, SST adalah gabungan 2 jenis cukai. Yang pertama Cukai Jualan dan kita ambil purata pada kadar 6% (sebenarnya tak tentu hala ada 5%, 10% dan ada yang ditetapkan kadarnya). Yang keduanya cukai perkhidmatan dan kita ambil juga purata kadar 6%. Jadi anggaran SST kita boleh kata berada pada 6%. Ok? Bila ditukar kepada GST dengan kadar 6% maka peniaga tak terbeban langsung.

Untuk halaman 12 ini; ada beberapa isu. Pertamanya peniaga tak perlupun adjust harga lagi cuma serapkan saja GST 6% ke dalam harga sedia ada. Ini kerana sebelum inipun harga sedia ada sudah termasuk SST. Itu saja.

Keduanya peniaga yang buat jualan RM500,000 ke bawah tak perlu daftar untuk GST sebab buang karan jah. Penat key-in sana sini, hantar borang GST 03 tapi tak adapun GST dikenakan. Silap-silap tiap bulan nanti kastam pula kena refund GST kepada peniaga-peniaga ini. Iyalah cuba bayangkan maksima RM500,000 jualan setahun; sebulan purata jualan hanya RM41,667. Overhead dan expenses untuk sebulan pun lebih kurang saja jumlahnya.

Yang ketiga - Haaa ini penting. Baca balik kenapa aku tulis Muai Untuk DItuai - Untung Berganda Ganda. Ini kerana sebahagian dari SST yang dimansuhkan adalah Cukai Perkhidmatan dan telahpun disekalikan ke dalam GST. Jadi kenapa mesti ada GST berasingan untuk Service Charge? Perkhidmatan (Service Charge) itu sendiri sepatutnya sudah dimasukkan ke dalam harga jualan yang sudah di GSTkan.

Serius ke? Pengumuman GST pertama kali adalah dalam pembentangan bajet 2005 (maknanya dalam suku keempat 2004); Hujung 2009 Rang Undang-undang GST dibentangkan. Selepas itu banyak kali kenyataan akhbar tentang GST. Sepanjang 5 tahun (2010-2014) bagaimana para peniaga dididik dalam pelarasan SST kepada GST? Seterusnya melaraskan harga?

Denda tidak mendaftar GST itu adalah... Jadi jika ada yang berminat untuk lihat keseluruhan halaman (jumlah 28 halaman) boleh layari portal Jabatan Penerangan Malaysia


Ini contoh yang agak baik untuk kita fikirkan. Sori aku lupa sumber gambar...

Aku pengguna. Pada masa yang sama aku bekerja. Kerja dengan beberapa jenis 'peniaga' yang berbeza dalam penyediaan transaksi untuk kemudahan perakaunan dan perisian GST mereka. Oleh itu setakat ini saja yang boleh aku kongsikan. Terima kasih membaca :)


Muai Untuk DItuai - Untung Berganda Ganda

EmpayarUtama - Sunday, March 29, 2015 : 2 comments

Kita bertuah sebab ada tuan kedai sudi membentang kadar baru mereka. Di bawah ni penerangan tentang harga yang dikenakan melalui fesbuk dia sendiri.

Bagus jika ada inisiatif dari banyak tuan kedai yang sudi bagi pencerahan :)
Jadi, ada beberapa kat sini yang aku nak kongsikan:


1. Bila dia pamer untuk jelaskan GST kat orang ramai, adakah harga asal yang mereka ambil itu telah ditolak SST atau masih termasuk SST?

2. Oke, katalah dah tolak SST (makasihler jika dah tolak SST); harga campur GST jadi satu harga lain. Pastu, dia kenakan servis caj 10% atas harga asal. Kendian servis caj tu dikenakan pulak 6% GST. Patutke? Senang cakap, ok lagi kalau nak minum kopi bayar harga kopi + caj GST. Apehal pulak kena bayar servis caj + caj GST? Serupa kena beli dua barang dalam satu bil walaupun sebenarnya nak beli satu barang jah..... Last-last kena kutuk macam yang kat sini haa.

3. Cakap pasal servis caj; meh baca blog Din Turtle yang tulis tentang Servis Charge - Bukan Wajib Di Bayar


Makanya kita boleh pilih untuk tak nak bayar servis caj tu. Iyalah nak beli satu benda jer tapi kena bayar untuk 2 benda (aku mudahkan ayat jer nih)

4. Lanjutan dari no. 3 pulak, kalau taknak bayar akan jadi kes tak? Kalau sesekali nak bawak keluarga makan kat restoran; bercuti makan angin (dalam Malaysia) dok hotel; harga boleh tahan juga. Katalah RM200 sebelum GST. Servis cajnya 10% dah RM20. GST untuk servis caj saja RM1.20. Ini dah untung atas angin nih (Hotel/restoran RM20; kastam RM1.20). Itu baru satu keluarga, sekali jalan atau sekali makan. Muai kalau kita rakyat tempatan jayakan kempen Cuti-cuti Malaysia bermula 1 April 2015 ni, kan?


Takkan nak 'laminate' kenyataan Pak Menteri dan usung tiap hari? Arkkkkkk keras......


Apa Yang Kita Terlepas Pandang?

EmpayarUtama - Thursday, March 26, 2015 : 4 comments

Lama sungguh tak menulis. Tapi lepas baca tulisan Buasir Otak aku fikir nak berkongsi juga pendapat aku.

Oh sebelum tu maaf sebab setakat ni aku tak cukup tangan dok tolong kengkawan yang terjebak dengan penguatkuasaan GST April nih. Hahahahah tula siang-siang tak mo ready akaun last-last aku jadi mangsa.
Hampagas tul.

Oke; pada fikiran aku, mereka yang 'tidak bersetuju' dengan pelaksanaan GST majoritinya adalah pengguna. Peniaga tak mungkin tak setuju sebab :

1. Cukai Jualan atau Cukai Perkhidmatan (SST) tak jauh sangat bezanya dengan GST. Lagipun GST nih dikongsi oleh semua peringkat peniaga (pembekal, pengilang, pemborong maupun peruncit)

2. Pengilang, pemborong dan peruncit masih boleh senyum sebab melalui GST mereka hanya berkongsi sikit jer kadar GST tu lepas tuntut kembali 100% GST yang dikenakan oleh peniaga di atas mereka (pembekal, pengilang atau pemborong)

3. Mana kita tau para peniaga nih terus ambil harga terkini dan kemudian tambah GST atas harga tersebut. Senang cakap tak beri kesanpun kepada mereka. Lagi best, ada yang awal-awal dah naikkan harga sebelum pelaksanaan GST.

Jadi siapa yang benar-benar terbeban dengan GST? Penggunalah.

Pengguna pula, pada fikiran aku boleh jadi setuju dan boleh jadi tak setuju. Mereka boleh jadi setuju bila semua orang kena GST jika beli barangan yang dikenakan GST. Boleh jadi tak setuju bila:

1. Mereka adalah antara pembayar cukai pendapatan individu. Tak pasal-pasal kena tambah cukai GST.

2. Pengguna kena tanggung 50% dari jumlah keseluruhan GST yang dikenakan. Pusing camanapun akan jadi sekitar 40% hingga 60% GST ditanggung oleh pengguna. Tak percaya? Tengok contoh gambar. Sumber ni dari laman web JKDM - CBP - Pembekalan Berkadar Standard, bukan aku reka tau:


Dari jumlah RM18.72 GST yang dibayar; pembekal cuma perlu bayar RM3.00, pengilang RM3.00, pemborong RM1.50, manakala peruncit RM1.86. Jumlah GST pengguna kena bayar hambek ko RM9.36.

3. Nampak dah macam sistem piramid MLM yang terbaik terbalik di mana pengguna berada di bawah sekali tapi bayaran yang diterima pihak kastam adalah yang tertinggiii.....

Pastu, belah mana yang sampai terlepas pandang? Haaa sekarang nih kita dok sibuk beri penerangan kepada pengguna (lebihkuranglah cam syarikat MLM nak pujuk bakal downliners). Tapi kenapa kita tak sibuk beri penerangan kat level-level atas (peruncit/ pemborong/ pengilang/ pembekal)? Mereka inilah yang sepatutnya diberi perhatian serius agar menyelaraskan harga setelah SST tiada.

Lihat semula gambar pertama tadi. Semua peringkat peniaga sepatutnya kena turunkan harga dulu baru tambah GST. Maksudnya tolakkan SST yang dah sedia ada dalam harga diorang tuuu baru tambah GST. Ini tidak. Dok turun beri penerangan kepada pengguna semata-mata.

Tengok sini pulak :

Hehe bukanke peniaga diarahkan untuk mendaftar? Jika tidak - akan didenda RM20,000. Lepas denda, pun kena daftar juga, tak gitu?

Bukan banyak na pun. Setakat 17 Mac 2015 ada 353,372 syarikat telah berdaftar untuk GST. Takkan tak boleh tapis yang mana satu pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit? Banyak ni jah yang perlu diarah untuk melaraskan harga sebelum ditambah GST. Bukti rekod jualan/cukai jualan kan ada dalam laporan tahunan kewangan mereka. Tak pun pihak kastam memang ada simpan data bulanan jualan/cukai jualan mereka. Collaboratelah sikit.

Dan pada pandangan aku, tak apalah nak mula pada 1 April, jalan jer. Tapi yang terlepas pandang nih tetap kena perbetulkan juga.

Kalau ada yang baca belog aku nih dan tak bersetuju dengan apa yang aku tulis, komenlah boleh kita sama-sama belajar. Kalau setuju dengan apa yang aku tulis, komen jugalah dan yang penting 'share' / kongsikan jika bermanfaat. Jumpa lagi, dahhhh