Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Tahniah Puteri Nur Airina

EmpayarUtama - Tuesday, October 5, 2021 : 1 comment

Akhirnya, setelah dua tahun di Puncak Alam dan setahun di rumah (akibat PKP COVID-19), kakak berjaya juga menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Tahniah ya kakak, semoga menjadi inspirasi kepada adik-adik yang bakal ikut jejak langkah.

Anugerah Naib Cancelor (ANC) memang berat nak dapat. Kena dapat sijil dekan atau minima 3.5 GPA tiap semester. Semester terakhir Kakak mendapat mata penuh 4.0 GPA. Sekali lagi, tahniah ya Kakak :)


Lepas ini kita lihat dan buat challenge, siapa yang boleh beat keputusan dan anugerah yang telah kakak capai.


Dah terlanjur duduk rumah, ini lah aktiviti yang aku nampak dia buat:

_
'Work from home' tapi nampak macam sepenuh masa je.

Kerjanya mengemaskini status nombor kad prabayar U-Mobile. Berkotak kotak dia terima dari bekas boss 'intern' (praktikal) untuk dikemaskini. Selang 2-3 hari mesti datang 2 atau 3 kotak besar untuk diupload ke dalam sistem.

Oklah tu kan. Walaupun kerjayanya bukan dalam bidang yang dia belajar sebelum ni. Gaji pun macam bagus je 'boss' dia tawarkan, setanding dengan kelulusan. Sekarang agak susah nak dapat kerja. Tahun depan la baru kita 'ushar job' lain kalau dah jemu, ok kakak?


Shopping Online

EmpayarUtama - Saturday, September 25, 2021 : No comments

Semalam singgah ke Giant. Dah siap scan MySejahtera, boleh tak terperasan shutter rollernya tak naik sebab pasarayanya belah dalam.

Giant pun kena kuarantin hehe. Terus ke Guardian sajalah sebab budak-budak kirim pencuci muka.

Dari jauh nampak logo ‘Low price locked to stay low’ dia tu dah lebih
kurang macam logo Shopee sebab kertasnya dicetak dengan warna merah.

Teringat la kat Shopee ada buat Promosi Pay Day Sale yang akan tamat pukul 12 tengah malam ni nanti.

Walaupun memang ada je tawaran sepanjang masa, ada juga beberapa pembekal yang beri tawaran lebih hebat hingga hujung bulan Jan 2022.

Tengah-tengah musim PKP ni, walaupun aku boleh je bergerak untuk berbelanja, tapi yang duduk tinggal di rumah dah jadi terbiasa berbelanja secara online.

Pilihan pertama mereka memang Shopee lah. Dari barangan yang besar hingga yang kecil; pesan makanan online pun makin rajin.

Itu belum lagi beli reload untuk top-up handset masing-masing, walaupun internet dah tersedia kat rumah.

Ialah betul juga, kadang kadang line tu putus sendiri waktu mereka tengah berGoogleMeet; aku pun dah malas nak buat repot ke pengendalinya.

Ingat lagi sekitar 15 tahun dulu - macam-macam survey diterima pasal berbelanja secara dalam talian atau 'shopping online', kan. Sekarang dah jadi nyata, tak gitu?

Pasang Langsir Dapur

EmpayarUtama - Sunday, September 12, 2021 : No comments

Sebelum ini 2 tingkap di dapur aku pasang bidai yang selalu kita nampak di pejabat. Ianya tirai paduan aluminium kalis air, sebab itu aku pilih untuk letak kat dapur.

Lama-lama warnanya pudar dan nak ganti baru harganya dekat seratus jugalah.

Bila lihat ‘shopping online’, terjumpa ‘modern blinds’ langsir zebra yang murah 2 kali ganda dan mudah pemasangannya.


Ada pelbagai saiz untuk lebar dan labuh seperti 2x6 kaki (60x180cm), 3x6 kaki (90x180cm), 4x6 kaki (120x180cm), dan 6x6 kaki (180x180cm). Warna pun ada beberapa pilihan: purple, pink, biru, kelabu, hitam, hijau, putih, coklat, beige, dan merah terang.

Dinding dapur dah warna pink, orang rumah pesan pink 2 set 4x6 kaki. Ianya 'roller' maka taklah tergantung hingga 6 kaki, ikut suka kita sebenarnya.

Kepada sesiapa yang berminat boleh terus cari 'Zebra roller blinds' atau taip bidai tingkap murah 'modern blinds' langsir zebra.

Mudah je pemasangannya, cuma skru memang tidak disediakan. Aku guna skru serta lubang yang ada di dinding atas tingkap yang dah tersedia ada tu je. Jika ragu-ragu untuk cara pasang, pembekal ada sediakan video cara pemasangan. Kalau rajin boleh cari kat youtube..