Home » , » Hadiah Teristimewa (Bahagian Satu)

Hadiah Teristimewa (Bahagian Satu)

Empayar Utama - Tuesday, December 21, 2010 : No comments

Ini rumah kampung tak bertiang/tangga. Separuh papan dan separuh batu. Dalam manyak manyak hadiah, pada aku inilah hadiah yang paling istimewa dan tak ternilai daripada abah buat kami sekeluarga. Di sinilah tempat kami berteduh dari hujan, panas serta gangguan haiwan.

Apa yang menariknya? Menariknya
sebab abah buat rumah ni seorang diri dengan tulang empat keratnya. Daripada hutan belukar yang pokok-pokok getahnya dah sepemeluk setengah orang dewasa (sampai anak getah dah boleh toreh), membuang dan membakar tunggul-tunggul balak tu, membersih tanah dekat satu ekar hinggalah terdirinya sebuah rumah untuk kami.

Ada jugak panggil orang mintak potong dan keluarkan kayu tapi semua tak sanggup sebab pokok dah rapat sangat tak dapat nak buat 'rel' untuk kereta sorong tolak kayu keluar. So kenalah buat sendiri.

Tanah ni dijual oleh seorang pakcik yang nak ke Mekah tunaikan haji. Abah beli guna duit KWSP tapi iyalah, kalau sampai pencen gaji dia masih tak jejak seribu; jadi duit KWSP yang terkumpul memang tak cukuple. Aku tambah mana yang patut sebab duit lawyer pun nak kena bayo. Aku respek abah sebab dia tak nak buat loan - beli cash.

Untuk beli tanah ni, abah suruh aku uruskan semuanya siap letak nama aku bukan nama dia sebab aku faham sikit proses nih. Aku rasa ada sebab lain tapi abah tak bagitau. Dan walaupun aku baru je kena transfer 60 km dari sini, aku ambik keputusan untuk berulang ke tempat kerja. Nak tau sebab apa, kena baca sampai abis..
Sebelum aku teruskan, mintak maaf manyak manyak sebab mutu gamba memang kureng sket sebab masa tu aku suka cantum-cantumkan gamba yang aku snap. Pastu gamba nih tersimpan dalam fail dan melekat lekat antara satu sama lain. Aku jumpa fail nih dalam lemari baju time cari baju 'BALI Convention' yang ilang. Sampai last masih tak jumpa.
Abah ikut petua orang tua-tua serta mintak nasihat tukang rumah (adik dia, Pak Uda aku) untuk mencari tapak sesuai untuk dirikan tiang seri. Projek buat rumah ni start dalam bulan Jun 1995 dengan proses pasang konkrit untuk tiang-tiang utama. Gambar kat atas tu diambil pada 5.8.1995.
'Beam' dipasang sebelum proses naik dinding - gambar pada 16.9.1995
24.9.1995 abah dah naikkan dinding guna batu blok aja.
Tiang-tiang utama dah nampak. Kebetulan masa aku snap gamba nih kawan abah Cikgu Zainal (dah arwah dah beliau) datang jenguk.
Haaa.... Nampak tak kenapa aku tunjuk gamba yang sama seminggu lepas 15.10.1995? Sebab aku bgtau abah masa tu; kalau simen lantai belah dalam nanti, tingkap akan jd rendah. Tak cukup 3 kaki sebab batu blok macam kurang satu baris. Gamba kat atas ni, batu blok dah jadi 5 baris.

Abah kata dia 'jek' tiang guna jek yang biasa dia pakai untuk naikkan jangkaut kalau tenggelam dalam lumpur atau sungai. Aku tak bley nak imagine camna dia buat tu sorang sorang. Dia kata masa dia kerja dulupun da biasa dah main 'jek-jek' jangkaut dia.
Lupa plak. Kayu-kayu untuk rumah ni abah beli sebuah rumah siap (dulu kami menyewa rumah tu tapi kerajaan beli tanah untuk buat Mahkamah Syari'ah - dah siap dah pun bangunan tu). Satu lagi yang aku kagum sebab macammana keadaan dan kedudukan papan rumah asal tu; macam tulah jugak abah boleh pasang balik kat rumah yang dia tengah buat nih. Jarak dari rumah tu ke sini dalam 7 km jadi dia sewa lori JPT (sekarang da tukar nama jadi JPS).
Bumbung dah pasang time gamba nih pada 22.01.1996. Pasang dinding pulak...
Gamba atas aku snap pada 30.6.1996. Lepas tu macam biasalah sama seperti kebanyakan projek-projek perumahan kat Malaysia nih, projek akan terbengkalai. Termasuklah projek rumah ni. Dekat lapan bulan abah tak buat apa-apa sebab ada sorang anak pakcik tu bising kata abah buat 'kilang'. Proses potong nama belum siap lagi.


0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...