Home » » Hutan Bandar

Hutan Bandar

EmpayarUtama - Monday, December 13, 2010 : 3 comments

Cuti Cuti Malaysia (cewahhhh!!). Ujung minggu budak budak sibuk ajak berjalan, kalau boleh nak tempat yang boleh mandi. Pening gak sebab cuaca skang nih tak menentu. Kena pulak bila kerajaan nasihat untuk elak ke pantai, air terjun, sebab manyak tragedi.

So pegi Hutan Bandar jelah. All In
One. Ada playground, kolam, lanskap menarik sejuk mata memandang. Tengok gambar dulu yea... Nanti aku ulas sket sket.
Tasik 7 on the way ke main entrance.
Ini 'Main Entrance'
Hutan Bandar ni dikawal selia oleh Jabatan Landskap MBJB. Kalau tengok pokok-pokoknya, memang besh... Tapi ada gak pemandangan yang aku segan nak snap & publish kat sini sebab masuk nih dah manyak kali dah sebenarnya aku datang sini. Tapi tak nampakpun ada perubahannya.
Ada 2 playgrounds kat situ tapi sekadar ADA ajalah... Macam hidup segan mati tak mau. Yang ini kena perbetulkanlah sebab majoriti yang berkunjung adalah keluarga dan daripada keluarga tu, lebih 50% adalah kanak-kanak.
Taman Permainan Kanak-kanak. Salah satu yang aku tulis tadi.
Ini maze terletak di antara 2 taman permainan.
Satu lagi Taman Permainan Kanak-Kanak
Rumah Aiskrim - seperti cerita Hansel & Gretel
Jalan ke Chalet, ada 5 chalet disediakan
Pondok Tinjau dalam kawasan chalet. Skang nih dah tak bley naik sebab macam tak ada siapa yang menjaganya.

Mutu lanskap yang diselia memang aku puji di sini. Tapi pengurusan ada kureng sebab chaletnya macam langsung tak berpenghuni sekian lama... Setengah jam jugak aku duduk sensorang kat wakaf yang ada di tengah-tengah 5 chalets. Suasananya memang damai walaupun dikelilingi jalanraya yang agak sibuk serta kemeriahan mereka di kolam mandi. Betul, semuanya tak dengar. Cuma yang ada bunyi riang-riang rimba yang melekat kat dahan pokok keliling kawasan chalets tu. Aku betul-betul dapat menikmati suasana sama seperti di tengah rimba.
Kolam bertingkat. Ini tingkat paling bawah. Setakat ni, aku rasa inilah daya tarikan utama Hutan Bandar. Tapak perkhemahan, taman permainan, chalets semua macam kena tolak tepi oleh pengunjung. Mungkin sebab kurangnya kawal selia.
Bersantai di kawasan lapang berhadapan kolam, bersebelahan dengan Astaka
Ini Astaka Tulang Daing, berhadapan dengan kolam mandi. Tiap kali datang, macam nilah juga rupanya.
Antara wakaf-wakaf yang disediakan
Sidewalk / ruang pejalan kaki berbumbungkan bunga hidup; manakala lantai sesuai untuk foot reflexology. gambar ni aku tangkap masa orang ramai nak balik dah.
Rumah Johor dari seberang tasik.
Rumah Johor ni masih belum siap sepenuhnya. Setakat nih masih belum dibuka untuk tetamu melihat bahagian dalam rumah.
Juga menjadi tumpuan pengantin untuk bergambar kenangan. Tiap kali aku datang akan ada sekurang-kurangnya satu pasangan pengantin Cina mengabadi gambar kenangan perkahwinan mereka di sini.




3 Comments

3 comments:

  1. pnah bawa anak2 g mandi 2x je kat sini.. yang byk kali tu g makan chiken chop rm5 sehidang kat situ.. ok.. sedap.. tp malam je la ada.. abang ngah pnah makan dgn anak2 tak?

    ReplyDelete
  2. Malam kengkadang makan dekat2 ngan rumah je. Gamba kedai sederet tu tak masuk list sebab kira dah keluar dr Hutan Bandar. Mana tau ada NGO atau syarikat swasta yang berminat nak maintain kecantikan tempat ni... Setaun sekalipun ok pe...

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~