Home » » Pesta Layang-Layang

Pesta Layang-Layang

EmpayarUtama - Friday, February 18, 2011 : 3 comments


Sebut nama Pasir Gudang, Johor - semua orang akan terfikir oh! Itu kawasan Industri. Tak ada yang best selain dari kilang-kilang dan kawasan perusahaan. Kat sini aku cuba tunjukkan satu tempat best kat Pasir Gudang yang menjadi tumpuan warga layang dunia dan siapa saja yang berminat untuk makan angin melihat keindahannya.

Tempat ni dinamakan Bukit Layang-Layang dan ada acara
tahunan yang dipanggil Festival Layang-layang Sedunia. Setiap tahun warga layang sedunia akan berkumpul untuk mempersembahkan pelbagai bentuk layang-layang sebagai tontonan semua. Untuk tahun ini, acara berlangsung selama 5 hari bermula dari 16 hingga 20 Februari, 2011. Ini adalah Festival ke 16 dianjurkan di sini.

Atas ni antara sepanduk negara-negara yang mengambil bahagian dalam festival tahun ini.

Tak de masalah parking kenderaan sebab parking percuma banyak disediakan. Aku cadangkan kalau lain tahun ada sesapa nak berkunjung ke festival seterusnya, parkinglah jauh sikit pastu boleh jalan kaki sambil makan angin melihat persekitaran Bukit Layang-Layang. Antaranya, Masjid Jamek Pasir Gudang. Kedudukan masjid ni lebih tinggi sikit dari Bukit Layang-Layang so boleh nampak acara dari sini.
On the way ke tempat acara, kita boleh berjalan merentasi kawasan tasik dan rekreasi. Kepada mereka yang datang berkeluarga, boleh bersantai kerana banyak wakaf moden disediakan oleh pihak swasta. Tempat-tempat rehat ini dinamakan 'laman sehat' dengan bentuk yang tersendiri.
Terdapat juga beberapa kawasan permainan untuk anak-anak bermain jadi memang tak pening kepala.
Cantikkan tempat ni?
Antara 'laman sehat' (wakaf moden) yang disumbang oleh pihak swasta untuk kemudahan pengunjung:
Dekat-dekat nak sampai Bukit Layang-Layang, ada pondok pengawal dan pengawal bertugas menjaga kesesakan dan ketenteraman awam:
Hmmm... dah nampak tanda ni, kira dah sampailah ke Bukit Layang-Layang:
Ini Muzium Layang-Layang, ada bayaran masuk (tak mahal) untuk penyelenggaraan:
Astaka yang mengadap padang, betul-betul di belakang Muzium Layang-Layang:
Kalau nak tengok semua bentuk layang-layang naik, kena berkampung kat sini 2-3 hari sebab keadaan angin tak menentu. Pertandingan pun ikut hari, tak semua acara dapat dijalankan dalam satu hari. So, ini antara yang dapat aku tunjukkan masa aku ada kat situ:



Haaa... Satu lagi, gerai-gerai memang meriah. Dari pakaian, barangan, makanan, minuman, souvenir dan informasi; gerai layang-layanglah yang paling banyak boleh dilihat:

Jadi, kepada sesapa yang belum nengok 'live' pertunjukan layang-layang dan acara-acara lain, datanglah. Tak rugi wooo...


related posts plugin for wordpress, blogger...
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. alerrrrrrrrrrrrrrrrrr..
    harini last ker..
    tak berkesempatan nak pergi..
    lain tahun la kut..
    sedey..

    ReplyDelete
  2. Last 5 minit kul doblas tghmalam :) Smlm perasmian x dpt pergi, budak-budak skool

    ReplyDelete
  3. emm sbbkn neng0k p0st awk ni la sy t'mimpi2 pesta lyg2.. hahaha...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...