Home » » Antara Sensitiviti, Kebanggaan Dan Kuasa

Antara Sensitiviti, Kebanggaan Dan Kuasa

Empayar Utama - Monday, March 14, 2011 : No comments

Gambar boleh beri beribu maksud. Terpulang pada individu bagaimana menterjemahkan sesuatu gambar tu. Kalau diterjemahkan positif, positiflah padanya. Tapi lain orang lain pulak mungkin ada pendapat masing-masing.

Hari ni muka depan Berita Harian terus paparkan permohonan maaf hanya disebabkan oleh satu gambar yang
disiarkan semalam setelah ramai sangat yang terus (kelam kabut, terburu-buru, melatah?) bagi pandangan tak bersetuju dengan penyiarannya. Banyak tempat boleh kita nengok komen-komen pembaca; kat bloglah, CNNlah, fesbuklah, twitterlah, apa apalah.




Kalau tengok pada gambar kat atas ni, sensitivitinya hanyalah kerana otromen tu dipopularkan oleh Negara Jepun. Diceritakan bahawa otromen datang dari planet luar dan pilih Negara Jepun untuk pertahankan negara tu dari ancaman rasaksa. Tak taulah pulak kalau otromen tu pun dah jadi kebanggaan rakyat dunia. Dan ini bukan isu agama pun.

Dan itu cuma watak superhero sama macam Superman kat Eropah atau Kapten Boleh kat Malaysia. Kalau watak tu jadi betul, kita bandingkan cam Gaddafi kat Libya. Ada yang komen negatif tak kalau gamba tu betuka jadi Gaddafi?

Kuasa yang ada pada makhluk ni terbatas dan memang tak boleh nak lawan kuasa Tuhan. Pada aku inilah logiknya. Yang tak logiknya pulak bila Berita Harian yang siarkan, seolah-olah seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sampai Malaysia pun kena tempias. Aku rakyat Malaysia aku rasa patut tulis sikit pandangan aku.

Bendera Malaysia




0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...