Home » » Kenapa Aku Pilih Untuk Ke Majlis Maulidur Rasul

Kenapa Aku Pilih Untuk Ke Majlis Maulidur Rasul

EmpayarUtama - Sunday, March 13, 2011 : 3 comments

Hari ni ada dua acara menarik sebenarnya. Yang pertama ialah sambutan Jom Heboh kat Danga Bay (dari semalam lagi) dan keduanya ialah sambutan Maulidur Rasul di Jalan Utama Tengah kat Balai Raya depan rumah 'babysitter' aku pukul 8 malam tadi. Hari ni memang aku 'free' tapi banyak pulak 'paper' nak dibaca so aku buat keputusan duduk rumah
aja abiskan baca paper. Pastu malam gi majlis Maulidur Rasul kat depan rumah orang yang jaga anak-anak.

Maulidur Rasul
Semalam budak-budak dan mak diorang dah pergi pun ke Danga Bay untuk nengok sambutan Jom Heboh tu tapi tengah jalan ujan lebat kena patah balik. Hehehe...
Maulidur RasulMajlis Maulud Nabi ni dibuat kecil-kecilan je, tak de ceramah tapi berarak jugalah dengan kompang, jidur dan bunga manggar. Aku tak dapat nak 'share' part tu sebab enset memang tak clear kalau amik gambar luar waktu malam.
Maulidur RasulHaaa... ini rombongan Wanita UMNO dengan pakaian seragam mereka. Agak lewat gak diorang sampai.

Bawah ni budak-budak jalan dulu jangan bagi diorang lapau... Orang tua lambat sket takpe.
Maulidur RasulUntuk yang tak biasa atau tak pernahpun ke majlis camni, memang beginilah cara makan pada sambutan Maulidur Rasul. Satu dulang makan 4 orang - tak macam kenduri biasa.

Walaupun tak jemput mana-mana penceramah, tapi majlis dimeriahkan dengan persembahan nasyid anak-anak tetangga di Jalan Utama Tengah ni.
Maulidur RasulSelepas tu bacaan berzanji yang pastinya akan ada majlis potong jambul untuk anak anak kecil. Malam ni ada dua orang :

Maulidur Rasul
Maulidur RasulTengok kat dulang tu yea - kelapa muda yang dipotong dua dan diukir sebegitu rupa; tepung tawar; gunting antara benda-benda penting untuk acara potong jambul.
Maulidur Rasul
Maulidur Rasul
Kalau ikut tradisi, rambut kanak-kanak tu akan disimpan oleh ibubapanya. Selepas acara potong jambul, keseluruhan rambut akan dicukur botak campur ngan rambut masa majlis tu kemudian ditimbang beratnya. Berapa berat timbangan rambut tu akan dinilaikan sama seperti nilai berat emas dan nilai itu akan disedekahkan kepada anak-anak yatim.
Maulidur RasulHaaaa... kat atas ni budak-budaklah yang paling meriah mengutip syiling yang ditabur dengan bunga rampai sewaktu acara potong jambul dijalankan.

Eh, aku tak jawabpun kenapa aku pilih untuk ke majlis Maulidur Rasul ya? Ke aku dah jawab? Aku rasa korang semua pun tau kenapa...



3 Comments

3 comments:

  1. Tengok post ni teringat kat arwah abah... masa dia ada dulu selalu g maulud kat Masjid Jamek pontian.... Pastu majlis potong jambul bebudak mesti wat kat umah pontian...meriah giler.... huhuu... rindunyer kat saat2 itu....

    ReplyDelete
  2. Hmmm... yang sudah tu sudah la... usah dikenang...

    ReplyDelete
  3. ehh tak jawab pun persoalan entri hehe...

    faham dah kenapa pilih majis agama dari majlis hiburan hihi... =)

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~