Home » » Berselindung Di Sebalik Replika

Berselindung Di Sebalik Replika

Empayar Utama - Saturday, April 9, 2011 : 3 comments

Pertama sekali aku mintak maaf siang-siang kalau entri aku menyinggung hati pihak-pihak yang tak berapa setuju dengan cara aku. Blog ni atas nama aku jadi aku sebenarnya boleh tulis apa aja aku nak tulis. Komen ajala mana yang patut untuk aku perbaiki kelemahan.

Ok kita mula ya. Aku memang berminat buat kerja ‘part time’, especially kalau kerja tu buat kat rumah je macam aku buat skang nih. Tapi tengah dok browse blog, nampak pulak satu iklan canteekkk je. Cam biasa aku ‘go through’ dulu mana yang boleh walaupun ada part-part yang tak boleh.
Ni haa linknya: http://onlinejobsolutionltd.spruz.com/(promosi percuma nih)
Kerja_SambilanApa yang ada dalam 'main page' tu:

Bidang Kerja – ringkasnya cuma menaip data pengiklanan seperti diorang tu untuk dapat bayaran. Sebenarnya tak ada pun data pengiklanan untuk ditaip. Tak ada job pun. Anda hanya perlu kopipes website yang anda nak bayar tu, itu aja. Tapi kena bayar doploh hinggit! Ntahapahapalah…

Dalam cerita ni, webmaster ni gunakan web spruz.com sebab tu belakang website link/url dia ada nama spruz.com. Samalah kalau sapa-sapa nak buat duplicate web page ni guna website percuma yang lain macam blogger.com, blogspot.com, wordpress.com, webs.com, weebly.com, webspawner.com, synthia site, atau google ajalah kalau nak cari sebarang website percuma.

spruz.comLogo laman web spruz.com betik3 pokok tumbuh depan rumah...

Pembayaran Pelanggan - Anda akan menerima bayaran sebanyak RM20 untuk setiap data pengiklanan yang siap diproses dan diterima pelanggan. Lepas bayar, dah rasa tertipu. So, mau tak mau kena buat replika yang sama untuk dapat balik doploh hinggit yang dah terbang tadi. Eheh, samalah cam mintak sedekah kat orang len, pastu ajar orang len mintak sedekah ikut cara yang sama kita buat. Tak betul?

Bacalah entri aku sebelum ni pasal Pengemis Moden. Lebih kurang je ’modus operandi’nya.

Pakej Latihan – Kiranya ada manual sey pasal cara-cara memulakan kerjaya sebagai JuruTaip Data Maklumat Online Solution Job LTD. Kerjaya sebagai JuruTaip Data Maklumat ya. Kerja apa? Kopipes website ikut cita rasa tersendiri adalah; atau kalau malas, salin aja keseluruhan ayat dari laman utama tu abis cerita.

Rasanya manual Bahan 'Latihan Komprehensif' tu paling tidak pun ajar cara-cara camna nak promot website anda tu: masuk forum, anta kat search engines, directories, autosurf, manual surf, safelists, classified ads, laman-laman sosial, dan kat mana sajalah yang webmaster tu terfikir nak bagi maklumat supaya anda boleh masyuk banyak.

Ajar guna website percuma (apasal webmaster guna website percuma aaa? Takut rugi ke?); camna nak bukak Akaun PayPal free (tapi link PayPal selalunya ada affiliate link - mana tau satu hari nanti orang bawah nak upgrade, masyuk gak komisen, tak gitu?).

Tak ketinggalan rekomen program berbayar cam AdNetwork programs – Adbrite ke, Bidvertizer ke, Google Adwords ke (jadi advertiserlah kiranya, sumer link ada affiliate link agaknya, komisen besar wohohoho) untuk masyuk lebih cepat.

Sebenarnya benda-benda kat atas ni anda boleh jumpa kalau rajin buat google search atau baca blog-blog yang ada tutorial. Sumer free tak yah baya pun doploh hinggit tu.

Contoh Pendapatan – Pergh, siap bagi contoh pendapatan ahli yang dah berjaya sebagai Kerani Memproses Data Pengiklanan (nama jawatan gempak siut).

Kerja_SambilanHeran gak kenapa tuan punya website yang promot program nih tak nak tunjuk income dia sendiri… Contoh yang ditunjuk pulak dah outdated. Haaa… sebab kopipes ke? Apa orang bagi, tiru je. Ke diapun baru je buat, blom dapat pun pulangan doploh hinggit tu…

Daftar – Sekali je ‘payment’ sebab nak ‘cover’ kos penyediaan bahan-bahan 'Latihan Komprehensif'. Kira cam jual ’e-book’ lah ni, kan? E-book yang sebenarnya bley dapat free kat internet. Pastu mati-mati nak dapat balik duit tu, kenalah buat duplicate, betul tak?

Kerja_SambilanAku tak pernah buat kerja ni tapi takkan tak boleh bagi sikit nasihat kot...

Rasa-rasanya kalau dah baya pastu tak faham, webmaster akan tolong ke? Forum pun tak ada, forum website spruz.com adalah tapi spruz.com punya ‘live support’ pulak manjang je ‘Off Line’

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

3 comments:

  1. muahahahah, aku ingat minggu nih, ni la ent3 paling aku suka bila baca, tersengih.....muahahaha.....bagus tu hentam lagi....ada lagi ko kene review...skim cepat kaya style 2010/2011, pay per click yang berbayo, kalu cep cep ngan says.my, takpe sebab free, tapi yang cam jutawanclickmengong.com ke apa-apa yang seiras la. M.O dorang, suh bayor, lepastu cari donlain, bila ko nak claim cash out, dorang cakap ko dah langgar peraturan sebab buh kat mane-mana web yang dorang cakap tak boleh, duit sumer dorang amek, sia sia la buat promosi sana sini sinun, kalo buat iklan berbayo lagi naya, takde woning, terus bunuh je. pada aku, kalo nak sabotaj sesapa buat promosi ppc nih kat aku senang je, kopi pes je link tu masuk autosurf, tapi kesian lak, tokey website tu yang kaya....sumber pendapatan dorang, rompak duit ahli je, kalo sudi daftar sekali lagi, ada jugak yang bengap kena tipu 2,3 kali. Kalo bagi woning ngan rampas duit incme tak termasuk payment daftar kira ok lagi, ini tidak, terus samun je,ada plak yang pakai ayat ayat suci alquran wat perayat mangsa. aku tengok takdelah pulak orang selain dari ahli buat iklan kat website ppc nih,dari mana lagi kalau tak samun ahli, pendapatan utama dorang.menyampah haku....muahahaha

    ReplyDelete
  2. Takde niat nak ulas program cam ni. Ini cuma blog peribadi, agak bercampur-baur entri-entrinya. Terima kasih bg pandangan

    ReplyDelete
  3. agaknya income tuan punya web tue terlampau banyak jadi dia takut dikejar LHDn makanya dia tak berani nak tunjuk hihi.... =)

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...