Home » , , » Untuk Mereka Yang Tersayang (Dari Anak-anak)

Untuk Mereka Yang Tersayang (Dari Anak-anak)

Empayar Utama - Sunday, May 15, 2011 : 3 comments

Esok hari bertuah yang disambut oleh para pendidik. Dan tahun ini juga merupakan tahun terakhir anak aku yang tua - Airina; menghabiskan zaman sekolah rendah setelah hampir enam tahun bersama rakan-rakan dan guru-gurunya. Bila ditanya apa kenangan untuk cikgu, diapun tak tau nak bagi apa. Aku kata bagilah hadiah yang boleh disimpan lama oleh cikgu sebagai ingatan tapi tak perlu mahal sebab dia kan belajar lagi.
Airina
Akupun selongkar apa stok yang ada dan Airina bernasib baik kerana ada 2 dozen mugs yang masih aku simpan. Belikan dia wrapper dan tengoklah macammana kreativiti dia menghasilkan kenangan buat guru-gurunya:


hadiah hadiah

hadiah hadiah

hadiah hadiah
Kotak-kotak tu belen majlis harijadinya bulan lepas. Dan hadiah-hadiah ni dikongsi bersama adik-adiknya yang lain; masing-masing ada guru yang nak mereka hadiahkan sebagai penghargaan. Murah, tapi itulah tanda ingatan dari mereka anak murid buat guru tersayang. Hadiah ini juga dikongsi bersama oleh Afrina yang akan menamatkan sekolah tadikanya tahun ini.

Di sini aku ingin berkongsi beberapa keping gambar yang aku ambil baru-baru ni. Aku berharap benar agar aktiviti oleh anak-anak murid seperti di bawah ini tiada lagi:


Derma
Derma
Derma
Derma
Derma
Kesiannya mereka...

Aku tunggu mereka dari selepas maghrib hingga Giant hampir nak tutup. Mereka perlukan pendidikan, bukan tugasan itu.

Sempena sambutan hari guru tahun ini, aku juga harap para pendidik dapat cuba buang jauh-jauh ayat yang sinonim dengan kerjaya mereka: "Saya yang menurut perintah"; dan aku mewakili anak-anak juga mengucapkan 'Selamat Hari Guru' semoga sukses selalu...
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

3 comments:

  1. SELAMAT MLM SOBAT BAIKKU. BUAT SEMUANYA SAYA MAU TANTANG KALIAN FOLLOW, BERANI KALIAN SEMUA FOLLOW SAYA. JANGAN KUATIR SAYA AKAN SELALU BERANI FOLLOW SOBAT SEMUANYA...FOLLOW SUKSES DI POSISI 97...DI TUNGGU FOLLOW BACKNYA KE BLOG SAYA

    ReplyDelete
  2. @Perpustakaan Online; Terima kasih... Kepada semua yang membaca entri dan komen nih, bolehle follow. Tak rugi apa pun. Follow lah yea, ok?

    ReplyDelete
  3. selalu sgt terjumpa bebudak yg terpaksa jd ejen camtue...kesian dgn nasib mereka.

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...