Kena mintak maap lagi nampaknya terutama kepada blogger yang datang melawat blog aku sebab aku belum jengah lagi blog korang sambil menderma. 4 hari aku hilang sebab melayan budak-budak ke Telok Kemang/Port Dickson.
Ini tempat percutian yang sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga
Ini tempat percutian yang sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga
maupun 'couple' yang nak berkeluarga.
Memula aku sampai kat sini entah tahun berapa ntah, anak aku gelar 'Kolam Sotong' sebab ada satu sotong besar kat situ. Aku rasa tempat ni tiap tahun aku datang sejak dapat anak ketiga. Maknanya dah lapan kalilah ke sini. Serba serbinya pun semakin mahal nampaknya. Oleh kerana ini kemungkinan besar jadi lawatan terakhir, aku abadikan kenangan yang ada kat sini.
Memula aku sampai kat sini entah tahun berapa ntah, anak aku gelar 'Kolam Sotong' sebab ada satu sotong besar kat situ. Aku rasa tempat ni tiap tahun aku datang sejak dapat anak ketiga. Maknanya dah lapan kalilah ke sini. Serba serbinya pun semakin mahal nampaknya. Oleh kerana ini kemungkinan besar jadi lawatan terakhir, aku abadikan kenangan yang ada kat sini.
Ini jalan masuk dan lobby untuk pendaftaran. Di dalamnya ada kedai souvenir dan 3 dewan makan di bahagian belakangnya.
Kalau bernasib baik, kedatangan korang kat sini akan disambut oleh clown dan belon (dulu free sekarang kena beli).
Lepas daftar, baru boleh lepas pondok kawalan. Kena letak satu tag ada no. bilik dan no. kenderaan untuk mudahkan aktiviti penyeludupan eh keluar masuk, hehe. Kanan tu Pulai Spring Golf Resort yang terletak betul-betul kat seberang jalan menghadap Tiara Beach ni. Biasanya mak budak layan budak, bapak budak layan golf.
Kalau keluarga kecik, ambik satu bilik dah cukuple tapi kalau ramai amikle 2 bilik macam kat atas ni. Sebenarnya bilik-bilik kat sini terbahagi dua. Satu kepunyaan Tiara Beach dan satu lagi kepunyaan tuan punya yang dah beli tapi tak duduk dan boleh disewa. Kalau dapat deal baeeekkkk punya dengan owner, dapatlah harga murah berbanding dengan Tiara Beach tu sendiri (Nak murah? Emel aku, eh jangan nanti Tiara marah, hehehe).
Aktiviti pertama anak kecik aku: Duduk macam tokey besar makan jajan siap letak bantal kat belakang, dan dengan selamba cakap (dah pandai cakap) 'bukak tv......'.
Sebelum lupa, sekarang ni kalau nak mandi kena pakai wrist band ikut kaler. Maksudnya sesi pagi lain kaler sesi petang (lepas tengahari) lain kaler. Kalau tinggi bawah 90cm free.
Ini kolam bahagian kanak-kanak aku snap dari tingkat satu. Bagusnya kolam kat sini terletak kat tengah-tengah, dikelilingi oleh semua blok bangunan yang ada.
Haaa... Inilah dia sotong besar yang anak aku dok cakap tu. Tapi diorang (campur yang paling kecik) men kat sini kejap je. Diorang lebih suka gi tempat yang dalam - kat pantai tiruan belah sana.
Kat bawah ni beberapa keping gambar kolam besar, rasanya ada 6 bahagian kolam ni hinggakan tempat ni digelar sebagai 'Malaysia's Largest Inland Sea Resort'.
Ini opposite view beach yang kat atas tu.
Siap ada waterfall, dan kat bawah pulak view dari belakang waterfall tu.
Ada part yang dalam 5 kaki dan ada 2 lagi bahagian kolam yang disediakan untuk polo air. Kat bawah ni antara aktiviti dan permainan yang disediakan untuk budak-budak. Mak bapak budak pun bley join happa, tak kisah punya.
Cuba pecah rekod sedia ada kat Tiara Beach dan kat sebelah tu, aktiviti biasa budak-budak kat tepi pantai...
...ada bilik untuk Sand Art dan indoor games, ada bilik untuk video games dan karaoke...
...dan macam-macam jenis basikal yang boleh disewa...
Ini Pavilion Stage, ada kat tengah-tengah Pavilion Walk (mula dari bangunan pendaftaran sampailah ke tepi kolam). Dulu tiap malam ada wayang free (bukan 'wayang free' yang kat dalam 'kereta rosak' tu yea) tapi 3 malam aku kat sini satu habuk pun tarak dah...
Gamba kiri belah siang, kanan tu belah malam - tengok lampu kat pokok je... Wayang takde. Tunggule beberapa tahun lagi bisnes dah merudum teruk nanti, balik asal le... agaknya kot...
Hehe... Muka Aiman yang kecewa sebab tak dapat ikan bakar. Bukan tak ada, tapi kedai yang ada penuh la pulak. Kan cuti sekolah ni... Aku dah janji makan ikan je kat Umbai on the way balik nanti.
Ini kat Melaka, nek beca dan lepak kat Dataran Pahlawan, sebelum turun ke Umbai. Gamba-gamba yang lain tu rasanya korang dah biasa nengok jadi tak payahla aku tunjuk lagi kat sini.
Uihhhh... Dah bertukar wajah rupanya perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai. Eh iya ke nama tempat ni? Aku agak-agak aja. Kitorang sampai dah lepas maghrib jadi tak nampak signboard pun.
Puteri tersenyum dan Aiman terus buat-buat tak nampak sebab dapat kerang sekilo, pais ikan pari, Siakap bakar, Siakap kukus dan telur dadar. Lauk lain dan sayur tak payah dah...
... dan inilah hasilnya...
Cuaca elok tapi ngam-ngam sampai sempadan Melaka-Johor terus ujan lebat bawak sampaila ke Yong Peng Selatan. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke 'Teratak Puteri' tepat jam 12 tengah malam... Penat seyyyyyy.....
fuhhh..
ReplyDeleteterpegun tgk gambar2 semua neh...best tu...;-0
@HonEy; sekadar berkongsi. Snap pun guna N70 je...
ReplyDeletehi EU! Rasanya mmg kita pi clash date kot. Masa mak p, x de clown2 ni bagai..mak pi last week. ari rabu - khamis rasanya..hehehe
ReplyDeleteP/s: Blk murah tu, EU yg punya atau kwn2 lain?
@lagenda; mak - kitorang sampai Senin balik Khamis... Bilik bukan aku punya... hehehe (nak phone kena emel aku, nnt ada yg marah lak)
ReplyDelete