Home » » Jadilah pembeli yang bijak

Jadilah pembeli yang bijak

Empayar Utama - Tuesday, July 26, 2011 : 4 comments

Maap bebanyak sebab agak lama tak update blog (lama ke?). Kan aku dah kata aku ni part time je jadi susah sikitle nak update selalu. Tapi kali ni aku nak kongsi satu benda yang agak penting juga buat semua.
Ini bukan kad raya tapi biasalah dah dekat nak puasa; promosi sempena Raya memang berlambak. Tak kisahle apa barangpun semua ada promosi dah. Nuffnang pun dah mula bukak iklan Samsung. Jadi kat sini aku ambik satu contoh - barangan elektrik berupa TV LCD oleh SHARP dan aku pilih satu model seperti kat bawah ya:
Semalam aku sempat ronda-ronda dan tanya kat kedai yang aku singgah. Barangan elektrik ni boleh didapati kat Courts, Pasaraya dan kedai elektrik. Jadi aku pecahkan kepada tiga (3) bahagian utama: Courts; Pasaraya (aku ambik Jusco, Giant, OCEAN); kedai elektrik aku ambik LionMas, SenQ dan Khin Guan sebagai contoh. Kepada kedai-kedai yang tak berjaya jadi contoh kat sini nantilah aku buat entri lain kalau berkesempatan.

OK, untuk model yang aku bulatkan kat atas tu, SHARP tak letak harga jualannya. Jadi ikut suka kedai nak letak berapapun. Kita tengok satu-satu:

Tergezut bila sampai depan Courts sebab dah berkumandang lagu-lagu raya silih berganti. Puasa pun belum lagi bang. Hehe biarlah dia suka nak pasang.
Courts ni boleh beli tunai dan boleh beli secara ansuran. Kalau tunai harga dia RM2,299.00. Ansuran pulak terbahagi kepada dua. Satu untuk pemegang kad Home Club dan satu lagi bukan. Apa kelebihannya?

Kalau pemegang kad Home Club harganya runtuh jadi RM1,888.00 dan kena ikat minima 4 tahun maksima 5 tahun. Bukan pemegang kad pula cuma boleh ikat maksima 3 tahun. Dan biasanya tak payah bayar deposit untuk selama 3 bulan ikut promosi. Sebenarnya siapa saja pun boleh jadi pemegang kad tu, bayar aja sepuluh hinggit dapatle. Cuma satu aja; kalau mingguan kena bayar RM30.92; bulanan dekat RM124.00. Kira sendirilah berapa kena bayar untuk 3 tahun; dan seterusnya 5 tahun. Kadar faedahnya lebih 3%.

OK. Kita pegi pula ke pasaraya. Rata-rata pasaraya letak harga RM2,099.00 untuk model ini dan biasanya pasaraya akan bagi diskaun dalam 10% jadilah harganya tinggal RM1,899.00.
Kat pasaraya pun boleh buat pilihan sama ada nak beli tunai atau ansuran tau. Kalau bayar guna kad kredit biasanya maksimum setahun je boleh ikat (RM317.00/6 bulan; RM158.00/12 bulan). Kalau nak buat pinjaman melalui AEON kredit pulak; boleh ikat sampai 2 tahun (RM356.00/6 bulan; RM193.00/12 bulan; RM138.00/18 bulan dan RM111.00/24 bulan). Jadi kiralah sendiri berapa kadar faedah yang dikenakan tanpa dan melalui AEON.

Kita jengah pulak ke kedai elektrik:

SenQ buat tawaran RM1.00 je downpayment. Dan harga tunainya RM2,199.00.
Kalau nak bayar secara ansuran, masih ada dua pilihan juga. Sama ada ansuran setelah menjadi ahli SenQ Plus One atau tidak. Boleh bayar selama dua tahun setengah. Kalau rasa-rasa cam tak nak jadi ahli kelab; ansurannya RM378.00/6 bulan; RM205.00/12 bulan; RM118.00/24 bulan; dan RM101.00/30 bulan.

Tengok kat LionMas pulak. LoinMas ni banyak kat negeri Johor, boleh kata setiap daerah ada. Dia letak harga RM1,999.00 dan sebenarnya masih boleh tawar harga jika betul-betul nak beli tunai. Harga boleh potong lagi dua ratusle...
Kalau nak bayar secara ansuran; boleh ikat antara 6 bulan hingga dua tahun setengah. Kadar faedahnya 1.8% ikut harga asal. Kiralah sendiri berapa... Cam biasa AEON akan jadi penyumbang pinjaman.

Tengok satu lagi, kita jengah Khin Guan pulak aaa... Khin Guan punya harga tunai paling murah daaa... RM1,688.00 je. Nak hutang bayar ansuran pun oleh - AEON Credit lagi...
Aku tak boleh lama kat Khin Guan sebab dulu tekel amoi cantik kat situ tak dapat-dapat. Malu seyyy... hehehe.

Cerita pasal AEON ni, dia bukan bank yang keluarkan kredit kad tapi AEON ni jadi penyumbang terbesar setakat ni untuk pinjaman 'consumer'. Kena ambik ke?
Cerita pasal kad kredit pulak; yang sebenarnya ada dua kriteria kad kredit ni. Tengok kedai tu apa kredit kad yang diterima tanpa faedah. Maksudnya ada kredit kat yang diterima sebagai bayaran tunai dan pengguna kad tu kira berhutang kepada kad pulakla. Kalau kad kredit tu tak masuk senarai, kedai akan kenakan caj lagi 3%... Ikutle.
Sempena bulan puasa yang akan menjelma nanti, aku ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca muslim. Kalau nak beli barangan - perabot ke, barang elektrik ke; belilah tapi jadilah pembeli dan pengguna yang bijak...


related posts plugin for wordpress, blogger...
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. Assalam..
    Rajinnya buat perbandingan harga...
    Kalau rajin mmg boleh berjimat...

    ReplyDelete
  2. @ iza; makasih. Yg sebenarnya gi makan cendol depan courts tu, terdengar la pulak lagu-lagu raya. Tu yg masuk nengok-nengok...

    ReplyDelete
  3. Kedai mana yg bro tahu byr bulanan x melalui aeon.tq

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...